IPOH: Kerajaan negeri tidak sesekali akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati memalsukan sijil vaksinasi COVID-19.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin, tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang melakukan perkara tersebut.
"Sudah tentu jika ada yang memalsukan sijil vaksinasi tindakan tegas akan diambil dengan segera.
"Sekarang ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), polis, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) termasuk pihak bertanggungjawab sentiasa melakukan pemantauan.
"Kita tidak akan berkompromi kepada pihak yang cuba bertindak memalsukan sijil vaksinasi COVID-19 di negeri ini," katanya.
Mohd Akmal berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan sumbangan alat bantuan pernafasan kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Kompleks Rawatan Harian HRPB di sini semalam.
Jelasnya lagi, bagaimanapun setakat ini tiada kes diterima berhubung perkara itu.
Sementara itu, beliau berkata suntikan dos penggalak COVID-19 menunjukkan sambutan yang baik dalam kalangan rakyat di sini.
"Setakat ini seramai 527,964 orang sudah menerima suntikan dos penggalak.
"Keseluruhan setakat ini kira-kira 4 juta dos vaksin (termasuk dos pertama dan kedua) yang diberikan di negeri Perak," katanya.
Terdahulu, Mohd Akmal berkata, sebanyak dua unit alat bantuan pernafasan (ventilator) daripada bandar raya Nanning, China melalui Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) diserahkan kepada hospital itu.
Katanya, kedua-dua peralatan yang dianggarkan bernilai RM136,000 itu diharap dapat dimanfaatkan sebaiknya serta mampu membantu menyelamatkan lebih banyak nyawa.
"Peralatan ini diterima pada 17 Disember lalu dan ia digunakan di HRPB.
"Penawaran dua unit ventilator pihak bandar raya Nanning, China ini tepat pada masanya yang mana ia secara tidak langsung membantu perkhidmatan kesihatan khususnya di HRPB untuk memerangi wabak COVID-19," katanya.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan mengumumkan terdapat jemaah umrah dari Malaysia yang pulang ke tanah air disahkan positif COVID-19 varian Omicron dan apa yang mengejutkan ada antara mereka tidak divaksinasi.
Aida Aziz
Wed Jan 12 2022
Mohd Akmal (tiga kanan) ketika hadir pada majlis penyerahan sumbangan alat bantuan pernafasan kepada Hospital Raja Permaisuri Bainun di Kompleks Rawatan Harian HRPB di Ipoh semalam. - Foto Astro AWANI
AKPS diperluas di pintu sempadan negara
Pelaksanaan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara.
Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas mengaku bersalah kerana kesalahan membakar lima motosikal milik penduduk kampung.
Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar
Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda Datuk Abdul Gafar Yahya dilantik Datuk Bandar Alor Setar yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Hujan berterusan tahap waspada di Sarawak sehingga Rabu
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada sehingga 5 Februari di tujuh kawasan di Sarawak.
Situasi terkini banjir di Sabah
Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) baru dibuka di Tongod, pagi ini, berikutan banjir melanda semula beberapa kampung di daerah itu selepas satu PPS ditutup semalam.
Bersama di talian wakil Astro AWANI Sabah, Ridzal Abdullah.
Bersama di talian wakil Astro AWANI Sabah, Ridzal Abdullah.
Malaysia kaji impak platform AI Deepseek kepada negara - Gobind Singh
Kerajaan sedang mengkaji impak platform kecerdasan buatan (AI) sumber terbuka DeepSeek China terhadap Malaysia, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Peluru mortar lama ditemukan di Tumpat
Sebutir peluru mortar lama berukuran 61 milimeter (mm) ditemukan berhampiran kawasan peranginan di Pantai Sri Tujuh, Tumpat, semalam.
Pahang meterai enam MoU dengan pemain industri pertanian Australia
Kerajaan Pahang memeterai enam memorandum persefahaman (MoU) dengan pemain industri pertanian, penternakan dan perikanan di Australia.
Keadaan banjir di Sarawak beransur pulih - Uggah Embas
Keadaan banjir di Sarawak kini beransur pulih dengan 12 pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup setakat malam tadi.
Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina kurangkan kemalangan di Kuala Lumpur
Usaha penguatkuasaan menerusi Op Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina tahun ini telah membantu mengurangkan kemalangan jalan raya di Kuala Lumpur sebanyak enam peratus berbanding tahun lepas.
Tiada kompromi palsukan sijil vaksinasi COVID-19 - Exco
Mohd Akmal berkata, tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka yang melakukan perkara tersebut.