KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa tiada rekod kerosakan mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dilaporkan sejak Mac 2021.
Bekas juruteknik penyelenggara sebuah syarikat penapis air, Azrin Aisyah Mohd Razi, 32, berkata jika ada sebarang kerosakan atau aduan, pelanggan akan melaporkan kepada rakan sekerjanya atau melalui talian penting.
"Tetapi tiada aduan dan laporan dalam sistem rekod (syarikat)," kata saksi pendakwaan ke-21 itu semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad pada perbicaraan kes pengasas rumah kebajikan itu yang didakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down dikenali sebagai Bella.
Siti Bainun, 30, menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi antara Februari dan Jun 2021 di sebuah kondominium di Wangsa Maju di sini.
Sebelum ini peguam Siti Bainun mencadangkan kepada saksi lain dalam perbicaraan kes itu bahawa dakwaan Bella dicurah air panas adalah rekaan semata-mata kerana penapis air di rumah anak guamnya rosak sejak Mac 2021.
Sementara itu, juruteknik syarikat penapis air sama, Mohamed Rezuan Satori, 25, berkata beliau pergi ke kondominium Siti Bainun di Wangsa Maju pada 24 Mei tahun lepas untuk membuat pemeriksaan ke atas mesin penapis air selepas menerima laporan daripada Siti Bainun mengenai masalah kebocoran.
Katanya mesin penapis air berfungsi dengan baik walaupun terdapat kebocoran pada adaptor (kepala paip) pada singki dan beliau menukar adaptor baharu berikutan air menitik pada bahagian adaptor.
"Apabila masuk ke unit kondominium itu, saya lihat ada lebih kurang lima kanak-kanak berada di situ.
"Saya terus membuat pemeriksaan ke atas mesin penapis air itu serta melakukan kerja-kerja penukaran yang mengambil masa 30 minit," kata saksi pendakwaan ke-22 itu.
Diminta membuat pengecaman ke atas Siti Bainun, Mohamed Rezuan berkata:"Dia (Siti Bainun) duduk sebelah 'kakak' yang pakai tudung biru", namun saksi itu kemudian memberitahu beliau rabun jauh dan Hakim Izralizam Sanusi mengarahkannya untuk memakai cermin mata.
"Cermin mata saya tertinggal di dalam kereta," kata Mohamed Rezuan menyebabkan hakim meminta saksi untuk pergi ke kandang tertuduh bagi membuat pengecaman ke atas Siti Bainun dan saksi kemudian mengenal pasti individu itu adalah Siti Bainun.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 27 2022
![Tiada aduan kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun dilapor sejak mac 2021- Saksi Tiada aduan kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun dilapor sejak mac 2021- Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666879043_SitiBainun.jpg)
Siti Bainun menghadapi dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan berusia 13 tahun itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi. - Gambar fail
![Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740098732_Pemandumautnahas.jpg)
Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.
![PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740098223_Bromeliad.jpg)
PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.
![When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740097947_AdliHafidzPauzi.jpg)
When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.
![Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740094684_DATUKAZMANABIDIN.jpg)
Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.
![Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709799685_SitiBainun.jpg)
Keputusan rayuan sabitan bersalah Siti Bainun abai, aniaya Bella 24 April
Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis menetapkan 24 April depan untuk keputusan rayuan pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali terhadap sabitan bersalah.
!['Saya diberitahu Bella terkena air panas semasa bergaduh dengan penghuni lain' - Saksi 'Saya diberitahu Bella terkena air panas semasa bergaduh dengan penghuni lain' - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61678191321_TBsitibainun.jpg)
'Saya diberitahu Bella terkena air panas semasa bergaduh dengan penghuni lain' - Saksi
Saksi pembelaan kedua itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh peguam Mohammad Farhan Maaruf pada prosiding bela diri Siti Bainun.
![Siti Bainun akui Bella cedera ketika berada di kondominium Siti Bainun akui Bella cedera ketika berada di kondominium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/81677153556_SitiBainun.jpg)
Siti Bainun akui Bella cedera ketika berada di kondominium
Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali mengakui bahawa kecederaan pada Bella berlaku, semasa remaja perempuan sindrom Down itu berada di kondominiumnya di Wangsa Maju di sini.
![Saya sayang Bella lebih dari anak lain - Siti Bainun Saya sayang Bella lebih dari anak lain - Siti Bainun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674811121_SitiBainun.jpg)
Saya sayang Bella lebih dari anak lain - Siti Bainun
Siti Bainun turut menyifatkan Bella seorang yang kelakar, manja dan suka menyanyi seorang diri di depan cermin, membuatkan beliau suka menyakat remaja berkenaan.
![Tiada aduan kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun dilapor sejak mac 2021- Saksi Tiada aduan kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun dilapor sejak mac 2021- Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666879043_SitiBainun.jpg)
Tiada aduan kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun dilapor sejak mac 2021- Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa tiada rekod kerosakan mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali dilaporkan sejak Mac 2021.
![Tiada kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun - Saksi Tiada kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun - Saksi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61666774800_SitiBainun.jpg)
Tiada kerosakan mesin penapis air milik Siti Bainun - Saksi
Seorang pegawai penyiasat kanan memberitahu tiada sebarang kerosakan berlaku pada mesin penapis air milik pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali di sebuah unit kondominium di Wangsa Maju.
![Kes Siti Bainun: Bella selesai bagi keterangan hari ini Kes Siti Bainun: Bella selesai bagi keterangan hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61663934696_TBBELLAMAHKAMAH.jpg)
Kes Siti Bainun: Bella selesai bagi keterangan hari ini
Remaja itu mula memberi keterangan pada 10.30 pagi dan selesai pada pukul 12.40 tengah hari tadi.
![Rakan baik Siti Bainun rakam video Bella untuk beri kepada Syed Azmi Rakan baik Siti Bainun rakam video Bella untuk beri kepada Syed Azmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/41658412440_SitiBainun.jpg)
Rakan baik Siti Bainun rakam video Bella untuk beri kepada Syed Azmi
Rakaman itu dikatakan sebagai bukti bahawa terdapat penderaan terhadap Bella.
![Kes Bella: Lebih 114,000 gesa Syed Azmi dipecat Kes Bella: Lebih 114,000 gesa Syed Azmi dipecat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/81659015012_TamatkanLa.jpg)
Kes Bella: Lebih 114,000 gesa Syed Azmi dipecat
Tindakan ini bagi membela nasib setiap kanak-kanak yang didera dan dianiaya seperti yang terjadi pada Bella dan Alia.
![Saksi nafi Bella jadi mangsa amang seksual sebelum dijaga Siti Bainun Saksi nafi Bella jadi mangsa amang seksual sebelum dijaga Siti Bainun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61658315508_TBBAINUN.jpg)
Saksi nafi Bella jadi mangsa amang seksual sebelum dijaga Siti Bainun
Seorang penolong pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menafikan remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella pernah menjadi mangsa amang seksual.