MELAKA: Tiada lagi caj pemotongan ayam dikenakan kepada pengguna di Melaka selepas pelaksanaan pengapungan harga ayam bermula hari ini.
Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri Norena Jaafar berkata harga ayam yang dijual di pasar awam mahupun pasar raya seluruh negeri itu, yang mengikut timbangan bagi setiap kilogram, merupakan harga yang dicaj kepada pengguna.
"Hasil pemantauan di pasar awam hari ini rata-rata harga ayam segar adalah RM8.90 sekilogram termasuk pemotongan dan selepas pengapungan harga ia akan menjadi pasaran terbuka... mungkin boleh berlaku tawar-menawar harga antara pembeli dan peniaga namun ia terpulang kepada masing-masing, cuma tidak berlaku di pasar raya.
"KPDN Melaka juga memberi jaminan ayam yang dijual adalah bekalan ayam baharu dan segar walaupun tiada kenaikan harga barangan itu setakat ini," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pemeriksaan harga ayam di di Pasar Besar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Bachang, di sini hari ini.
Norena berkata pegawai pemantau harga KPDN turut digerakkan ke semua pasar awam dan pasar raya di negeri itu setiap hari, bagi menjalankan pemantauan harga bekalan ayam.
Dalam pada itu, beliau berkata sehingga 31 Okt sebanyak 25,422 premis perniagaan meliputi peruncit, pemborong, pengilang dan peladang diperiksa di negeri itu.
Katanya sepanjang tempoh tersebut, pihaknya merekodkan 1,031 aduan rasmi berkaitan perihal harga barangan dan sebanyak lima aduan rasmi berkaitan ayam diterima atas pelbagai kesalahan.
"KPDN Melaka juga akan melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan berterusan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011).
"Ia bagi memastikan tiada aktiviti pengambilan untung secara berlebihan dan manipulasi harga oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab melibatkan semua peringkat perniagaan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 01 2023
![Tiada caj pemotongan ayam di Melaka selepas pengapungan harga Tiada caj pemotongan ayam di Melaka selepas pengapungan harga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698823665_TBayamraya.jpg)
Norena berkata pegawai pemantau harga KPDN turut digerakkan ke semua pasar awam dan pasar raya di negeri itu setiap hari, bagi menjalankan pemantauan harga bekalan ayam. - Gambar fail/Astro AWANI
Pantau Agenda Reformasi: Impak jangka panjang larangan pergerakan kenderaan berat
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memperluas larangan pergerakan kenderaan berat memasuki lebuh raya pada waktu puncak di beberapa jajaran lebuh raya terpilih di sekitar Lembah Klang bermula pada 19 Feb ini bagi melancarkan pergerakan trafik di kawasan itu serta di bandar raya.
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Prof. Madya Dr. Law Teik Hua, Pengarah Pusat Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya UPM
Seni bina perlu jadi penyumbang kukuh perdagangan perkhidmatan
Seni bina masih merupakan segmen eksport yang kurang dibangunkan berikutan pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi serta perkhidmatan perniagaan yang mendominasi profil eksport perkhidmatan negara.
Adaptasi ESG: Perkongsian awam-swasta beri kelebihan daya saing
Kerajaan berhasrat mewujudkan ekonomi digital yang teguh, mampan dan berdaya saing di peringkat global yang memberi manfaat kepada perniagaan dan rakyat.
![Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61734154906_tbHusseinOmarKhan.jpg)
Kerani rugi RM1 juta terperdaya skim pelaburan tidak wujud
Seorang kerani sebuah syarikat swasta kerugian RM1 juta selepas menjadi mangsa penipuan skim pelaburan tidak wujud menerusi Facebook.
Perikanan: Pemprosesan, pengeluaran jana nilai ekonomi RM 64 juta tahun lepas - DOF
Pencapaian dicatatkan menerusi Program myAgropreneur (myAP) itu mencerminkan peranan penting industri pemprosesan perikanan dalam menyokong pembangunan ekonomi negara.
Terengganu bakal miliki industri pembinaan pesawat ringan
Perkara itu masih dalam perbincangan dengan syarikat Putra Aerospace Industries (PAI) dan pihaknya telah memberikan persetujuan awal untuk meneliti lanjut projek berkenaan.
Manfaatkan sokongan kerajaan, teknologi bagi perkasa sektor logistik - Loke
Loke berkata inisiatif seperti pengecualian cukai itu bertujuan memacu operasi lebih pintar serta cekap di peringkat gudang serta logistik.
MARA sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Asyraf Wajdi berkata untuk itu, satu pendekatan lebih agresif dan tiada kompromi akan diambil kepada mereka yang culas dalam menjelaskan hutang.
150 false killer whale ditemukan terdampar
Lebih 150 false killer whale ditemukan terdampar di barat laut Australia pada Rabu.
![Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739955456_Bekaspengurusjuala.jpg)
Bekas pengurus jualan bank mengaku tidak bersalah terhadap 58 pertuduhan rasuah
Seorang bekas pengurus jualan sebuah bank mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh terhadap atas 58 pertuduhan meminta dan menerima rasuah.
![45 rakyat Malaysia dakwa diperas ugut di konsert DWP Jakarta - Polis Indonesia 45 rakyat Malaysia dakwa diperas ugut di konsert DWP Jakarta - Polis Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735057892_DWP.jpg)
45 rakyat Malaysia dakwa diperas ugut di konsert DWP Jakarta - Polis Indonesia
Kes itu dipantau rapi oleh badan luar seperti Suruhanjaya Polis Negara (Kompolnas) bagi memastikan ketelusan dan keadilan dalam siasatan.
![Tiada caj pemotongan ayam di Melaka selepas pengapungan harga Tiada caj pemotongan ayam di Melaka selepas pengapungan harga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41698823665_TBayamraya.jpg)
Tiada caj pemotongan ayam di Melaka selepas pengapungan harga
Tiada lagi caj pemotongan ayam dikenakan kepada pengguna di Melaka selepas pelaksanaan pengapungan harga ayam bermula hari ini.
![PRK Pelangai: Tiada aduan rasmi parti politik salah guna aset kerajaan - SPR PRK Pelangai: Tiada aduan rasmi parti politik salah guna aset kerajaan - SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81696568886_AbdulGhaniSalleh.jpg)
PRK Pelangai: Tiada aduan rasmi parti politik salah guna aset kerajaan - SPR
Tiada sebarang aduan rasmi berhubung dakwaan penyalahgunaan jentera dan aset kerajaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai setakat ini.
![Pengguna dinasihat buat aduan rasmi jika harga barang meningkat - KPDNHEP Pengguna dinasihat buat aduan rasmi jika harga barang meningkat - KPDNHEP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61605572891_pasarraya.jpg)
Pengguna dinasihat buat aduan rasmi jika harga barang meningkat - KPDNHEP
Pengguna disarankan supaya menyalurkan aduan secara rasmi kepada KPDNHEP, jika terdapat sebarang kenaikan harga barangan secara drastik.
![Pengadil perlu buat aduan rasmi kepada FAM - Stuart Pengadil perlu buat aduan rasmi kepada FAM - Stuart](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51587811099_FAM.jpg)
Pengadil perlu buat aduan rasmi kepada FAM - Stuart
FAM nasihat mana-mana pengadil tempatan yang masih berdepan masalah tunggakan elaun tugasan Liga Malaysia supaya tampil membuat aduan rasmi kepada badan induk itu.