KUALA LUMPUR: Kerajaan disaran menubuhkan pasukan petugas khas membabitkan agensi penguat kuasa bagi membanteras jenayah penderaan kanak-kanak di negara ini.
Selain itu, Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 harus dipinda dengan segera bagi membolehkan pelaku dikenakan hukuman yang lebih berat dan setimpal.
Ahli Dewan Negara mewakili Orang Kurang Upaya (OKU) Senator Datuk Ras Adiba Radzi, yang memandang serius kes penderaan kanak-kanak yang kian meruncing di negara ini, berkata beliau tidak akan sama sekali berkompromi dengan kesalahan membabitkan golongan itu terutama OKU.
"Tindakan tegas wajib diambil dan pelaku kes penderaan serta penganiayaan kanak-kanak perlu dihadapkan ke muka pengadilan supaya isu penderaan kanak-kanak di negara ini tidak berterusan.
"Saya menggesa agar pihak berkuasa tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang disyaki terlibat dengan penderaan dan penganiayaan kanak-kanak yang menjadi kesalahan jenayah di bawah Akta Kanak-Kanak 2001," menurutnya dalam kenyataan di sini.
BACA: #JusticeForBella: Mengharap sinar pembelaan Bella, dan memburu sang durjana!
BACA: #JusticeForBella jadi medan luahan sedih dan kecewa netizen di Instagram
Beliau berkata usaha itu juga selaras dengan komitmen kerajaan kepada agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030 yang turut memberi penekanan untuk menamatkan penyalahgunaan, eksploitasi, pemerdagangan manusia dan segala bentuk keganasan serta penyiksaan terhadap kanak-kanak.
Katanya Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan terdapat 2,040 kes penderaan terhadap kanak-kanak yang berlaku antara Januari hingga April tahun ini.
Ras Adiba turut meminta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bertindak proaktif untuk memastikan kanak-kanak di negara ini diberi keutamaan dari segi pemeliharaan serta perlindungan.
BACA: Kes Adik Bella: JKM sita rumah kebajikan tidak berdaftar
BACA: Dera: Mahkamah lucut hak penjagaan terhadap remaja OKU - Rina Harun
Beliau berkata semua lapisan masyarakat harus memainkan peranan serius serta melaporkan kes penderaan kepada pihak berkuasa kerana ini merupakan tanggungjawab bersama.
"Kita perlu berganding bahu untuk mengangkat satu mesej bahawa penderaan adalah satu jenayah. Kanak-Kanak ada hak dan ruang untuk menikmati sebuah kehidupan yang aman dan berkualiti.
"Semua pihak mesti patuhi Akta Kanak-Kanak 2001 serta Konvensyen Hak Kanak-Kanak yang telah diratifikasi oleh Malaysia pada tahun 1995," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 14 2021
![Tiada kompromi terhadap pelaku kes dera kanak-kanak - Ras Adiba Tiada kompromi terhadap pelaku kes dera kanak-kanak - Ras Adiba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/61618918385_RasAdibaRadzi.jpg)
Ras Adiba berkata, semua lapisan masyarakat harus memainkan peranan serius serta melaporkan kes penderaan kepada pihak berkuasa kerana ini merupakan tanggungjawab bersama. - Gambar fail
SPRM masih siasat kes ahli politik dan safe house RM5 juta
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih menyiasat kes melibatkan seorang ahli politik terkemuka yang dikaitkan dengan sebuah "safe house", di mana sejumlah RM5 juta disimpan.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan bahawa SPRM telah melengkapkan siasatan, namun kertas siasatan dikembalikan oleh timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Othman Said, menjelaskan bahawa SPRM telah melengkapkan siasatan, namun kertas siasatan dikembalikan oleh timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
![ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739938848_TBJDT.jpg)
ACLE: 'Cara Arif Aiman umpan penjaga gawang Pohang bijak' - Azmin Azram
Teknik gerakan yang berakhir dengan jaringan disumbangkan Arif Aiman Hanapi ketika membantu JDT membenam Pohang Steelers merupakan sesuatu yang 'bijak'.
AWANI Ringkas: Birokrasi agihan bantuan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Khaled nafi dakwaan naib canselor UPNM 'tempat buangan'
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menafikan dakwaan bahawa jawatan naib canselor di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) digunakan sebagai "tempat pembuangan" bagi jeneral tiga bintang dalam angkatan tentera.
