Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata cadangan pelaksanaan cuti sekolah secara berperingkat mengikut negeri hanya pandangan peribadi timbalannya dan ia tidak akan dilaksanakan.
Mohamaddin berkata cadangan yang disuarakan oleh timbalannya Muhammad Bakhtiar Wan Chik itu juga tidak pernah dibincangkan di peringkat kementerian.
"Jika anda tanya saya (berkenaan cadangan cuti sekolah berperingkat antara negeri) jawapannya adalah tidak (setuju)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan 'Swedish Fashion and Design Stories Exhibition' di Balai Seni Negara, di sini, hari ini.
Pada Selasa, Muhammad Bakhtiar mencadangkan cuti sekolah diadakan secara berperingkat mengikut negeri bagi memacu sektor pelancongan dan mengurangkan kesesakan di beberapa tempat tumpuan pelancong tempatan namun kebanyakan pihak tidak bersetuju dengan cadangan itu.
BACA: Cuti sekolah berperingkat cadangan baik tetapi perlu perincian
BACA: Reaksi berbeza terhadap cuti sekolah berperingkat
Dalam perkembangan lain, Mohamaddin berkata dasar pelancongan China yang diperkenalkan beberapa tahun lepas iaitu menggalakkan warganya melawat destinasi pelancongan domestik adalah antara faktor menyebabkan penurunan kedatangan pelancong dari negara itu ke Malaysia semasa berlangsungnya cuti umum 'Golden Week' minggu lepas di China.
"Cuti 'Golden Week' itu hanya untuk tempoh seminggu (1 Okt hingga 7 Okt) apabila warga China digalak bercuti dalam negara daripada ke luar negara.
"Ia bukan hanya di Malaysia tetapi juga di seluruh dunia menyaksikan penurunan sedikit jumlah pelancong China tetapi ia hanya untuk tempoh seminggu," katanya.
Semalam dilaporkan, memetik pengusaha industri pelancongan, ketibaan pelancong dari tanah besar China ke Malaysia mencatatkan penurunan antara 30 ke 35 peratus minggu lepas sempena cuti umum Golden Week berbanding tempoh yang sama tahun lepas.
Kira-kira 180,000 pelancong China melawat Malaysia sempena cuti panjang seminggu meraikan Hari Kebangsaan China pada 2017.
Sementara itu, pameran fesyen dan reka bentuk Sweden itu dianjurkan Kedutaan Sweden di Malaysia dan Balai Seni Negara, berlangsung semalam hingga 11 Nov.
Pameran di Balai Seni Negara itu mengetengahkan 58 unit gambar cetakan dan paparan produk oleh penaja termasuk IKEA, Daniel Wellington dan Assa Abloy.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 12 2018

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berucap pada Majlis Perasmian 'Swedish Fashion & Design Stories' di Balai Seni Negara, hari ini. - Foto BERNAMA
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Rasionalisasi subsidi bahan api perlu pendekatan terkini, dilaksana berperingkat - Kian Ming
Kerajaan dicadangkan untuk melihat pendekatan yang lebih terkini dalam merasionalisasikan program subsidi dan ia perlu dilaksanakan secara berperingkat.

Gangguan air di Kuala Lumpur dijangka pulih hari ini
Air Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya 12 tengah hari ini.

Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan dilaksana secara berperingkat
Proses vaksinasi bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 1 akan dilaksanakan secara berperingkat di negeri-negeri, kata Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin.

Kaedah prorata pastikan pengguna tidak dikenakan caj berlebihan - TNB
Kaedah prorata itu telah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga supaya pengguna mendapat bil yang tepat.

COVID-19: New York ambil pendekatan berhati-hati sebelum buka ekonomi
Pemimpin-pemimpin negeri harus telus tentang jumlah kes positif dan kematian yang akan meningkat susulan tindakan berkenaan.

Pemulihan bekalan air akibat pencemaran diesel pada tahap 77 peratus
Pemulihan bekalan air secara berperingkat di beberapa kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor susulan pencemaran diesel mencapai tahap 77 peratus setakat jam 6 pagi Selasa.

Manifesto PH mula ditunaikan secara berperingkat
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata beliau faham bahawa rakyat tidak sabar menunggu dan mahukan segala janji diselesaikan segera, namun beliau meminta rakyat bersabar.

Tiada cuti sekolah berperingkat, kata Mohamaddin
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata cadangan pelaksanaan cuti sekolah secara berperingkat mengikut negeri hanya pandangan peribadi timbalannya.