Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kenyataan dibuat Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui di Dewan Rakyat berkaitan isu itu seharusnya ditolak sepenuhnya kerana boleh mencetuskan polemik dan mendatangkan kemarahan masyarakat Melayu Islam terhadap kerajaan.
Menurutnya, setiap kenyataan dan pandangan melibatkan perubahan kepada dasar dan polisi sedia ada perlu mengambil kira peruntukan dalam perlembagaan dan berupaya menjamin kestabilan serta keharmonian yang telah dipupuk pengasas negara ini sejak sekian lama.
"UMNO menghormati prinsip Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kebajikan semua rakyat Malaysia.
"Begitu juga masyarakat bukan Islam, mereka bebas mengamalkan agama dan budaya mereka tanpa halangan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Wan Rosdy berkata, prinsip itu telah lama menjadi asas keharmonian dan kesejahteraan negara.
"Tradisi kabinet Malaysia yang dianggotai ahli pelbagai kaum sudah menjamin segala masalah rakyat disuarakan oleh wakil masing masing," ujarnya. - Sinar Harian
![](https://img.astroawani.com/2024-10/51729493751_freesize.jpg)