Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan kepada penggubal undang-undang Jerman bahawa kaedah 'tebang dan bakar' tidak diamalkan dalam industri minyak sawit Malaysia.
Malaysia, katanya, mengguna pakai pembangunan lestari dan mereka boleh datang dan melihat sendiri perkara itu.
"Kami komited kepada pembangunan lestari dan tidak ada amalan 'tebang dan bakar'," kata Najib pada sidang media bersama selepas mesyuarat dua hala dengan Canselor Jerman Angela Merkel, di sini, pada Selasa.
"Keadaan sebenar hanya boleh dinilai apabila anda melihat sendiri dan saya mempelawa kumpulan Anggota Parlimen untuk melawat Malaysia dan melihat bagaimana kami menguruskan industri perladangan," katanya.
Beliau berkata pembangunan lestari penting bagi Malaysia kerana kira-kira 500 ribu pekebun kecil bergantung kepada industri minyak sawit dan berjuta-juta rakyat Malaysia keluar daripada kemiskinan hasil daripada industri itu.
Malaysia, yang merupakan pengeluar kedua terbesar minyak sawit di dunia, komited untuk mengurangkan tahap pelepasan karbon dioksidanya sebanyak 40 peratus menjelang 2020, katanya.
Merkel mengesahkan bahawa Perdana Menteri ada mempelawa Anggota Parlimen Jerman.
“Malaysia memberi jaminan kepada kami yang dasar-dasar ini (tebang dan bakar) adalah perkara lampau dan tidak lagi berlaku dan ia mempelawa Anggota Parlimen melawat Malaysia dan melihat sendiri kemajuan yang telah dicapai," katanya.
Semasa sidang media itu, Najib turut mempelawa Merkel melawat Malaysia. -Bernama
Bernama
Tue Sep 27 2016

Kaedah 'tebang dan bakar' tidak diamalkan dalam industri minyak sawit Malaysia. -Gambar hiasan
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Kerajaan serius selesaikan isu industri minyak sawit - Johari
Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani.

MPOC lantik Bek-Nielsen sebagai pengerusi baharu
Bek-Nielsen mahir dengan cabaran dan isu yang dihadapi oleh industri kerana berpengalaman luas dalam industri minyak sawit Malaysia.

Kaliskan masa depan minyak sawit daripada ancaman propaganda Barat
Rakyat Malaysia diseru bersama-sama menangani dakyah anti-minyak sawit oleh negara-negara Barat yang jelas bertujuan menjatuhkan industri sawit negara kita.

Isu orang utan: Video ucapan Zuraida disunting di luar konteks
Tindakan pihak tertentu yang menyunting rakaman ucapan tersebut telah menjejaskan usaha kementerian dalam mempromosikan minyak sawit.

Prospek industri minyak sawit pasca pandemik kekal cerah - CPOPC
Tahun ini, pengeluaran Malaysia dijangkakan sama seperti pada 2020 iaitu sebanyak 18.1 juta tan metrik.

Malaysia, Indonesia digesa bekerjasama tingkatkan penggunaan minyak sawit
Dua pengeluar minyak sawit utama dunia itu perlu giat menyebarkan fakta sebenar bahawa minyak sawit dihasilkan secara lestari.

Malaysia, Indonesia bekerjasama lindungi industri minyak sawit
Januari lalu, Parlimen Eropah mengundi untuk menghentikan secara berperingkat biodiesel yang menggunakan minyak sawit menjelang 2021.

Tiada amalan 'tebang dan bakar' dalam industri sawit Malaysia - PM Najib
Malaysia mengguna pakai pembangunan lestari dan mereka boleh datang dan melihat sendiri perkara itu.