Semua lapisan masyarakat tanpa mengira parti politik, kaum atau apa jua perbezaan seharusnya berada di belakang Wisma Putra dalam usaha Kementerian Luar menangani isu tuntutan Sabah oleh kerajaan Filipina.
Pensyarah Kanan, Pusat Kajian Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Ahmad Sauffiyan Hassan berkata, isu berkenaan seharusnya dipandang serius kerana melibatkan kedaulatan negara dan tidak boleh dipandang ringan sama sekali.
Sepatutnya, bukan sahaja Wisma Putra, malah semua pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO)tempatan menunjukkan sikap yang tegas dan tidak berkompromi dalam hal sedemikian.
"Kerjasama dan sikap tidak berbelah bagi ini seharusnya berterusan kerana Sabah adalah selamanya milik Malaysia.
"Kita perlu ingat, isu peta Sabah di dalam peta pasport Filipina ini tidak boleh dipandang ringan, ia boleh menyebabkan pelbagai isu yang memudaratkan negara timbul kelak," katanya ketika dihubungi di sini, pada Sabtu.
BACA: Sabah dalam peta pasport Filipina, Wisma Putra tidak teragak-agak ambil tindakan tegas
BACA: Sabah dalam peta pasport Filipina: PEMBELA buat laporan polis
Sebelum ini, Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar menegaskan pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas susulan keputusan Filipina meluluskan rang undang-undang (RUU) baharu memasukkan Sabah dan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) sejauh 200 batu sebagai sebahagian peta pasport negara itu.
Katanya, pihaknya juga sedang mempertimbangkan beberapa pilihan sebagai reaksi balas selain tindakan-tindakan yang telah diambil sebelum ini.
Dalam perkembangan berasingan, Ahmad Sauffiyan sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan Filipina dalam isu tuntutan Sabah langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada negara tersebut kerana isu tersebut adalah isu yang tidak akan dibawa ke meja rundingan oleh Malaysia
Kata Ahmad Sauffiyan lagi, provokasi terbaharu itu dibimbangi boleh meningkatkan semangat nasionalisme dalam kalangan kumpulan pengganas dari selatan Filipina yang terpengaruh dengan propaganda bahawa Sabah adalah hak mereka dan tidak teragak-agak untuk mengangkat senjata bagi menuntut Sabah.
Sebelum ini, beberapa NGO sudah membuat laporan polis bagi mendesak isu Sabah dalam peta pasport Filipina diselesaikan demi keselamatan.
Mereka melihat isu tersebut mempunyai sensitiviti terhadap kedaulatan Sabah.
Isnin lalu, Kerajaan Sabah dilaporkan meminta Wisma Putra mengeluarkan amaran keras kepada Filipina berhubung pencetakan peta Sabah dalam pasport republik berkenaan, termasuk memanggil Duta Filipina di Malaysia bagi menjelaskan perkara itu.
Ia susulan laporan media mengenai keputusan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negara Filipina yang dikatakan membenarkan cetakan peta Filipina meliputi kawasan 320 kilometer Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) dan Sabah di dalam pasport negara itu.
Jawatankuasa dianggotai 46 Ahli Dewan Perwakilan Filipina itu mengadakan proses mewujudkan RUU gantian bagi meminda, mengganti atau memansuhkan Akta Republik No 8239 yang juga dikenali sebagai Akta Paspot Filipina 1996.
Ia bagaimanapun belum dikategorikan sebagai RUU Dewan Perwakilan Filipina, selain masih perlu melalui pelbagai peringkat, iaitu Jawatankuasa Perolehan dan Jawantakuasa Peraturan, dibentang bagi bacaan kali kedua dan ketiga sebelum diluluskan di Dewan Perwakilan.
Cadangan pindaan diluluskan di peringkat jawatankuasa itu, antaranya meliputi tujuan Akta Paspot Filipina serta penubuhan pusat pemprosesan dan pengeluaran pasport di setiap wilayah Filipina.
Astro Awani
Sat Aug 29 2020

Dr Ahmad Sauffiyan berkata isu berkenaan seharusnya dipandang serius kerana melibatkan kedaulatan negara dan tidak boleh dipandang ringan sama sekali. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tiada kompromi isu Sabah dalam peta pasport Filipina - Pensyarah
Semua lapisan masyarakat seharusnya berada di belakang Wisma Putra dalam usaha Kementerian Luar menangani isu tuntutan Sabah oleh kerajaan Filipina.

Cadangan Sabah dalam peta pasport Filipina bukan pendirian rasmi negara itu - Kamarudin
Kementerian Luar sedang memantau rapi perkembangan cadangan Rang Undang-Undang Dewan 6399 oleh ahli Dewan Perwakilan Filipina ini.

Semua pihak perlu bekerjasama kekalkan keamanan di Laut China Selatan
Perkara-perkara berkaitan Laut China Selatan mesti diselesaikan secara aman berdasarkan prinsip-prinsip yang diiktiraf oleh undang-undang antarabangsa.