HULU TERENGGANU: Tiada sebarang aktiviti pembalakan secara haram di sekitar Tasik Kenyir sehingga membawa impak kemusnahan yang sangat besar semasa banjir melanda di Hulu Terengganu Ahad lepas.
Demikian tegas Pengarah Perhutanan Negeri Terengganu Roslan Rani sekali gus menyangkal dakwaan sesetengah pihak termasuk netizen yang berkongsi maklumat tidak benar itu di media sosial.
"Sebaliknya, berdasarkan taklimat dari Tenaga Nasional Berhad (TNB), situasi yang berlaku adalah disebabkan terjadinya gelinciran tanah hingga menyebabkan tanah runtuh (berhampiran Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud (SJSM) di Kenyir) pada Ahad.
"Semasa tanah runtuh itu juga berlakunya fenomena 'kepala air' yang turut menyebabkan banyak pokok-pokok berhampiran, sampah sarap yang lama, juga sisa kayu dahan dan ranting yang mati dihanyutkan ke dalam sungai.
"Ia menyebabkan seolah-olah berlakunya 'banjir puing' kerana ada video yang tular di media sosial yang memaparkan ratusan kayu hanyut didakwa sebagai balak oleh orang ramai," katanya di sini, hari ini.
Semalam beliau meninjau keadaan runtuhan tanah di sekitar Empangan Jenagor dan Tasik Kenyir bersama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Digital negeri Ariffin Deraman dan wakil TNB.
Mengulas lanjut, Roslan berkata situasi sebenar yang terjadi di Tasik Kenyir adalah sama dengan kejadian di Bentong, Pahang pada akhir tahun lepas.
BACA: Tanah runtuh: Operasi Stesen Janaelektrik Sultan Mahmud, Kenyir dihentikan sementara
Ditanya mengenai perancangan Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu susulan kejadian tanah runtuh itu, beliau berkata pihaknya akan membuat semakan lanjut dengan mengambil gambar menggunakan dron dan koordinat yang tepat lokasi tersebut.
"Kita akan buat satu pemetaan pelan untuk perancangan dan juga tindakan selanjutnya yang boleh digunakan untuk kajian bagi mengenal pasti langkah-langkah yang lebih baik ke atas kawasan-kawasan yang terjejas ini," katanya.
Semalam, TNB dalam satu kenyataan memaklumkan operasi SJSM ditutup sementara bermula Ahad lepas berikutan menara penghantaran voltan tinggi yang menyalurkan bekalan elektrik dari SJSM kepada Grid Nasional tumbang akibat kejadian tanah runtuh.
Hujan lebat luar biasa yang berterusan sejak Jumaat lepas telah mengakibatkan kejadian tanah runtuh yang turut memutuskan akses jalan keluar-masuk ke SJSM pada 4 pagi hari yang sama.
Aliran mendapan yang membanjiri kawasan stesen itu seterusnya mengalir ke Sungai Terengganu dan enam jam kemudian, berlaku satu lagi tanah runtuh yang menyebab sebuah jambatan serta menara penghantaran 132kV runtuh. Susulan itu, TNB segera menghentikan operasi SJSM.
Namun, sepanjang penutupan sementara SJSM dengan kapasiti 400 megawatt tersebut, TNB memberi jaminan bekalan elektrik kepada pengguna di Pantai Timur tidak akan terjejas kerana ia boleh ditampung melalui sumber penjanaan lain yang disalurkan menerusi sistem Grid Nasional.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 03 2022

Operasi SJSM di Kenyir Terengganu ditutup sementara bermula Ahad lepas berikutan menara penghantaran voltan tinggi yang menyalurkan bekalan elektrik dari SJSM kepada Grid Nasional tumbang akibat tanah runtuh. -- fotoBERNAMA

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Projek Janakuasa Solar Hibrid Cypark Merchang beri manfaat ekonomi kepada Terengganu
Pelaksanaan projek Janakuasa Solar Hibrid Cypark Merchang bakal memberi manfaat kepada rantaian ekonomi negeri.

Terengganu sasar 300,000 pelancong bercuti di tasik Kenyir tahun ini
Kerajaan Terengganu yakin mampu mencapai sasaran kedatangan 300,000 pelancong ke Tasik Kenyir menjelang akhir tahun ini.

Tasik Kenyir diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan
Tasik Kenyir yang terletak di daerah Hulu Terengganu diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan dan bakal dikenali sebagai "Kenyir Geopark".

Pengusaha bot laju kesal khabar angin konon Empangan Kenyir pecah
Ia susulan penularan berita kononnya Empangan Kenyir akan pecah kerana menerima taburan hujan yang lebat sehingga menyebabkan banjir besar.

Jabatan Perhutanan henti sementara pembalakan berhampiran Tasik Kenyir - Exco
Sulaiman berkata, aktiviti pembalakan di kawasan itu difahamkan telah dihentikan sebaik sahaja isu pencemaran dilaporkan.

Tasik Kenyir dijangka diisytihar sebagai Taman Geo tahun depan
Beberapa agensi sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk menyiapkan dokumen diperlukan bagi mendapatkan pengiktirafan tersebut.

Air terjun di Tasik Kenyir keruh bukan disebabkan pembalakan
Situasi itu berlaku akibat hujan lebat dan aliran lumpur dari bukit yang turun memasuki tasik dan sungai di kawasan berkenaan.

Tasik Kenyir bakal tawarkan pakej percutian mewah penginapan rumah bot moden
Ketengah bakal menjadi perintis kepada pakej pelancongan mewah menggunakan rumah bot yang moden dan eksklusif di Tasik Kenyir.

Ketengah perintis pakej percutian rumah bot mewah di Tasik Kenyir
Langkah itu bertujuan memperkukuhkan lagi nama Tasik Kenyir sebagai destinasi pelancongan antarabangsa dengan pilihan pakej percutian lebih privasi.

Longgokan kayu di Tasik Kenyir undang risiko bencana - Ketengah
Walaupun sisa kayu itu telah diikat, namun pihaknya bimbang jika berlaku insiden kepala air, sekali gus akan menyebabkan ikatan tersebut terurai.