KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Azmi Tahir memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau 'tiada kuasa' untuk menyuarakan kebimbangan mengenai keputusan kewangan syarikat pelaburan strategik itu walaupun beliau turut bimbang mengenainya.
Azmi, 49, berkata beliau tidak pernah membangkitkan isu itu kepada ahli lembaga pengarah (BOD) 1MDB kerana semua keputusan melibatkan transaksi kewangan telah diputuskan dan diberi kuasa sewajarnya melalui Resolusi Pekeliling Pengarah (DCR) syarikat.
Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Hariharan Tara Singh pada perbicaraan bekas perdana menteri itu berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1MDB.
Hariharan menyoal saksi pendakwaan ke-12 itu mengapa beliau tidak menjalankan peranannya sebagai CFO 1MDB dan beliau telah mengambil jalan mudah untuk mengurangkan proses membuat keputusan kewangan melalui DCR.
Azmi berkata beliau tidak dapat menjawab soalan itu kerana beliau tidak terlibat dalam proses pembikinan DCR dan soalan itu harus diajukan kepada bekas peguam 1MDB Jasmine Loo.
Hariharan: Saya katakan kepada anda bahawa biasanya sebagai CFO, anda sepatutnya bangkitkan perkara itu kepada BOD?
Azmi: Biasanya ya, tetapi 1MDB bukan syarikat biasa.
Bagaimanapun, saksi itu tidak bersetuju dengan cadangan Hariharan bahawa beliau bersetuju untuk 'bekerjasama' dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho (Jho Low) kerana beliau dibayar gaji yang tinggi sebagai CFO 1MDB.
Peguam itu seterusnya menyoal Azmi bahawa semasa pemeriksaan utama, Azmi berulang kali menyatakan apa sahaja arahan yang datang daripada bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Allahyarham Datuk Azlin Alias atau Jho Low dianggap sebagai arahan daripada Najib.
Hariharan: Adakah anda pernah mengesahkan dengan Datuk Seri Najib bahawa arahan daripada arwah Azlin datang daripada beliau?
Azmi: Saya tidak mengesahkannya. Saya tiada kuasa untuk mengesahkannya.
Ahli Parlimen Pekan itu menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 05 2022

Azmi berulang kali menyatakan apa sahaja arahan yang datang daripada bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Allahyarham Datuk Azlin Alias atau Jho Low dianggap sebagai arahan daripada Najib. - Gambar fail/ Astro AWANI

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.