GEORGE TOWN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menafikan dakwaan berhubung kelewatan penyerahan buku teks bagi Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) di sekolah rendah agama di negeri ini.
JHEAIPP berkata, proses penghantaran buku teks tersebut berjalan mengikut jadual serta perancangan ditetapkan.
"Pada masa ini, buku-buku teks KAFA tersebut dalam proses penghantaran ke sekolah-sekolah dan ia dijangka selesai sebelum akhir bulan ini.
"Sistem ini memang berjalan seperti dilaksanakan sebelum ini.
"Bagaimanapun, disebabkan tahun ini sesi persekolahan bermula lewat iaitu mulai hujung bulan Mac menyebabkan ibu bapa merasakan sudah hampir setengah tahun sesi sekolah telah bermula dan buku masih belum disediakan sedangkan ia memang mengikut jadual dan perancangan ditetapkan,'' katanya dalam kenyataan di Facebook JHEAIPP, pada Rabu.
Menurut kenyataan itu lagi, bermula Julai ini semua murid akan mula menggunakan buku teks KAFA bagi sesi pembelajaran seterusnya.
''Sesi persekolahan KAFA Pulau Pinang bermula 27 Mac 2022 dan untuk tiga bulan pertama persekolahan (27 Mac hingga 27 Jun) setiap pelajar telah dibekalkan dengan buku modul SALAM.
''Buku modul SALAM ini merupakan kandungan pelajaran asas kepada setiap murid mengikut tahun persekolahan masing-masing,'' menurut kenyataan itu.
Kata JHEAIPP, setiap pelajar akan menggunakan buku modul SALAM yang telah dibekalkan tersebut sebagai bahan pembelajaran sehingga akhir bulan ini.
Sebelum ini tular di media sosial mengenai rungutan ibu bapa yang mendakwa anak-anak mereka yang bersekolah di sekolah rendah agama di Pulau Pinang masih belum menerima buku teks KAFA.
Mereka mendakwa, buku teks tidak dibekalkan walaupun sesi persekolahan telah bermula sejak tiga bulan lalu.
Kebanyakan ibu bapa menyatakan kekesalan dan kekecewaan mereka di dalam Facebook selain meminta pihak bertanggungjawab menjawab persoalan mereka tersebut.
*Berita asal disiarkan di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jun 15 2022
![Tiada kelewatan penghantaran buku teks KAFA di Pulau Pinang - JHEAIPP Tiada kelewatan penghantaran buku teks KAFA di Pulau Pinang - JHEAIPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655257104_KAFAPenang.jpg)
JHEAIPP menafikan dakwaan berhubung kelewatan penyerahan buku teks bagi KAFA di sekolah rendah agama di negeri ini. -Foto Sinar Harian
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
Erdogan, Prabowo bincang isu Gaza, perkukuh pertahanan
Presiden Indonesia Prabowo Subianto, menerima kunjungan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan, di Istana Presiden di Bogor pada Rabu.
PBB anggar AS53 bilion untuk bina semula Gaza
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 53 bilion dolar atau RM236.39 bilion ringgit bagi membina semula wilayah Gaza yang musnah akibat diserang tentera Israel. Ujar PBB, untuk tiga tahun pertama pembinaannya, kos yang dianggarkan mencecah 20 bilion dolar atau RM89.20 bilion.
Rakyat Palestin tidak sanggup lagi hadapi perang
Rakyat Palestin mengharapkan genjatan senjata yang dilaksana antara Hamas dan Israel diteruskan tanpa sengketa kerana mereka tidak lagi berdaya untuk berhadapan dengan perang. Suara hati rakyat Palestin itu disuarakan selepas berlaku ketegangan antara Hamas dan Israel dalam rundingan genjatan fasa pertama yang sepatutnya berakhir minggu lalu dan diteruskan dengan fasa kedua.
Trump laksana pemotongan berskala besar agensi kerajaan
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump melaksanakan pembuangan berskala besar melibatkan kakitangan agensi kerajaan negara itu, menerusi perintah eksekutif terbaharunya. Beliau yang optimis dengan misi untuk mencapai 'golden age of America' dalam masa yang sama mengarahkan setiap agensi persekutuan untuk bekerjasama rapat dengan Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE) yang dipimpin oleh Elon Musk.
Alam sekitar: Malaysia komited dasar sifar plastik sekali guna
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna terhadap alam sekitar.
Dasar luar aktif, inklusif kunci Malaysia hadapi cabaran
Dasar luar Malaysia yang aktif, inklusif dan adaptif kunci bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan global yang dibawa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.
