KUALA LUMPUR: Malaysia tidak melaksanakan dasar untuk menamatkan hayat kenderaan lama memandangkan langkah itu tidak praktikal, namun sentiasa menggalakkan rakyat untuk memilki kenderaan elektrik (EV) atau menggunakan pengangkutan awam.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata dasar itu tidak boleh dilaksanakan kerana ia mengambil kira keadaan sosioekonomi negara dan keperluan hidup rakyat terhadap pergantungan kepada kenderaan persendirian.
"Kita tidak mempunyai dasar untuk menamatkan hayat kenderaan seperti beberapa negara (lain). Kalau buat satu dasar untuk scrap (menghapuskan) kereta lama, ia akan beri kesusahan kepada rakyat.
"Data penjualan kereta juga meningkat, sekali gus menunjukkan keadaan ekonomi yang baik. Itu (ialah) indikator (yang menunjukkan) bahawa kita masih bergantung kepada penggunaan kenderaan persendirian, belum ada dasar menghalang pemilikan kenderaan (lama)," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media di luar Forum Pengangkutan Lestari Alam Sekitar Serantau Peringkat Tinggi ke-15 di Asia di sini hari ini.
Bagi mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke arah negara bebas pelepasan karbon menjelang 2030, Loke berkata kerajaan akan terus membangunkan dan melabur dalam sistem pengangkutan awam untuk menjadikan perkhidmatan itu lebih baik.
"Dari segi nisbah pengangkutan awam kepada kenderaan persendirian, penggunaan sistem pengangkutan awam masih sangat rendah iaitu kira-kira kurang daripada 20 peratus.
"Kami berharap dapat meningkatkan penggunaan sistem pengangkutan awam, tetapi sudah pasti ia memerlukan banyak usaha dan masa serta pelaburan daripada kerajaan," katanya dan menambah usaha sedang diambil untuk menggalakkan industri EV di Malaysia.
Loke berkata 15 juta daripada 30 juta kenderaan di Malaysia ialah motosikal yang menyumbang kepada pelepasan karbon yang besar, justeru sebagai permulaan, kerajaan akan memberikan rebat hingga RM2,400 untuk pembelian motosikal elektrik seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2024 baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 24 2023
Loke bercakap pada sidang media di luar Forum Pengangkutan Lestari Alam Sekitar Serantau Peringkat Tinggi ke-15 di Asia di ibu negara hari ini. - Foto Bernama
5 fakta penting perjanjian gencatan senjata Gaza-Israel
Berikut adalah lima fakta utama tentang perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.
Gencatan senjata bukan tamatkan usaha cari keadilan - CENTHRA
Ini kerana sejarah telah berulang kali menunjukkan bahawa Israel melanggar perjanjian gencatan senjata tanpa sebarang tindakan balas.
AWANI Ringkas: Pertemuan Anwar-Starmer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANIRingkas 16 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 16 Januari 2025
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
1️⃣ Pertemuan Anwar-Starmer
2️⃣ Ingatan kepada rakyat di Sabah, Sarawak
3️⃣ Gencatan senjata Israel-Hamas dimeterai
#awaniringkas
JPJ Melaka keluar 275 notis babit pelbagai kesalahan
JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dilakukan pengguna jalan raya pada Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam.
Ribut petir, hujan lebat di empat negeri hingga tengah hari ini
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari, hari ini.
Ringgit mengukuh sedikit berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar AS, di tengah-tengah sentimen memberangsangkan.
Protecting Financial Consumers: The role of fair contracts
Are financial contracts truly fair to consumers? Dr. Ong Tze Chin, Senior lecturer in the Faculty of Law, Universiti Malaya walks us through the regulatory landscape in Malaysia, the necessity of these laws, and real-life examples of unfair terms in practice.
Tawaran ambil alih MAHB dilanjutkan sehingga 24 Januari
Konsortium Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) yang diterajui Khazanah Nasional Bhd dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melanjutkan tarikh akhir penerimaan tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) selama seminggu.
Mesyuarat jawatankuasa kerja ASEAN+3 gariskan keutamaan ekonomi utama ASEAN 2025
Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan.
Tiada keperluan laksana dasar tamatkan hayat kenderaan lama - Loke
Malaysia tidak melaksanakan dasar untuk menamatkan hayat kenderaan lama memandangkan langkah itu tidak praktikal.