Jabatan Meteorologi Malaysia (MMD) mengesahkan tiada aktiviti seismik yang signifikan berlaku di Lautan Hindi susulan tular kejadian ikan terdampar di pantai dan ramalan gempa bumi besar di perairan berkenaan.
Ketua Pengarahnya Alui Bahari berkata pihaknya mempunyai rangkaian pemantauan gempa bumi dan tsunami yang lengkap termasuk data antarabangsa seperti pautan data dengan pusat pusat pemantauan gempa bumi di Indonesia, India dan Australia yang memantau aktiviti seismik di Lautan Hindi.
"Justeru, MMD berupaya memberikan maklumat gempa bumi dan amaran awal tsunami sekiranya berlaku kejadian gempa bumi," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kejadian ikan terdampar di pantai dan tangkapan ikan yang banyak oleh nelayan yang kononnya menunjukkan akan berlaku bencana pada hujung tahun ini.
Turut tular surat seorang profesor yang mendakwa memiliki persepsi deria tambahan yang dihantar kepada Perdana Menteri India Narendra Modi untuk memberi amaran bahawa gempa bumi besar akan melanda Lautan Hindi bulan depan.
Alui berkata MMD selaku jabatan yang bertanggungjawab memantau kejadian gempa bumi di rantau ini akan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami sekiranya ia mengancam kawasan pantai negara ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 17 2017

MMD selaku jabatan yang bertanggungjawab memantau kejadian gempa bumi di rantau ini akan mengeluarkan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami sekiranya ia mengancam kawasan pantai negara ini.

'Gummy' dilarang jual di semua platform, tidak patuh pelabelan
Tindakan penguatkuasaan termasuk rampasan produk ini akan dibuat berdasarkan peraturan.

Rusia denda Google beberapa kali kerana langgar syarat kandungan
Denda itu dikenakan kerana kegagalan Google menghapuskan kandungan berunsur ekstremisme, berita palsu serta bahan yang menghasut rusuhan.
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.

Amaran cuaca buruk berterusan di Pahang dan Johor
Cuaca buruk dengan hujan lebat dijangka berterusan di Segamat, Mersing, dan Kota Tinggi di Johor serta daerah Rompin, Pekan dan Kuantan di Pahang, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.

20 darjah Celsius bukan luar biasa - MetMalaysia
Aplikasi ramalan cuaca, Met Office, baru-baru ini telah memaparkan cuaca di Lembah Klang turun sekitar 22 darjah Celsius.

Tiada aktiviti seismik yang signifikan di Lautan Hindi
Ketua Pengarahnya Alui Bahari berkata pihaknya mempunyai rangkaian pemantauan gempa bumi dan tsunami yang lengkap yang memantau aktiviti seismik di Lautan Hindi.

myCuaca tawar informasi cuaca terkini - KP METMalaysia
Empat petugas bertanggungjawab mengemas kini keadaan semasa cuaca dalam aplikasi dan laman sesawang berkenaan.

Banjir: Giliran Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur selepas ini
Alui Bahari berkata keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan yang cenderung banjir dan kawasan rendah.

Jabatan Meteorologi nafi sebar amaran puting beliung
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) malam ini menafikan ia mengeluarkan amaran puting beliung dijangka berlaku di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya hari ini.