![Tindakan terhadap khatib akan ditentukan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib JAIPk Tindakan terhadap khatib akan ditentukan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib JAIPk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738812654_tblogoJAIPk.jpg)
Tindakan terhadap khatib akan ditentukan Mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib JAIPk
Timbalan Pengarah JAIPk Zakaria Abd Razak berkata siasatan telah dijalankan oleh Pejabat Pentadbiran Agama Islam Parit Buntar.
![JAIPk diminta siasat khatib tidak baca khutbah Jumaat disediakan JAIPk diminta siasat khatib tidak baca khutbah Jumaat disediakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738406785_TBSaaraniMohamad.jpg)
JAIPk diminta siasat khatib tidak baca khutbah Jumaat disediakan
Seperti ada sesuatu yang tidak kena mengenai tindakan khatib terbabit apabila tidak membacakan teks khutbah yang disediakan oleh JAIPk.
![Guna logo halal tamat tempoh, rempah-ratus bernilai lebih RM12,000 dirampas Guna logo halal tamat tempoh, rempah-ratus bernilai lebih RM12,000 dirampas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721232922_rempahratus.jpg)
Guna logo halal tamat tempoh, rempah-ratus bernilai lebih RM12,000 dirampas
KPDN Pulau Pinang merampas 2,498 bungkus rempah-ratus bernilai RM12,490 kerana menggunakan sijil halal tamat tempoh.
![Tiada kelewatan penghantaran buku teks KAFA di Pulau Pinang - JHEAIPP Tiada kelewatan penghantaran buku teks KAFA di Pulau Pinang - JHEAIPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655257104_KAFAPenang.jpg)
Tiada kelewatan penghantaran buku teks KAFA di Pulau Pinang - JHEAIPP
JHEAIPP berkata, proses penghantaran buku teks tersebut berjalan mengikut jadual serta perancangan ditetapkan.
![SOP baharu solat di masjid dan surau di P. Pinang SOP baharu solat di masjid dan surau di P. Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/41641465246_solatsolatjenazah.jpg)
SOP baharu solat di masjid dan surau di P. Pinang
Pulau Pinang akan mengambil kira langkah menangani COVID-19 selaras dengan Fasa Peralihan Endemik, dalam menentukan SOP baharu solat jemaah.
![Jangan sertai perhimpunan di masjid Jumaat ini - Polis P. Pinang Jangan sertai perhimpunan di masjid Jumaat ini - Polis P. Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/41625384523_PolisLogo.jpg)
Jangan sertai perhimpunan di masjid Jumaat ini - Polis P. Pinang
Polis Pulau Pinang memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan di Masjid Al-Mustaghfirin Sungai Tiram, di Bayan lepas selepas solat Jumaat esok.
![Pengantin, wali dan saksi perlu jalani saringan COVID-19 sebelum akad nikah di Pulau Pinang Pengantin, wali dan saksi perlu jalani saringan COVID-19 sebelum akad nikah di Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/81625036433_nikahkahwinkawin.jpg)
Pengantin, wali dan saksi perlu jalani saringan COVID-19 sebelum akad nikah di Pulau Pinang
Majlis akad nikah dijalankan di PAD dengan SOP ketat dan hanya 10 pasangan sahaja dibenarkan setiap hari.
![Pulau Pinang benarkan jemaah lengkap vaksinasi solat ikut kapasiti masjid, surau Pulau Pinang benarkan jemaah lengkap vaksinasi solat ikut kapasiti masjid, surau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618923042_SOPSOLAT.jpg)
Pulau Pinang benarkan jemaah lengkap vaksinasi solat ikut kapasiti masjid, surau
Jemaah yang telah lengkap vaksinasi dibenarkan untuk mendirikan solat fardu dan Jumaat mengikut kapasiti ruang sesebuah masjid atau surau di negeri ini, mulai esok.
![Permohonan berkahwin di Pulau Pinang ditangguh Permohonan berkahwin di Pulau Pinang ditangguh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/51605258736_NikahGeneric.jpg)
Permohonan berkahwin di Pulau Pinang ditangguh
Semua permohonan kebenaran berkahwin bagi Pulau Pinang ditangguhkan bermula esok (Selasa) sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.
![Solat Aidilfitri di masjid dan surau di Pulau Pinang dibuat secara penggiliran Solat Aidilfitri di masjid dan surau di Pulau Pinang dibuat secara penggiliran](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71620188813_solatsunatterawih.jpg)
Solat Aidilfitri di masjid dan surau di Pulau Pinang dibuat secara penggiliran
Menurut JHEAIPP, kehadiran Jemaah di masjid dan surau dibuat secara penggiliran dengan menetapkan tiga sesi.