JOHOR BAHRU: Kerajaan tidak bercadang menaikkan kadar bayaran permit masuk kenderaan (VEP) RM20 bagi kenderaan berdaftar dari Singapura yang memasuki negara ini melalui pintu masuk antarabangsa Johor.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, sekiranya kadar bayaran VEP dinaikkan ia dibimbangi menyebabkan tindak balas dari Singapura yang akan meningkatkan kadar bayaran kepada kenderaan Malaysia yang memasuki republik itu.
"Setakat ini, tiada cadangan untuk meningkatkan kadar bayaran VEP di peringkat kementerian. Walaupun ada cadangan daripada wakil rakyat berhubung VEP ini.
"Jika kita berbuat demikian, pasti ada tindak balas dari Singapura. Kemungkinan, Singapura akan mengenakan cukai jalan yang lebih tinggi untuk kenderaan Malaysia yang masuk ke republik itu.
"Dalam masa sama, kita juga nak menggalakkan kemasukan pelancong dari Singapura ke negeri ini supaya dapat menyumbang kepada ekonomi di Johor," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan pas tanpa had MyBAS dan bas awam elektrik pertama Johor, di Terminal Pengangkutan Awam Larkin, di sini, pada Selasa.
Hadir sama, Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh.
Isnin lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Datuk Pandak Ahmad menyarankan agar kerajaan menaikkan kadar VEP khusus bagi kenderaan Singapura yang mahu memasuki negara ini melalui pintu sempadan antarabangsa di negeri ini.
Beliau dilaporkan berkata, kenaikan bayaran VEP itu dilihat wajar memandangnya kadar ketika ini amat rendah jika dibandingkan dengan tukaran mata wang negara jiran berkenaan.
Daripada kadar bayaran VEP RM20 yang dikutip dari kenderaan asing Singapura yang masuk ke negara ini melalui Tambak Johor, dan Lebuhraya Linkedua, sebanyak RM15 diserahkan kepada kerajaan Persekutuan manakala RM5 kepada kerajaan Johor. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 28 2023
Siew Fook berkata, sekiranya kadar VEP dinaikkan ia dibimbangi menyebabkan tindak balas dari Singapura yang akan meningkatkan kadar bayaran kepada kenderaan Malaysia yang memasuki republik itu. - Gambar fail
DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Keputusan AS tidak luntur komitmen Malaysia terhadap isu perubahan iklim
Malaysia akan terus bekerjasama dengan negara-negara lain dalam menangani isu perubahan iklim di sebalik keputusan Amerika Syarikat menarik diri daripada Perjanjian Iklim Paris.
Kerajaan sasar sifar projek sakit di bawah seliaan JKR - Ahmad
Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan semua 16 projek sakit di bawah seliaan JKR di seluruh negara pada tahun ini.
Kelonggaran pelaksanaan sistem e-Invois permudah peralihan perniagaan kecil - Pakar
Tempoh kelonggaran selama enam bulan yang diberikan kerajaan sebelum pelaksanaan mandatori sistem e-Invois Malaysia membantu kalangan perniagaan kecil bersedia bagi pelaksanaan penuh.
[TERKINI] Ucapan sulung Trump di pentas WEF 2025
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyampaikan ucapan sulung di pentas Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang berlangsung di Davois, Switzerland secara dalam talian.
Pendakwa Raya ICC mohon waran tangkap terhadap pemimpin Taliban, Ketua Hakim Afghanistan
Pendakwa Raya ICC Karim Khan pada Khamis memohon waran tangkap untuk pemimpin tertinggi Taliban, Hibatullah Akhundzada, dan Ketua Hakim Negara sementara Afghanistan, Abdul Hakim Haqqani.
Rangkuman dan menjelang ucapan sulung Donald Trump
Lintas langsung bersama Editor Kanan Astro AWANI mengenai rangkuman WEF 2025 dan menjelang ucapang Sulung Presiden AS, Donald Trump dari Davos, Switzerland.
Micheal Martin disahkan sebagai Perdana Menteri baharu Ireland
Ketua Fianna Fail Micheal Martin telah disahkan sebagai perdana menteri Ireland yang baharu selepas undian di Dail, dewan rendah parlimen Ireland,.
Dasar liberal, Argentina yakin sokongan Trump dan global
Presiden Argentina Javier Milei berkata, negara itu tidak lagi bersendirian dalam memperjuangkan dasar liberal dan beliau merasakan sokongan daripada pakatan antarabangsa termasuk Presiden AS, Donald Trump dan Perdana Menteri Itali Giorgia Meloni.
Projek pembangunan Ipoh Sentral bermula enam bulan lagi
Projek ini bertujuan mengubah landskap Ipoh dengan menghubungkan ruang kediaman, komersial, dan rekreasi, serta dijangka membawa manfaat besar kepada ekonomi tempatan dan nasional.
MOT, JPJ akan bincang aplikasi jual beli motosikal terpakai diintegrasi mySIKAP
Anthony Loke berkata, ia juga bagi mengelakkan sebarang kejadian melibatkan urusan pertukaran hak milik dan saman yang tertunggak.
Prasarana sedia 300 van DRT baharu untuk keselesaan pengguna LRT, MRT - Loke
Operasi 300 van baharu yang mesra OKU tersebut akan bermula secara berperingkat antara Februari sehingga Jun depan.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Proses ujian Aerotrain masih berjalan - Loke
Penggantian Aerotrain lama dengan sistem baharu dijangka meningkatkan pengalaman penumpang dan mengurangkan risiko gangguan operasi di KLIA.
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 14.3 peratus pada 2024 - Loke
Trafik penumpang udara Malaysia pada tahun 2024 meningkat sebanyak 14.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.
MOT tiada kompromi, sifar toleransi isu integriti - Loke
Kementerian Pengangkutan (MOT) mengamalkan pendekatan tiada kompromi dan sifar toleransi terhadap isu integriti melibatkan pegawai penguat kuasa di bawah kementerian itu, kata Menterinya Anthony Loke.
MRT Corp anugerah kontrak sivil utama LRT Laluan Mutiara kepada SRC Consortium
MRT Corp menandatangani perjanjian Kontrak Sivil Utama bagi Segmen 1 Projek LRT Laluan Mutiara bersama SRS Consortium Sdn Bhd yang bernilai RM8.31 bilion.
LRT Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen, libat jajaran 29.5 km - Loke
Projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara merangkumi 21 stesen di lokasi-lokasi yang strategik, termasuk satu stesen provisional di Pulau Reklamasi Selatan Pulau Pinang.
MOT tiada kuasa kawal kenaikan tambang bas sekolah - Loke
Kementerian Pengangkutan tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menghalang kenaikan harga tambang bas sekolah yang dijangka berlaku pada Februari ini.