GEORGE TOWN: Pejabat Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menghalang individu tertentu menyampaikan kuliah agama di negeri ini.
Exco Agama Islam, Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, setiap larangan yang dikeluarkan adalah berdasarkan garis panduan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP).
"Hanya pihak masjid dan Pejabat Tadbir Agama Daerah yang mengetahui larangan kepada penceramah atau individu yang berkaitan dengan arahan pekeliling tersebut," katanya ketika dihubungi media di sini, pada Ahad.
Menerusi pekeliling yang dikeluarkan JHEAIPP pada 23 Oktober lalu memaklumkan penstrukturan semula kuliah dan penganjuran aktiviti ilmu di masjid serta surau negeri ini.
Pengarah JHEAIPP, Datuk Zulkifli Rashid berkata, semua penceramah atau pengkuliah yang hendak menyampaikan pengajaran di semua masjid dan surau di Pulau Pinang mestilah memiliki tauliah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama negeri itu
Dalam masa sama, penceramah dan pengkuliah yang dijemput itu tidak mempunyai kontroversi terutama berkaitan akhlak, masalah khilafiah, politik kepartian dan seumpamanya.
Beliau berkata, usaha itu dilakukan JHEAIPP bagi memastikan aktiviti majlis ilmu di negeri ini bebas daripada sebarang unsur yang boleh mendatangkan kekeliruan dan perpecahan dalam kalangan masyarakat serta membendung sebarang unsur negatif yang dibawa dari luar serta tidak sesuai dengan masyarakat di negeri ini.
"Selain itu, ia juga bagi memastikan semua masjid dan surau sentiasa fokus kepada budaya ilmu sebenar yang mengutamakan kualiti dan impak positif kepada jemaah dan masyarakat Islam," katanya.
Terdahulu tular video pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias yang mengesahkan beliau telah menerima arahan tidak dibenarkan lagi memberi kuliah di Pulau Pinang selepas 33 tahun berceramah di negeri itu selama ini.
Ucapan beliau itu dipercayai dirakam jemaah di Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil malam tadi dan rakaman video berdurasi 3.08 saat itu turut tular di media sosial sejak pagi ini. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Oct 29 2023

Mohd Kazim berkata beliau telah menerima arahan tidak dibenarkan lagi memberi kuliah di Pulau Pinang selepas 33 tahun berceramah di negeri itu. - Gambar fail

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Berbahasa Melayu buat video masak bantu Salee Style popular di Malaysia
Salee turut berkongsi video menu seperti Tom Yam, Tom Sep dan Salad Miang Kam dan Miang Pla.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 22 Februari 2025
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
1️⃣ Terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
2️⃣ Pengurusan masjid, surau perlu tingkat kawalan keselamatan
3️⃣ Gantung sementara pemeriksaan 'walk-in'
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Jemaah Menteri perlu terbuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tiada arahan halang individu tertentu beri kuliah di Pulau Pinang - Exco
Pejabat Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menghalang individu tertentu menyampaikan kuliah agama di negeri ini.

Hadis 40: Jangan hanya baca terjemahan - Ustaz Kazim
Mana-mana pihak tidak seharusnya menilai pengajaran Hadis 40 Imam Nawawi hanya berdasarkan terjemahan semata-mata tanpa memahami maksud sebenar yang ingin disampaikan.

'Beri perhatian sektor pelancongan Muslim' - Ustaz Kazim
Kerajaan Perak disaran memberi perhatian terhadap sektor pelancongan Muslim yang mempunyai potensi besar merancakkan kehadiran pelancong ke negeri ini menjelang Tahun Melawat Perak 2024.

Menimba ilmu agama di sekolah pondok pilihan warga emas
Sejak kebelakangan ini, ramai warga emas memilih untuk tinggal di sekolah pondok.

PRU15: Umum calon BN mungkin punca larangan berceramah di Pulau Pinang - Ustaz Kazim
Ustaz Kazim Elias tidak menolak kemungkinan pengumuman awal beliau sebagai calon BN PRU15 mungkin menjadi antara punca larangan berceramah di Pulau Pinang.

Ustaz Kazim sudah sihat, muka tidak lagi luka, berdarah
Penceramah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, beliau kini sudah sihat daripada penyakit kulit yang dihidapinya.

PRU15: Demi wasiat ibu, maafkan saya - Ustaz Kazim
Ustaz Kazim memohon maaf kepada pengundi dan penyokong Barisan BN di Parlimen Larut kerana membatalkan hasrat untuk bertanding di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ustaz Kazim sekali lagi dimasukkan ke hospital
Doktor masih mengesan apa masalah sebenar penceramah bebas itu.

Ustaz Kazim masuk pejabat walaupun belum sihat
Ustaz Kazim yang baru keluar hospital petang semalam berkata, beliau rindu sangat dengan Al Barakah.

Ustaz Kazim dibenarkan keluar dari hospital
Adiknya dibenarkan keluar untuk berehat di rumah setelah pihak hospital berpuas hati tahap kesihatannya yang semakin memuaskan.