PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini pada Selasa diberitahu bahawa, tiada bukti menunjukkan Samirah Muzaffar dan dua remaja membunuh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan.
Rahmat Mohamed Hazlan berkata demikian ketika hujahan rayuan oleh pasukan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor yang membebaskan Samirah dan dua remaja berhubung kematian Nazrin, lima tahun lalu.
Rahmat yang mewakili Samirah, 48, serta dua remaja masing-masing berusia 18 dan 21 tahun, sebagai responden berkata, tiada bukti untuk mengaitkan pihak-pihak yang dituduh, sekali gus perkara itu menjadi andaian tanpa sebarang asas bukti.
Menurutnya, 'teori orang terakhir’ yang diguna pakai pihak pendakwaan dalam kes kematian Nazrin adalah tidak terpakai.
“Mereka (pihak yang dituduh) telah memberikan pembelaan yang konsisten walaupun kenyataan dirakam berkali-kali, malah direkodkan secara berasingan.
“Bukan itu sahaja, pihak pendakwaan sendiri mengakui bahawa motif dalam kes ini adalah kabur dan tidak jelas,” katanya.
Selain Rahmat, responden turut diwakili peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Pada prosiding ini, pendakwaan selaku pemohon diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Yusaini Amer Abdul Karim.
Menurutnya, beban pembuktian kes ini beralih kepada pihak pendakwaan, yang mana mereka perlu membuktikan bahawa tertuduh bertanggungjawab terhadap pelakuan jenayah itu.
Semasa hujahan pada Isnin, pihak pendakwaan berkata, Samirah dan dua remaja ini merupakan individu yang bertanggungjawab terhadap kematian Nazrin.
Yusaini Amer berkata, disebabkan tiga responden itu merupakan individu terakhir dilihat bersama Nazrin, adalah munasabah untuk dibuat inferens bahawa mereka mempunyai peluang untuk membunuhnya.
Di dalam kes ini katanya, tidak dinafikan tiada mana-mana saksi yang menyaksikan kejadian pembunuhan berlaku, namun tiga responden itu merupakan orang terakhir yang dilihat bersama si mati sebelum dia ditemui dalam bilik yang terbakar.
Selain itu, Rahmat menegaskan bahawa, mahkamah perlu mengambil kira sifat hubungan antara tertuduh dan si mati.
Sekiranya terdapat bukti hubungan baik, bukti kali terakhir dilihat akan kekal sebagai syak wasangka semata-mata dan tidak selamat untuk disabitkan kesalahan atas bukti tunggal itu.
Beliau juga berkata, penjelasan Samirah mengenai kali terakhir melihat Nazrin adalah konsisten.
“Dalam kenyataan pertama bertarikh 17 Jun 2018, Samirah menyatakan, ketika berada di rumah, jirannya datang untuk memaklumkan bahawa asap keluar dari tingkap bilik tidur di tingkat atas rumahnya.
“Samirah kemudian berlari ke tingkat atas dan cuba membuka pintu nilik tetapi tidak berjaya, lalu dia meminta bantuan daripada pengawal keselamatan kawasan perumahan,” katanya.
Panel tiga hakim, diketuai Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang bersidang bersama Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk Azhahari Kamal Ramli menetapkan 19 September depan untuk hujahan balas daripada pihak pemohon.
Mengikut pertuduhan, Samirah, dua remaja dan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang masih bebas, Eka Wahyu Lestari didakwa membunuh Nazrin, 45, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara jam 11.30 malam 13 Jun 2018 hingga 4 pagi, keesokkan harinya.
Jabatan Peguam Negara memfailkan notis memfailkan rayuan ini, dua hari selepas Mahkamah Tinggi membebaskan Samirah dan dua remaja itu, pada 21 Jun 2022 daripada tuduhan berkenaan.
Pada 30 Jun tahun sama, Samirah dan dua remaja ini turut memfailkan rayuan bagi mencabar penemuan fakta tertentu oleh Mahkamah Tinggi termasuk kebakaran yang berlaku di bilik Nazrin, dilakukan dengan sengaja. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 05 2023
![Tiada bukti Samirah, dua remaja bunuh Nazrin - Peguam Tiada bukti Samirah, dua remaja bunuh Nazrin - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61693899703_SamirahMuzaffar.jpg)
Samirah (gambar), dua remaja dan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang masih bebas, didakwa membunuh Nazrin, di sebuah rumah di Mutiara Damansara antara jam 11.30 malam 13 Jun 2018 hingga 4 pagi, keesokkan harinya. - Gambar/ Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.