Kementerian Dalam Negeri tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didapati terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah berkaitan dadah.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata mana-mana anggota dan kakitangan yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan undang-undang serta-merta selain diberhentikan.
"Kita tidak akan berkompromi dengan kes-kes sebegini. Bagaimana kita nak mempercayai mereka untuk memerangi dadah kalau mereka sendiri yang ambil dadah?
"Hasil siasatan kami mendapati anggota yang melakukan kesalahan ini mengambil dadah berikutan tekanan kerja, ada juga yang terlibat dengan aktiviti tersebut kerana mahukan kehidupan yang mudah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyerahan Geran Persatuan Penduduk bersama Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) Negeri Johor, di sini hari ini.
Tambahnya, bagi mengelakkan perkara tersebut berlarutan, KDN telah mengambil langkah untuk menjalankan latihan dan ujian yang secukupnya sama ada dalam pengambilan kakitangan dan anggota baharu ataupun yang sedia ada.
"KDN melaksanakan pelbagai ujian termasuk ujian psikologi sejak peringkat kemasukan hingga kepada anggota yang sedia ada sebagai contoh, sekiranya mereka dinaikkan pangkat, mereka perlu menjalani ujian terlebih dahulu bagi memastikan keadaan mereka," jelasnya.
Dalam pada itu, Nur Jazlan juga memaklumkan bahawa Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) akan bergiat lebih aktif terutamanya dalam memerangi penyebaran dan penggunaan dadah dalam kalangan pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta.
Beliau yang juga Yang Dipertua Pemadam berkata pihaknya kini sedang giat menjalankan kerjasama dengan IPTA bagi menggerakkan persatuan berkenaan dalam usaha menangani jenayah berkenaan.
"Kami mahu menubuhkan kelab Pemadam di peringkat IPTA kerana pengedar dadah ini menyasarkan golongan belia sebagai mangsa.
"Hasil siasatan kami mendapati trend pasaran kini menjual dadah moden jenis Amphetamine Type Stimulant (ATS) dan New Psychoactive Substances (NPS) terdiri daripada ekstasi, amphetamin dan lain-lain kepada golongan ini," jelasnya.
Tambahnya, pihaknya juga akan mengadakan perjumpaan dengan IPTS dalam tempoh terdekat bagi membincangkan langkah-langkah yang perlu diambil bagi mengekang penyebaran aktiviti tidak bermoral itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 25 2017

KDN tidak akan berkompromi dengan mana-mana anggota PDRM yang didapati terlibat dalam sebarang aktiviti jenayah berkaitan dadah. - Gambar fail Bernama

Kilang karpet di Nilai 3 musnah terbakar
Setakat ini tiada mangsa terlibat, namun, bomba memerlukan masa untuk memadamkan api.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.

Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.

PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.

Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.

'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.

PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.

Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.

Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.

Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.

Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.