Tiada sebarang kejadian cubaan culik oleh seorang wanita di sekolah rendah di sini seperti yang ditularkan di media sosial, kata Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah.
Sebaliknya, beliau berkata wanita itu hanya menegur murid berkenaan dan tidak berlaku kejadian murid itu ditarik keluar dari kawasan sekolah.
Baharudin berkata hasil siasatan juga mendapati wanita itu mengalami masalah tekanan perasaan selepas bercerai tiga tahun lalu.
Wanita itu juga mendakwa tiga anak berusia tiga hingga 10 tahun berada di bawah jagaan bekas suami.
"Wanita itu menyatakan dia memasuki kawasan sekolah untuk menggunakan tandas dan kita percaya dia menegur murid berkenaan kerana teringatkan anak-anaknya," katanya ketika dihubungi Bernama.
Katanya, wanita itu ditahan ketika menunggang motosikal di kawasan Rusila, Marang pada kira-kira 3 petang tadi oleh anggota polis yang membuat rondaan.
Ia susulan laporan polis yang dibuat ibu kepada murid terbabit petang semalam yang mendakwa anaknya telah diheret keluar dari kawasan sekolah tetapi diselamatkan pengawal keselamatan.
"Kita harap orang ramai tidak lagi risau dan mendapat gambaran sebenar kejadian," kata Baharudin sambil menambah polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap wanita berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 08 2019
![Tiada cubaan culik pelajar di Dungun - Polis Tiada cubaan culik pelajar di Dungun - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/41560991443_Kidnapped.jpg)
Tiada sebarang kejadian cubaan culik oleh seorang wanita di sekolah rendah di Dungun seperti yang ditularkan di media sosial. -Gambar hiasan
AS-Rusia setuju runding lagi, Ukraine tidak dilibatkan
Amerika Syarikat bersetuju untuk mengadakan lebih banyak rundingan dengan Rusia bagi menamatkan perang di Ukraine selepas mesyuarat awal yang tidak melibatkan Kyiv.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
Pendekatan ini berbeza daripada dasar Washington sebelum ini yang lebih memilih untuk menekan Rusia melalui kerjasama rapat dengan sekutu-sekutunya.
![Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739938792_GANGGUANBEKALANAIR.jpg)
Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.
Israel, Hamas runding gencatan senjata baharu minggu ini
Israel dan Hamas akan memulakan rundingan tidak langsung mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata di Gaza minggu ini.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Rundingan bagi fasa kedua perjanjian ini dijadualkan bermula pada 4 Februari, tetapi Qatar, sebagai perantara bersama Mesir dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa rundingan rasmi masih belum dimulakan.
Perpaduan ASEAN, kunci kekuatan ekonomi serantau hadapi cabaran global
Menurut Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey, ASEAN mesti berfungsi sebagai satu entiti ekonomi yang dinamik dan saling bergantung bagi menghadapi cabaran perdagangan global yang semakin kompleks. Perpaduan yang kukuh akan memastikan kestabilan dan pertumbuhan berterusan, walaupun berdepan dengan krisis yang melanda dunia.
Perkasa peluang dagangan baharu antara Thailand dan Malaysia
Wakil Perdagangan Thailand, H.E. Umesh Pandey berkata, Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dan kedua-dua negara perlu memanfaatkan kekuatan bersama dan melonjak ke tahap baharu.
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak.
Polis siasat video tular anggota semasa ops tapis
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya telah terkesan satu kenyataan dan video tular menerusi Facebook pada jam 1 petang Selasa.
SPRM masih siasat kes ahli politik dan safe house RM5 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat kes melibatkan seorang ahli politik terkemuka yang dikaitkan dengan sebuah "safe house", di mana sejumlah RM5 juta disimpan.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan bahawa SPRM telah melengkapkan siasatan, namun kertas siasatan dikembalikan oleh timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan bahawa SPRM telah melengkapkan siasatan, namun kertas siasatan dikembalikan oleh timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
![ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739938848_TBJDT.jpg)
ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram
Teknik gerakan yang berakhir dengan jaringan disumbangkan Arif Aiman Hanapi ketika membantu JDT membenam Pohang Steelers merupakan sesuatu yang 'bijak'.