Beliau menegaskan bahawa pelantikan pegawai tentera dibuat berdasarkan prinsip profesionalisme dan keperluan organisasi secara strategik.
Beliau menegaskan bahawa pelantikan pegawai tentera dibuat berdasarkan prinsip profesionalisme dan keperluan organisasi secara strategik.
Sidang parlimen: SDG 12 perlu diteliti oleh pihak berkepentingan
Menurut Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib, ini untuk memastikan pelaksanaan pusat kitar semula yang tidak terlalu mahal disamping menambah baik ekonomi setempat.
Sidang parlimen: SDG tiada kemiskinan catat penurunan 6.2%
12 daripada 17 Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menunjukkan trend positif dengan pencapaian yang lebih baik adalah SDG 1, tiada kemiskinan.
![Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739937540_TBkebakaran.jpg)
Ibu, anak cemas terperangkap dalam kebakaran rumah
Seorang wanita dan anak lelakinya berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kebakaran di rumah mereka di Jalan SS 19/1c- SS19, Subang Jaya pagi ini.
31 negara dilawati, kos perbelanjaan RM16 juta
Sebanyak 31 negara sudah dilawat oleh Perdana Menteri dalam lawatan kerjanya antara November lalu sehingga Februari ini dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM16 juta.
[TERKINI] 3 mangsa maut di konsert pinkfish akibat dadah stimulan
Polis mengesahkan bahawa tiga daripada empat mangsa yang meninggal dunia ketika menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway, Subang Jaya pada 31 Disember lalu disebabkan pengambilan dadah stimulan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa laporan patologi mengesahkan punca kematian tersebut, manakala laporan seorang lagi mangsa masih ditunggu bagi melengkapkan siasatan.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, menyatakan bahawa laporan patologi mengesahkan punca kematian tersebut, manakala laporan seorang lagi mangsa masih ditunggu bagi melengkapkan siasatan.
![Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump kenakan tarif 25 peratus ke atas kenderaan, cip
Presiden AS telah lama mengkritik layanan tidak adil terhadap eksport kenderaan Amerika di pasaran luar terutama kadar tarif EU yang mencapai 10 peratus.
![Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/51664850251_depressionAussie.jpg)
Tidak bekerja bukan alasan untuk bertahan didera suami - Pakar
Apabila berlaku kes sebegini, masyarakat melontarkan pertanyaan mengapa si isteri tidak bertindak keluar dari rumah dan membebaskan dirinya?
![Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51696154036_MohdAzamIsmailKe.jpg)
Ibu dan teman lelaki disyaki dera kanak-kanak berusia tujuh tahun hingga mati ditahan
Seorang wanita dan teman lelakinya ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun sehingga meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Ampang dekat sini semalam.
![Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710759364_Babyhands.jpg)
Tiada unsur dera bayi lemas dalam selimut di rumah pengasuh - Polis
Pemeriksaan yang dilakukan terhadap bayi terbabit tidak menemukan sebarang unsur penderaan atau kecederaan fizikal ditemui pada tubuh mangsa.
![Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli - SUHAKAM Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli - SUHAKAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51674059760_NoorAziah.jpg)
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
![KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71731422417_UPNM.jpg)
KPT bakal bincang dengan Mindef bagi tangani salah laku di UPNM
KPT memaklumkan bahawa langkah itu untuk memastikan keselamatan pelajar di kampus tersebut terjamin dan agar insiden serupa tidak berulang.
![Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718259458_ShahrulnizamJaafar.jpg)
Kanak-kanak empat tahun disyaki didera rakan ibu
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera di badan dan mata disyaki didera penjaga sementara yang juga rakan kepada ibunya, di Taman Desaria, Petaling Jaya.
![PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/41727085372_IGPRazarudinGISB.jpg)
PDRM mula siasatan kes buli, dera pegawai kadet UPNM
Kertas siasatan dibuka selepas mangsa berusia 20 tahun itu membuat laporan pada 1 November.
![Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729239984_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Dera pembantu rumah, dua beranak ditahan
Mangsa mendakwa telah dicederakan oleh dua wanita tersebut menggunakan tukul, pengepit besi serta seterika panas.
![Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728791781_DatukMohdShahzihan.jpg)
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
![Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/61679908099_kidsabuse.jpg)
Suri rumah ditahan dera anak tiri, kurung dalam tandas
Polis menahan seorang suri rumah kerana disyaki mendera anak tirinya yang berusia sembilan tahun sehingga mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan di kepala, lengan dan mata.