ISTANBUL: Arab Saudi tidak akan menormalkan hubungan dengan Israel melainkan isu Palestin diselesaikan, kata Menteri Luar Putera Faisal bin Farhan Al-Saud.
Beliau berkata demikian dalam satu temu bual dengan saluran berita Amerika Syarikat CNN yang disiarkan pada Ahad, lapor Agensi Berita Anadolu.
"...Kita memerlukan kestabilan kerana kestabilan hanya akan wujud melalui penyelesaian isu Palestin," kata Putera Faisal.
Pada Rabu, Putera Faisal memaklumkan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland bahawa Israel tidak boleh menikmati keamanan tanpa penubuhan negara Palestin dan menekankan perlunya gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Sebelum perang Israel ke atas Gaza yang bermula pada 7 Okt lepas, Arab Saudi terlibat dalam rundingan untuk menormalkan hubungan dengan Israel yang ditaja oleh Amerika Syarikat.
Tetapi penganalisis percaya konflik itu menyebabkan penangguhan rundingan antara kedua-dua pihak.
Sekurang-kurangnya 25,105 penduduk Palestin di Semenanjung Gaza terbunuh dalam serangan Israel manakala 62,681 lagi cedera.
Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serangan Israel telah menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan dengan 60 peratus infrastruktur di wilayah terkepung itu telah rosak atau musnah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 22 2024
Pada Rabu, Putera Faisal memaklumkan Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland bahawa Israel tidak boleh menikmati keamanan tanpa penubuhan negara Palestin. - Gambar fail/Bernama
Kerajaan peruntuk hampir RM13 bilion untuk STR, SARA
Kerajaan memperuntukkan hampir RM13 bilion bagi inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam usaha membantu rakyat menangani kenaikan kos sara hidup.
KESUMA sedang rangka mekanisme yang mampu lindungi pekerja 24 jam
KESUMA sedang merangka mekanisme yang mampu memberi perlindungan komprehensif untuk tempoh 24 jam bagi melindungi pekerja yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan menerusi SKBBK. #AWANInews
SKBBK: KESUMA cakna perubahan landskap peralihan waktu kerja masa kini
Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) merupakan inisiatif ke arah pembaharuan kerana jaringan keselamatan sosial perlu kekal relevan seiring peredaran masa. #AWANInews
Gaza bukan hadiah untuk direbut, MAPIM kecam cadangan Donald Trump
Kenyataan Presiden AS untuk ambil alih Gaza dianggap biadap dan serangan langsung terhadap kedaulatan Palestin.
Rancangan Trump untuk Amerika ambil alih Gaza disifatkan ‘gila’ - Penganalisis
Cara Trump itu adalah melakukan pembersihan etnik tanpa menggunakan senjata dan diiringi buah mulut yang manis.
Trump kembali kenakan 'tekanan maksimum' ke atas Iran
Langkah itu dibuat menjelang pertemuan Trump dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu di White House.
Sasaran keseluruhan pingat hala tuju yang baik, dapat rujukan pakar
Sasaran jumlah keseluruhan pingat berbanding warna pingat akan memberikan hala tuju yang lebih jelas kepada kontinjen negara dan kurang memberikan tekanan kepada atlit. #AWANInews
Sasaran pingat Sukan SEA 2025 adalah jumlah keseluruhan, bukan warna
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata penetapan sasaran pingat pada Sukan SEA 2025 adalah kepada jumlah keseluruhan pingat dan bukannya mengikut warna pingat. #AWANInews
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak menurun kepada 5,747 orang berbanding 6,160 malam tadi, sementara di Sabah kekal 137 daripada 40 keluarga.
Tiada normalisasi dengan Israel jika tiada negara Palestin merdeka - Arab Saudi
Pendirian Arab Saudi sangat teguh dan tidak akan berubah.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh dijangka menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Najib berkata beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.
Najib pulangkan wang derma kerana PRU13 telah berakhir
Najib berkata beliau ingin mengelakkan sebarang salah tafsiran yang mungkin timbul daripada kewujudan jumlah wang yang besar dalam akaun peribadinya.
Ronaldo gembira tinggal di Arab Saudi
Ronaldo menepis spekulasi mahu meninggalkan kelabnya, Al-Nassr dan menegaskan dia dan keluarganya gembira tinggal di Arab Saudi.
Syria ingin wujudkan kerajaan inklusif - Menteri Luar
Kerajaan Syria ingin mewujudkan sebuah kerajaan berdasarkan perkongsian dan kecekapan yang merangkumi semua komponen Syria.
Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan
Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.