TAMBUN: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak akan berkompromi dengan warga sukan yang terlibat dengan aktiviti yang menyalahi undang-undang.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada warga sukan dan golongan belia.
"Saya berharap agar pihak berkuasa dapat menyiasat perkara ini sedalam-dalamnya.
"Bagi pihak KBS dan diri saya sendiri, kita tidak berkompromi langsung dengan apa-apa tindakan menyalahi undang-undang, malah kita kecam dan kita nak semua rakyat terutama golongan belia, golongan atlet dan mereka yang ada kedudukan yang dekat ataupun yang sepatutnya menjadi contoh kepada rakyat untuk tidak melakukan apa sahaja perkara yang menyalahi undang-undang negara," katanya.
Beliau ditemui semasa majlis berbuka puasa bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Hulu Kinta selepas melawat seorang anggota yang menjalani pembedahan di Tambun pada Isnin malam.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay memberitahu, polis menahan empat lelaki termasuk seorang jurulatih renang yang disyaki mendalangi sindiket penyeludupan dan pengedaran syabu, dalam serbuan di Selangor dan Johor pada 22 dan 23 April lepas.
Katanya, polis turut merampas syabu seberat 287 kilogram yang dianggar bernilai kira-kira RM10.3 juta dalam serbuan itu.
Ahmad Faizal berkata, setakat ini pihaknya belum mendapat maklumat lanjut mengenai jurulatih berkenaan.
Bagaimanapun, beliau yakin persatuan sukan berkenaan akan mengambil tindakan terhadap pemegang jawatan itu sekiranya didapati bersalah apabila didakwa di mahkamah.
Katanya, antara tindakan yang boleh diambil ialah menggantung atau memecat mereka daripada terus memegang jawatan di dalam tugasan.
Abd Razak Mohd Ali
Mon Apr 25 2022
Ahmad Faizal berkata, mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada warga sukan dan golongan belia. - Foto BERNAMA
Peneraju baharu FAM mampu bawa Harimau Malaya ke peringkat lebih tinggi - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh optimis sekiranya Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayob dipilih peneraju baharu FAM.
Malaysia tekan kepentingan kerangka industri mineral di FMF25 - Nik Nazmi
Malaysia menekankan kepentingan kerangka industri mineral yang lestari dan keperluan untuk dunia menangani ketegangan geopolitik pada "Future Minerals Forum 2025" nanti.
Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar berlangsung di Langkawi
Luqman Hariz membawakan perkembangan semasa Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN di Langkawi .
Gencatan senjata Gaza: Semua pihak diseru ambil kesempatan bantu rakyat Palestin - Mujahid
Semua pihak diseru mengambil kesempatan daripada perjanjian gencatan senjata di Gaza dengan bersiap sedia membawa misi bantuan kemanusiaan ke Palestin.
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka lengkap dalam tempoh enam bulan
Inisiatif Kampung Digital Melaka dijangka dilengkapkan dalam tempoh enam bulan.
Warga emas rugi RM500,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang lelaki warga emas kerugian RM500,000 apabila terpedaya pelaburan tidak wujud yang menjanjikan pulangan lumayan.
AWANI Ringkas: Polis sahkan ada dadah dalam darah empat mangsa maut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Imigresen serbu penempatan pekerja asing, tahan 76 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 76 pendatang tanpa izin dalam serbuan di penempatan pekerja asing di Shah Alam dan Kajang.
Suatu pembaziran jika ASEAN gagal kerjasama mendepani cabaran global - Mohamad
Kegagalan ASEAN untuk bekerjasama mendepani pelbagai cabaran global akan menjadi satu pembaziran besar.
Op Sky: Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM
Empat lagi pegawai bank ditahan SPRM pada Jumaat berhubung sindiket pinjaman membabitkan mangsa penjawat awam.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu hutang calon PN, pimpinan Bersatu diberi penjelasan
Pimpinan Bersatu sudah mendapatkan penjelasan daripada Khairul Azhari Saut berkaitan isu hutang.
Azmin pimpin Bersatu Selangor, Faizal diganti di Negeri Sembilan
Bersatu membuat perubahan kepimpinan di Selangor dan Negeri Sembilan, yang disifatkan sebagai usaha membugarkan parti itu.
Kehadiran Ustaz Kazim sebagai menghormati jiran, pemimpin - Ahmad Faizal
Kehadiran Datuk Ustaz Kazim Elias ke majlis Kenduri Rakyat Aidiladha PN Perak adalah sebagai menghormati jiran dan pemimpin.
Sukan SEA: Sasaran 36 emas mampu direalisasi - Faizal Azumu
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu optimis sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam mampu direalisasikan.
Tiada kompromi atlet, jurulatih terlibat jenayah
Ahmad Faizal Azumu berkata, mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada warga sukan dan golongan belia.
Tanah lapangan terbang: Aziz Bari tidak patut rendahkan SPRM
SPRM perlu diberi peluang untuk menjalankan siasatan sebelum mengambil tindakan.
Sukma XX, MSN 2022 dianjur hujung September
Temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang tertangguh sejak dua tahun lalu berikutan pandemik COVID-19, akhirnya bakal dianjurkan bermula 29 Sept hingga 8 Okt tahun ini di sekitar Lembah Klang.
LTdL kembali ke Malaysia pada Jun - Faizal Azumu
Saingan edisi ke-26 berstatus UCI ProSeries itu dijadual diadakan dari 11 hingga 18 Jun depan.
Stadium Nasional: KBS hargai penajaan rumput TMJ, belum ada hitam putih
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menghargai hasrat pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, untuk menaja kos penanaman rumput baharu di Stadium Nasional Bukit
Cari punca pasukan belasahan boleh atasi Malaysia - Faizal Azumu
FAM perlu mengkaji bagaimana pasukan yang sebelum ini kurang menyerlah dalam arena bola sepak Asia Tenggara, boleh mengejutkan Malaysia kali ini.