GEORGE TOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengesahkan tiada gangguan bekalan minyak masak peket 1 kilogram (kg) dalam pasaran di negeri itu.
Pengarahnya, S. Jegan, berkata berdasarkan pemeriksaan ke atas beberapa premis runcit dan pasar raya di seluruh Pulau Pinang mendapati bekalan minyak masak peket ada di pasaran.
"Selain itu, kami juga telah menjalankan pemeriksaan ke atas 24 syarikat pembungkus yang membekalkan 3.434 juta kg minyak masak bersubsidi 1kg setiap bulan di Pulau Pinang dan turut mendapati tidak berlaku gangguan di peringkat pengeluaran serta pengedaran ke pasaran.
"Setakat ini, sejumlah 1.9 juta kg telah diedar kepada pasar raya dan peruncit untuk kegunaan domestik di seluruh Pulau Pinang dengan baki berjumlah 1.5 juta kg lagi akan diedarkan sepanjang bulan ini,"katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya menjangkakan permintaan minyak masak peket bersubsidi 1kg di pasaran akan meningkat untuk persediaan dan persiapan menjelang perayaan Deepavali, Isnin ini.
Semalam, media melaporkan, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa bekalan minyak masak peket bersubsidi berkurangan di kebanyakan kedai runcit di negeri itu sejak beberapa minggu lalu dan ia amat membimbangkan berikutan perayaan Deepavali.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022

KPDNHEP Pulau Pinang mengesahkan tiada gangguan bekalan minyak masak peket 1 kilogram (kg) dalam pasaran di negeri itu. - Gambar fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Tiada gangguan bekalan minyak masak peket 1kg di Pulau Pinang
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Pulau Pinang mengesahkan tiada gangguan bekalan minyak masak peket 1 kilogram (kg) dalam pasaran di negeri itu.

Sindiket upah pekerja seleweng pembelian diesel bersubsidi
Serbuan dilakukan di sebuah stesen minyak di Permatang Pauh pada jam 6.45 petang semalam selepas mendapat maklumat awam.

Pegawai KPDNHEP direman, dipercayai minta rasuah RM3,000 selesaikan kes gas LPG
Suspek ditahan petang Jumaat di Bayan Baru ketika menerima wang berkenaan daripada pengadu.

Sayur di P.Pinang lebih murah ketika Ramadan berbanding Mac, Februari
KPDNHEP Pulau Pinang menafikan beberapa harga sayur meningkat ketika Ramadan ini seperti didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Kailan ikan masin RM18: KPDNHEP beri peniaga tempoh 2 hari buat penjelasan
KPDNHEP negeri telah bertemu dengan pemilik restoran berkenaan susulan aduan yang diterima.

Kenaikan harga ayam: 49 notis kepada penternak, pemborong, peniaga di Pulau Pinang
Peniaga diberikan tempoh beberapa hari bagi membekalkan maklumat berhubung kenaikan harga ayam untuk dianalisis.

KPDNHEP akan kaji kenaikan harga minyak masak botol
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melihat kepada kenaikan harga minyak masak botol 5 kilogram (kg) sebelum mengkaji kesesuaiannya.