Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sindiket individu atau kumpulan yang mengaku sebagai ejen kutipan bayaran bil TNB.
Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian TNB, Kamaliah Abdul Kadir dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak pernah melantik mana-mana pihak ketiga sebagai ejen kutipan bil selain meminta orang ramai sentiasa berhati-hati.
"Kami ingin mengingatkan pengguna supaya tidak mudah terpengaruh dengan sebarang taktik yang digunakan anggota sindiket untuk mendapatkan bayaran daripada pengguna," katanya.
Tambah Kamaliah, TNB menyediakan pelbagai saluran bagi memudahkan urusan pembayaran dan sentiasa memastikan pengguna mendapat maklumat yang tepat berkaitan pembayaran bil elektrik bulanan mereka.
"Bayaran boleh dijelaskan di kaunter Pusat Khidmat Pelanggan TNB, perkhidmatan online serta di institusi kewangan, Jabatan/Agensi Kerajaan dan syarikat pihak ketiga yang menjalankan operasi kutipan bil dari lain-lain utiliti dan pembekal perkhidmatan.
"Ingin diingatkan ejen kutipan TNB tidak akan menghubungi atau mendekati pengguna bagi memaklumkan pengguna bil elektrik yang perlu dibayar dan seterusnya mengambil bayaran terus daripada pengguna," jelasnya.
Ujarnya, ejen kutipan bil elektrik TNB yang sah hanya menerima bayaran dalam bentuk tunai (kaunter pembayaran, kiosk layan diri dan mesin deposit tunai), debit terus kad kredit (online, autopay, phone banking) dan iDebit terus akaun simpanan & akaun semasa (online, autopay, direct debit, phone banking, mesin ATM).
Katanya, ejen kutipan juga tidak menerima sebarang pembayaran melalui Cek/Draf Bank.
"Pengguna akan dihubungi ejen kutipan hutang TNB sekiranya mereka mempunyai tunggakan bil elektrik yang telah tamat tempoh kredit. Namun, pengguna tidak akan diminta membuat bayaran terus kepada ejen berkenaan," katanya.
Orang ramai boleh melayari laman web http://www.tnb.com.my untuk mengetahui senarai saluran pembayaran bil elektrik TNB.
Astro Awani
Sun Jul 06 2014

Tiada ejen kutip bayaran bil TNB. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Diskaun bil air Sarawak dilanjutkan sehingga Disember ini
Lanjutan diskaun bil air untuk tempoh tiga bulan lagi ini dibuat di bawah Pakej Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS).

Penyata terperinci Bantuan Prihatin Elektrik dalam bil Julai - TNB
Penyata tersebut akan diterima berserta bil Julai dalam masa tujuh hari selepas pembacaan meter itu dijalankan.

Elaun Pengerusi TNB jauh lebih rendah daripada yang ditularkan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menafikan mesej tular dalam media sosial yang mendakwa Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid menerima elaun tinggi.

Kaedah prorata pastikan pengguna tidak dikenakan caj berlebihan - TNB
Kaedah prorata itu telah disemak dan disahkan oleh Suruhanjaya Tenaga supaya pengguna mendapat bil yang tepat.

Langganan telco, ini enam perkara anda perlu tahu
Ini yang perlu dititik beratkan sebelum membuat langganan, bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

TNB jamin masalah sistem bil baharu, diselesaikan akhir November
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang mengambil beberapa langkah wajar untuk mengurangi dan menyelesaikan masalah berikutan proses menaik taraf sistem pengebilan baharu, menjelang akhir November ini.

Tiada ejen kutip bayaran bil TNB
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan sindiket individu atau kumpulan yang mengaku sebagai ejen kutipan bayaran bil TNB.

TNB perkenal bil elektrik baharu mulai 1 Okt
Penambahbaikan reka bentuk dan maklumat dalam bil itu dibuat susulan tempoh percubaan selama sembilan bulan melibatkan 2.6 juta pelanggan.