KUALA LUMPUR: Isu dakwaan kononnya wujud kartel di dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mencetuskan perang mulut antara beberapa Ahli Parlimen blok pembangkang dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel dalam badan penguatkuasaan itu.
"Berkenaan dakwaan wujud kartel di dalam PDRM, siasatan dalaman telah dilakukan oleh PDRM dan didapati tiada kartel sebagaimana yang dinyatakan (Tan Sri Abdul Hamid Bador) tersebut.
"Bagaimanapun, bagi memastikan ketelusan perkara ini dibawa ke Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) untuk meneruskan siasatan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Berhubung isu pembelian pangkat dalam PDRM, pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah selesai menjalankan siasatan dari sudut tatatertib dan mendapati isu tersebut tidak berlaku.
"Semua urusan kenaikan pangkat dilakukan menerusi prosedur yang betul. Selain itu, ingin saya tegaskan, semua isu yang dibangkitkan mana-mana pihak akan diberi penelitian sewajarnya berdasarkan laporan yang dibuat oleh pengadu.
"Bagaimanapun, mana-mana isu yang dibangkitkan tanpa butiran pengadu tidak akan dilayan. Budaya fitnah atau membentuk persepsi buruk tanpa bertanggungjawab terhadap isu yang ditimbulkan merupakan satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab.
"Tindakan akan diambil berdasarkan laporan polis yang bersandarkan kepada maklumat dan aduan sahih sahaja - yang bukan dalam bentuk surat layang sama ada secara fizikal atau digital," ujarnya.
Pertikaman lidah tercetus apabila R. Sivarasah (PH-Sungai Buloh) dan Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) mempersoal sama ada PDRM telah merakam percakapan Abdul Hamid selaku bekas Ketua Polis Negara yang membuat dakwaan tersebut.
Sivarasah: Dalam isu ini, kenyataan yang dibuat mantan KPN (Abdul Hamid) juga melibatkan beberapa pertuduhan yang melibatkan YB Menteri (Hamzah) sendiri. Adakah dalam siasatan PDRM atau apa-apa siasatan lain, adakah Abdul Hamid dipanggil dan maklumat serta keterangan beliau direkodkan? Adakah itu berlaku atau tidak?
Ramkarpal: Satu soalan sama. Adakah kenyataan diambil daripada dia (Abdul Hamid)? Itu amat penting sebab dia yang membuat kenyataan itu.
Hamzah: Saya nak jelaskan di sini bahawa PDRM telah lakukan siasatan dan sudah tentu apabila kita lakukan siasatan, semua mereka terbabit kita jemput dan kita ambil kenyataan daripada mereka semua. Manakala perkara yang dibangkitkan selepas itu kita serahkan kepada SIAP untuk SIAP membuat siasatan selanjutnya.
Ramkarpal: Jadi YB, 'just yes or no'. Adakah kenyataan diambil daripada bekas KPN?
Hamzah: Saya telah pun menjawab bahawa segala...
Ramkarpal: Itu di dalam pengetahuan...
Hamzah: This is not court case. This is not in the court.
Ramkarpal: It's in your knowledge. I'm just asking, yes or no - is there any statement taken from him?
Hamzah: It's time for me to answer. You sit down. As I said just now...
Ramkarpal: It is for me to ask the question.
Hamzah: If you want to accept my answer, you accept.
Ramkarpal: You are not answering. How can I accept your answer, when you are not answering. It's a yes or no answer.
Hamzah: Saya nak menjelaskan beberapa perkara, semua mereka yang terbabit akan kita panggil kenyataan daripada mereka.
Ramkarpal: Sudah diambil? Is that what you are saying? Adakah itu jawapannya? Itu sahaja yang kita minta.
Hamzah: This is not a court for you to ask me that kind of question. I've already answered you. You boleh ambil...
Ramkarpal: Your answer is no answer, with due respect YB.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Nov 16 2021
![Tiada kartel PDRM: Ini bukan mahkamah - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah Tiada kartel PDRM: Ini bukan mahkamah - Hamzah Zainudin, blok pembangkang bertikam lidah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/51637059365_JabatanPeneranganM.jpg)
Ia bermula apabila Hamzah memaklumkan bahawa siasatan PDRM mendapati tidak wujud sebarang kartel di dalam badan penguatkuasaan itu. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
![Nafi Titah Adendum penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Ketua Pembangkang Nafi Titah Adendum penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Ketua Pembangkang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698997328_Hamzah.jpg)
Nafi Titah Adendum penderhakaan besar kepada Raja dan Negara - Ketua Pembangkang
Isu Titah Adendum menjadi kepentingan awam dan rakyat mempersoalkan mengapakah ia tidak dilaksanakan, jika telah dizahirkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, sejak setahun lalu.
![Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731478522_HamzahZainudin.jpg)
Mengenang Tun Daim: 'Allahyarham seorang negarawan, kami kenang legasinya' - Hamzah
Ahli Parlimen pembangkang menyifatkan Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi tadi sebagai negarawan yang banyak berjasa kepada negara.
![Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61690384450_TBRINAHARUNBUDGET.jpg)
Pemilihan Bersatu: Rina Harun tarik diri bertanding Ketua Srikandi
Datuk Seri Rina Harun sah tidak mempertahankan jawatan Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada pemilihan parti itu bagi penggal 2024-2027.
![Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71726482315_FadillahYusof.jpg)
Pembangkang boleh kemuka draf MoU baharu - TPM Fadillah
Pihak pembangkang boleh mengemukakan cadangan baharu atau maklum balas mengenai draf MoU peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.
![Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang' Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51709869715_TBparlimen.jpg)
Isu peruntukan pembangkang, dana pembangunan: 'Lebih baik wujudkan undang-undang'
Manimaran berpendapat respons pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata.
![Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721310941_TBDewanRakyat.jpg)
Tiada sebab untuk tolak MoU peruntukan pembangkang - Penganalisis
Kandungan Perjanjian Persefahaman (MoU) mengenai peruntukan pembangkang seperti yang didedahkan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof adalah seimbang.
![Pembangkang tolak MoU Peruntukan Pembangkang dikemukakan Kerajaan Pembangkang tolak MoU Peruntukan Pembangkang dikemukakan Kerajaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41693742290_TBHamzahZainudin.jpg)
Pembangkang tolak MoU Peruntukan Pembangkang dikemukakan Kerajaan
Penolakan itu dibuat atas empat sebab asas yang dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.
![Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717850908_HamzahZainuddin.jpg)
Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini
Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas.
![Mesyuarat MPT: Status tujuh wakil Bersatu sokong PM sudah diputuskan Mesyuarat MPT: Status tujuh wakil Bersatu sokong PM sudah diputuskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81717850908_HamzahZainuddin.jpg)
Mesyuarat MPT: Status tujuh wakil Bersatu sokong PM sudah diputuskan
Status enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan dalam mesyuarat MPT.
![Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81717040837_tbHamzahZainudin.jpg)
Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).