KUALA LUMPUR: Tiada apa yang disembunyikan dalam proses tender pelaksanaan teknologi 5G ke Malaysia, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Menurut beliau, proses tender tersebut dibuat secara terbuka bermula April lepas dan penilaian dibuat kepada 14 buah syarikat pembekal rangkaian internet.
Kata Annuar, syarikat yang dipilih merupakan firma antarabangsa yang dikenal pasti melalui tinjauan pasaran.
“Daripada 14 syarikat tersebut, lapan buah NEP (Penyedia Peralatan Rangkaian) telah dijemput untuk kemukakan tawaran berdasarkan kriteria berikut.
“Pertama, pengalaman melaksanakan rangkaian 5G yang telah terbukti dan kedua, dia ada ‘local present’ atau mempunyai operasi di Malaysia.
“Daripada lapan syarikat yang ambil bahagian, hanya empat buah syarikat NEP yang telah kemukakan tawaran secara muktamad dalam proses penilaian tender,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat pada Rabu.
Tambah Annuar, selepas penilaian dilakukan, kerajaan melantik Ericsson (Malaysia) Sdn Bhd (Ericsson) sebagai rakan strategik kerana syarikat itu berada di kedudukan teratas dalam komponen utama kriteria penilaian tender.
Penialaian tersebut juga, jelas beliau, melibatkan tiga aspek utama iaitu teknikal, komersial dan sosioekonomi.
“Jadi sebenarnya tidaklah ada apa-apa perkara yang dirahsiakan pun. Saya mengakui pada masa ini, keputusan untuk menggunakan proses ‘single wholesale network’ itu sedang berjalan.
“Proses rundingan antara DNB (Digital Nasional Berhad) dengan syarikat telekomunikasi dan pengendali rangkaian mudah alih sedang berjalan dengan dikawal selia rundingannya oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC),” kata Annuar lagi.
Ridauddin Daud
Wed Dec 08 2021

Menurut Annuar, syarikat yang dipilih untuk melaksanakan teknologi 5G di Malaysia merupakan firma antarabangsa yang dikenal pasti melalui tinjauan pasaran. - Gambar JAPEN Malaysia
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

U Mobile dipilih penyedia 5G rangkaian kedua berdasarkan gabungan beberapa faktor - MCMC
Pemilihan U Mobile Sdn Bhd sebagai penyedia 5G rangkaian kedua negara dibuat berdasarkan gabungan beberapa faktor, kata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030 bakal sumbang RM36.8 bilion kepada KDNK - Tengku Zafrul
Sasaran kewujudan 3,000 kilang pintar dipacu teknologi 5G menjelang 2030 dijangka menyumbang RM36.8 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara.

Malaysia layak berada pada kedudukan teratas skor ketekalan 5G - Presiden Ookla
Malaysia memperoleh skor 97.27 peratus diikuti Utara Macedonia pada 94.06 peratus dan Emiriah Arab Bersatu pada 93.88 peratus.

MWC2024 dimanfaat dalam usaha pertingkat kadar penerima gunaan 5G negara - Fahmi
MWC2024 akan digunakan sebagai platform bagi membantu usaha kerajaan meningkatkan lagi kadar penerima penggunaan teknologi 5G dalam kalangan rakyat, terutama dari sektor PMKS.

Rakan dialog ASEAN berminat sokong pelancaran 5G Malaysia
Ramai rakan dialog ASEAN berminat untuk menyokong pelancaran teknologi 5G di seluruh negara, kata Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek.

Annuar Musa perbaharui kerjasama telekomunikasi Malaysia-Indonesia
Skop kerjasama yang bakal diperluas termasuk teknologi 5G, perkhidmatan satelit, kabel dasar laut, keselamatan siber, ekonomi digital dan pembangunan kandungan.

Tiada apa disembunyikan dalam tender teknologi 5G - Annuar Musa
Proses tender tersebut dibuat secara terbuka bermula April lepas dan penilaian dibuat kepada 14 buah syarikat pembekal rangkaian internet.

Kerajaan sasar harga 5G lebih murah daripada 4G - Annuar Musa
Kalau dibuat lelongan atau pendekatan borong spektrum, harga yang dibayar itu akan disalurkan kepada pengguna, kata Annuar.

'Berdebat isu 5G, tapi banyak kawasan hanya ada 3G, 4G sangkut' - Syed Saddiq
Beliau cadang kerajaan memberi tekanan kepada syarikat telekomunikasi untuk memastikan rangkaian internet diperluas dan diperhebat.

Teknologi 5G: DNB tidak guna dana kerajaan - Annuar
Setakat ini kos untuk projek tersebut berjumlah RM16.5 bilion dengan RM11 bilion berasaskan tender dimenangi Ericson dan selebihnya adalah kos-kos lain yang terlibat.