SHAH ALAM: Tiada kes taun atau kolera baharu dilaporkan di Selangor setakat ini namun langkah pemantauan masih diteruskan dengan ujian segera dilakukan kepada pesakit yang mengalami cirit-birit, muntah dan demam bagi mengesan penyakit itu.
Exco Kesihatan Awam, Perpaduan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri Dr Siti Mariah Mahmud berkata hanya satu kes dilaporkan pada 21 Okt lepas dan pesakit tersebut kini telah sembuh sepenuhnya.
"Jabatan Kesihatan Negeri Selangor telah melakukan ujian pengesanan di semua lokasi yang terlibat dan semua ujian tersebut adalah negatif. Alhamdulillah, tiada kes tambahan dan kes kini kosong jadi kami tidaklah kata ia sebagai epidemik.
"Jadi insya-Allah, boleh (dikatakan Selangor bebas taun) namun kami masih memantau mana-mana kes cirit-birit, muntah dan demam yang dilaporkan di klinik awam atau swasta, secara automatik ujian akan dilakukan ke atas pesakit untuk mengesan risiko jangkitan taun," katanya pada pemberita selepas merasmikan talian hotline keganasan rumah tangga, SELamat di sini hari ini.
Dalam pada itu, mengenai kes COVID-19 di Selangor beliau berkata data terkini menunjukkan terdapat sedikit peningkatan dan dikhuatiri trend tersebut akan terus meningkat.
Menurut beliau perkara itu berlaku kerana tahap imunisasi kebanyakan penerima vaksin semakin menurun memandangkan program vaksinasi itu telah bermula sejak Mac lepas dan menggalakkan orang ramai untuk mengambil dos penggalak.
"Kerajaan negeri juga telah memperuntukkan RM10 juta untuk memantau mereka yang dikuarantin di rumah melalui sistem di aplikasi SELangkah dan kami mahu kesan dan rawat pesakit awal kerana tidak mahu ada kematian di luar hospital (BID) dan sebagainya kerana virus itu masih ada di sekeliling kita," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 22 2021

Dr Siti Mariah Mahmud berkata hanya satu kes dilaporkan pada 21 Okt lepas dan pesakit tersebut kini telah sembuh sepenuhnya. - Gambar fail
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.
AirAsia pindahkan perkhidmatan domestik di LTSAAS ke KLIA T2 berkuat kuasa 7 April
AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April.
NGO anjur perhimpunan aman Hari Al-Quds
MAPIM menyeru semua yang mempunyai nilai kemanusiaan untuk menyertai perhimpunan Hari Al-Quds Antarabangsa di depan kedutaan Amerika Syarikat pada 28 Mac.
Audit penerima dana USAID, pastikan tiada campur tangan asing
Kerajaan digesa memastikan tiada campur tangan asing dalam urusan politik dan pentadbiran negara menerusi bantuan dana yang disalurkan oleh Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat.
10 Berita Pilihan - (6 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hanya 27 peratus responden tahu sepenuhnya hak kewangan
Tahap kesedaran rakyat mengenai hak kewangan yang boleh dituntut di mahkamah masih rendah, dengan hanya 27 peratus yang mendakwa mereka mengetahui secara menyeluruh mengenai perkara tersebut.
Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Sekatan itu melibatkan wang berjumlah AS$4.5 juta yang didakwa berada di dalam akaun bank Putera Faisal di Riyad Bank, Arab Saudi dan 12 juta unit saham milik Stadlen yang kini dipegang syarikat pengurASan aset di United Kingdom (UK).

Tiada kes taun baharu di Selangor, pemantauan tetap diteruskan - Exco
Dr Siti Mariah Mahmud berkata hanya satu kes dilaporkan pada 21 Okt lepas dan pesakit tersebut kini telah sembuh sepenuhnya.