KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkan levi keuntungan luar biasa ke atas industri sawit buat masa ini, kata Kementerian Kewangan.
Walau bagaimanapun, kementerian itu berkata kerajaan sentiasa terbuka untuk mengkaji kaedah pengenaan levi ini termasuk kadar levi dan paras nilai ambang keuntungan bagi mengambil kira kelangsungan industri serta kos pengeluaran buah kelapa sawit dari semasa ke semasa.
Tambahnya, levi keuntungan luar biasa ke atas industri sawit telah dilaksanakan sejak tahun 1999 dengan menggunakan formula kiraan yang sama dengan sekarang, melainkan kadar levi dan nilai ambang yang telah dipinda dari semasa ke semasa
"Nilai ambang keuntungan luar biasa yang ditetapkan bagi tujuan pengenaan levi keuntungan luar biasa ke atas buah kelapa sawit telah disemak semula beberapa kali sejak levi ini dilaksanakan.
"Nilai ambang yang asal adalah RM2,000 dan nilai ambang terkini adalah RM3,000 bagi Semenanjung dan RM3,500 bagi Sabah dan Sarawak," kata kementerian itu dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.
Kementerian Kewangan berkata kadar levi yang asal bagi Sabah dan Sarawak iaitu sebanyak 1.5 peratus telah diselaraskan dengan kadar levi di Semenanjung yang ditetapkan pada kadar 3.0 peratus.
"Walaupun kadar levi telah disamakan, nilai ambang keuntungan luar biasa bagi Sabah dan Sarawak ditetapkan lebih tinggi berbanding di Semenanjung bagi mengambil kira kos pengeluaran buah kelapa sawit yang lebih tinggi di kedua-dua negeri itu," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 26 2023

Levi keuntungan luar biasa ke atas industri sawit telah dilaksanakan sejak tahun 1999 dengan menggunakan formula kiraan yang sama dengan sekarang. - Foto WWF-Malaysia/Mazidi Abd Ghani
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

HRD Corp berjaya kutip levi RM2.3 bilion tahun lepas, tertinggi dalam sejarah - Sim
Beliau berkata jumlah kutipan levi berkenaan menunjukkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya iaitu RM2.1 bilion.

Tiada hasrat mansuh levi keuntungan luar biasa industri sawit - Kementerian Kewangan
Kerajaan tidak berhasrat untuk memansuhkan levi keuntungan luar biasa ke atas industri sawit buat masa ini, kata Kementerian Kewangan.

Kemasukan tenaga kerja asing sedikit berbanding jumlah levi sudah dibayar - MPN
Statistik kelulusan kuota dan pembayaran levi hingga 12 Sept lepas merekodkan 467,223 kuota diluluskan.

Dewan Rakyat lulus tiga RUU berkaitan keuntungan luar biasa, cukai jalan dan perkhidmatan
Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Levi Keuntungan Luar Biasa (Pindaan) 2022 bagi meminda Akta Levi Keuntungan Luar Biasa 1998.

Pelaksanaan Levi Pelbagai Peringkat ditangguh hingga 1 Januari 2022
Sebelum ini, Levi Pelbagai Peringkat ditangguhkan pelaksanaannya mulai 1 Januari 2021 hingga 1 Julai 2021.

30,000 majikan diberi pengecualian pembayaran levi selama enam bulan
Tiada sebarang pendaftaran diperlukan majikan, kerana semua majikan berdaftar dengan PSMB akan dikecualikan.

Levi RM1 ke atas pengusaha ladang kelapa sawit bagi inisiatif hijau - Teresa Kok
Pengusaha ladang kelapa sawit akan dikenakan levi tambahan sebanyak satu ringgit bagi setiap metrik tan pengeluaran minyak sawit mentah bermula tahun hadapan.

Levi pelepasan penerbangan mungkin dilaksanakan pada September - Amiruddin
Kerajaan dijangka melaksanakan levi pelepasan pada September ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah.

Gaji minimum RM1,500: MUTC, MEF berbeza pendapat
MTUC menyokong penuh pelaksanaan kenaikan gaji minimum pekerja dalam tempoh lima tahun ini, namun dengan syarat tidak menekan mana-mana pihak terutama majikan.

Masalah obesiti, Britain kenakan cukai gula atas minuman ringan
Lebih 50 peratus pengeluar telah menghasilkan formula baharu untuk produk masing-masing supaya berada di bawah paras gula yang ditetapkan.