KUALA LUMPUR: Tiada bukti pergerakan tanah di pangsapuri Sri Duta 1 di Taman Duta dikesan setakat ini, kata polis.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memantau keadaan di sana dengan teliti sebaik penduduk dipindahkan dari bangunan itu.
"Setakat ini, kontraktor sedang melakukan kerja-kerja pengukuhan asas. Kerja-kerja pemantauan dilakukan oleh DBKL setiap hari bagi meninjau pergerakan air dan tanah.
"Sehingga kini, tiada pergerakan tanah dikesan," katanya ketika dihubungi pada Ahad seperti dilaporkan The Star.
Tambah beliau, kawasan itu diisytiharkan tidak selamat oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) namun tiada kecederaan dilaporkan.
Dalam perkembangan berkaitan, pengurusan pangsapuri berkenaan memaklumkan sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk menangani isu melibatkan bangunan tersebut.
Langkah pencegahan dan mitigasi sudah diambil bagi mengelak kerosakan berterusan.
Bangunan berkenan juga sedang dipantau Institut Latihan dan Penyelidikan JKR (Ikram) serta kontraktor yang dilantik.
Kerja-kerja menstabilkan cerun akan diteruskan bagi memastikan keselamatan penghuni kekal sebagai keutamaan pengurusan pangsapuri.
Terdahulu, gambar pangsapuri itu telah tersebar di media sosial menyebabkan orang ramai bimbang dengan keselamatan penghuninya.
Gambar yang tersebar menunjukkan apartmen itu berada betul-betul di sebelah kawasan yang sudah terjejas akibat tanah runtuh.
Astro Awani
Mon Dec 27 2021

Gambar yang tersebar menunjukkan apartmen itu berada betul-betul di sebelah kawasan yang sudah terjejas akibat tanah runtuh. -Facebook Balai bomba Sentul
AWANI Ringkas: Meninggal dunia serta merta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Astro Shaw perkenal filem 'survival thriller' pertama Malaysia 'Wantugo'
Filem Wantugo dijangka menemui peminat filem tempatan pada penghujung tahun 2025.

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Tiada bukti pergerakan tanah dikesan di pangsapuri Sri Duta 1 - Polis
Ketua Polis Kuala Lumpur berkata, DBKL memantau keadaan di sana dengan teliti sebaik penduduk dipindahkan dari bangunan itu.