AWANI Ringkas: Birokrasi agihan bantuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Suami isteri cuba pecah tabung masjid ditahan lagi Suami isteri cuba pecah tabung masjid ditahan lagi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686779227_SuamiIsteri.jpg)
Suami isteri cuba pecah tabung masjid ditahan lagi
Sebelum ini pasangan berkenaan telah direman selama enam hari bermula Jumaat lepas hingga Rabu.
![Pemuda tidak pulang ke rumah ditemukan lemas Pemuda tidak pulang ke rumah ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-04/81554253841_Bodies.jpg)
Pemuda tidak pulang ke rumah ditemukan lemas
Mohd Shafeqal ditemukan meninggal dunia oleh adiknya sekitar jam 12 tengah hari.
![PRN Johor: Kalah, menang saya tetap akan berkhidmat - Calon Bebas DUN Senggarang PRN Johor: Kalah, menang saya tetap akan berkhidmat - Calon Bebas DUN Senggarang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646993057_BaharudinDUNSengg.jpg)
PRN Johor: "Kalah, menang saya tetap akan berkhidmat" - Calon Bebas DUN Senggarang
Baharudin Abdullah berikrar akan terus berkhidmat kepada rakyat biar apa sekalipun nasibnya esok.
![Pemandu MPV hitam diminta tampil bantu siasatan nahas di Dungun Pemandu MPV hitam diminta tampil bantu siasatan nahas di Dungun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51641940021_TBkemalangan.jpg)
Pemandu MPV hitam diminta tampil bantu siasatan nahas di Dungun
Mohamad Haszaniza Sulong@ Zakaria, 27, maut selepas Perodua Myvi warna kuning yang dipandunya terbabas lalu bertembung dengan sebuah Mercedes Benz.
![Murid Tahun Lima maut disengat tebuan Murid Tahun Lima maut disengat tebuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/71591291034_Wasp.jpg)
Murid Tahun Lima maut disengat tebuan
Rayyan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 2.30 petang sebaik tiba di Klinik Kesihatan Bukit Besi untuk menerima rawatan.
![Bayi retak tulang kepala, didakwa jatuh katil rumah pengasuh meninggal dunia Bayi retak tulang kepala, didakwa jatuh katil rumah pengasuh meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61620751581_Babyhands.jpg)
Bayi retak tulang kepala, didakwa jatuh katil rumah pengasuh meninggal dunia
Pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan di ubun kepala serta keretakan di bahagian belakang tulang kepala.
![Perkhemahan lima sahabat bertukar tragedi apabila 2 lemas di Sungai Dungun Perkhemahan lima sahabat bertukar tragedi apabila 2 lemas di Sungai Dungun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81614980172_TBRAKANLEMASx.jpg)
Perkhemahan lima sahabat bertukar tragedi apabila 2 lemas di Sungai Dungun
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Subree Ahmad Tajuddin, 38, dan Ariff Razali, 34.
![25 unit bom 'hand grenade smoke' ditemui di tapak pembuangan sampah 25 unit bom 'hand grenade smoke' ditemui di tapak pembuangan sampah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81613518099_TerengganuBom.jpg)
25 unit bom 'hand grenade smoke' ditemui di tapak pembuangan sampah
Polis Dungun mengambil kesemua bom itu kira-kira pukul 1.30 pagi semalam di sekitar kawasan semak samun, yang berdekatan kawasan ladang kelapa sawit.
![Suri rumah cedera diseret, halang suami larikan anak Suri rumah cedera diseret, halang suami larikan anak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612841002_TBBaharudinAbdullah.jpg)
Suri rumah cedera diseret, halang suami larikan anak
Seorang suri rumah cedera dalam cubaan menghalang suaminya melarikan anak lelaki pasangan itu dalam kejadian pada Ahad.
![Kanak-kanak maut dilanggar 4WD di luar pekarangan rumah Kanak-kanak maut dilanggar 4WD di luar pekarangan rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-09/81598939312_TBAiraAwatif.jpg)
Kanak-kanak maut dilanggar 4WD di luar pekarangan rumah
Mitsubishi Storm yang dipandu lelaki berusia 59 tahun itu melanggar mangsa yang didakwa keluar dari pekarangan rumah secara mengejut.