KOTA KINABALU: Tiada jangkitan virus selesema burung pada manusia dilaporkan walaupun Tuaran telah diisytiharkan sebagai kawasan wabak berkenaan, kata Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi.
Beliau berkata, pihaknya dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah masih memantau serta membuat penilaian terhadap situasi tersebut bagi mengesan kemungkinan berlakunya jangkitan kepada manusia.
"Kami mempunyai pasukan sendiri untuk membuat penilaian di kampung terbabit atau di kawasan wabak kerana kami ingin memastikan ada atau tidak pemindahan (virus) berlaku pada manusia.
"Penilaian ini akan dilakukan secara berterusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Penyusuan Susu Ibu Sedunia peringkat negeri, di sini pada Selasa.
Pada 3 Ogos, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Junz Wong mengisytiharkan Tuaran sebagai kawasan wabak selesema burung selepas hasil ujian yang dijalankan mendapati sebuah ladang ternakan ayam di daerah berkenaan merekodkan keputusan positif bagi selesema burung.
Pada Isnin, JPV Sabah melupuskan kira-kira 10,000 daripada 28,000 ekor ayam yang akan dilupuskan di ladang itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 07 2018

Tuaran diisytihar kawasan wabak selesema burung selepas hasil ujian mendapati sebuah ladang ternakan ayam di daerah berkenaan merekodkan keputusan positif. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Bekalan ayam tidak terjejas dengan penularan selesema burung - Mohamad
Kerajaan akan pantau situasi wabak itu dari semasa ke semasa, tegas Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Tiada jangkitan selesema burung pada manusia di Tuaran
Pihaknya dengan kerjasama JPV Sabah masih memantau serta membuat penilaian terhadap situasi tersebut bagi mengesan kemungkinan berlakunya jangkitan kepada manusia.

10,000 ekor ayam dilupus di Tuaran kawal selesema burung
Jumlah berkenaan adalah sebahagian daripada 28,000 ekor ayam yang akan dilupuskan di Tamparuli ekoran pengesanan virus selesema burung di sebuah ladang di kawasan itu.

Malaysia bebas penyakit selesema burung
Malaysia diisytiharkan bebas daripada selesema burung atau Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI) H5N1 mulai Sabtu lepas.

Selesema burung H7N9 di China ragut 61 nyawa pada Februari
China melaporkan 61 kematian dan 160 kes jangkitan manusia dari selesema burung H7N9 pada Februari.

China sahkan jangkitan selsema burung kedua minggu ini
Insiden jangkitan terkini itu berlaku susulan Hong Kong mengesahkan seorang lelaki tua dijangkiti wabak tersebut awal minggu ini.

Wilayah Chiba tawar laluan produk halal Malaysia ke Jepun
Malaysia mungkin negara pertama yang menawarkan produk halal ke Jepun dan ada cadangan untuk jadikan wilayah Chiba sebagai pintu masuk.

Jualan KFC di China merosot kerana selsema burung
Jualan makanan segera, KFC di republik itu semakin merosot kerana bimbang ancaman wabak selsema burung.