"Tiada lagi aksi Semek yang manja. Tiada lagi yang akan menemani saya untuk penggambaran selepas ini."
Demikian antara luahan Muhammad Syukur Khamis, juga dikenali sebagai Mowgli Malaysia, selepas kerbau kesayangannya mati pagi ini, dipercayai akibat penyakit hawar berdarah atau Heamoragic Septicaemia.
Setakat pagi ini, jumlah keseluruhan kematian kerbau yang direkodkan ialah sebanyak 50 ekor.
Pelajar yang berusia 15 tahun itu berkata, walaupun mempunyai beberapa ekor lagi kerbau kesayangan, Semek merupakan antara haiwan ternakannya yang paling rapat dan manja dengannya.
Katanya, dia masih terkejut dengan kematian Semek kerana sebelum ini ia tidak menunjukkan tanda-tanda diserang hawar berdarah.
Menurut Muhammad Syukur, hampir empat tahun mereka sering menghabiskan masa bersama dan Semek juga turut digunakan dalam penggambaran telemovie Budok Kuba baru-baru ini.
"Saya sampai di sini tadi dalam pukul 7 lebih. Rasanya ia baru mati, sebab tubuhnya masih panas. Biasanya, waktu petang, kita selalu main dengan Semek.
"Tetapi kelmarin tak sempat main dengannya sebab saya sibuk menguruskan kerbau yang mati," katanya ketika ditemui Astro AWANI di kandang ternakannya hari ini.
Muhammad Syukur berkata, aksi lakonannya bersama Semek menjadi kenangan manis yang terakhir antara mereka.
"Semasa berlakon, bila disuruh tidur, ia tidur. Ia senang mendengar kata berbanding yang lain," tambahnya.
Pada Isnin, lebih 35 ekor kerbau milik keluarga Muhammad Syukur ditemui mati di kandang di Kampung Kubang Bujuk, di sini.
BACA: Kandang kerbau keluarga Syukur diisytihar kawasan larangan
BACA: Kematian kerbau 'Mowgli Malaysia': Vaksin hawar berdarah percuma, hanya perlu kerjasama penternak
BACA: Apa itu hawar berdarah punca kerbau 'Mowgli Malaysia' mati bergelimpangan?
Kesedihan keluarga 'Kampung Boy' itu, yang berdepan episod duka kematian kerbau bermula 9 Sept itu, mendapat simpati netizen.
Ramai rakyat Malaysia yang mendoakan agar keluarga itu tabah dengan dugaan tersebut.
Mengimbas kembali kenangan terakhirnya bersama Semek, Muhammad Syukur berkata dia telah mengasingkan Semek bersama anak sulung yang diberi gelaran Along sejak semalam.
"Along telah diberi suntikan antibiotik pada 9 Sept lepas namun suntikan itu tidak boleh diberi kepada Semek kerana ia sedang bunting anak kedua.
"Harapan saya, tiada lagi kerbau yang akan mati disebabkan penyakit ini kerana kami sedang dalam proses membuat kuarantin untuk kerbau yang masih sihat, dengan bantuan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Terengganu," katanya.
Nur Fazlizai Ali
Wed Sep 16 2020

Muhammad Syukur sedih ketika bercerita kepada wakil Astro AWANI mengenai kerbau kesayangannya, Semek. - Astro AWANI

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US berikutan sentimen berhati-hati
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4040/4310 berbanding mata wang AS daripada 4.4270/4320 ketika ditutup semalam.
HUAWEI lancar model HUAWEI Mate XT, peranti tiga lipat pertama di dunia
HUAWEI melancarkan HUAWEI Mate XT Ultimate Design di Malaysia, telefon pintar tiga lipat pertama di dunia yang membawakan teknologi inovatif dalam reka bentuk, engsel, dan paparan.

OKU terselamat, seorang lelaki sesak nafas dalam kebakaran di Siol Kandis
Kebakaran melibatkan tiga kediaman tidak kekal dengan api telah meranapkan dua rumah pertama dan sedang membakar rumah ketiga.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [21 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews
- Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013
- JAWI panggil individu berpakaian menyerupai wanita dalam acara hiburan
- 606 sekolah tahfiz tidak pernah daftar JAIS sejak 2008
#AWANIpagi #AWANInews

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.

Jangan pindahkan haiwan ternakan dari kawasan hawar berdarah ke daerah lain - Exco
Perbuatan berkenaan adalah kesalahan serius kerana boleh menyebabkan penyebaran wabak penyakit itu ke kawasan lebih luas.

Jangan bersedih, 'Mowgli' ... kerajaan tidak pinggirkan keluargamu
Kerajaan akan membantu keluarga Muhammad Syukur Khamis yang kematian 50 ekor kerbau peliharaan mereka mengikut kesesuaian dan keperluan semasa.

Tiada lagi aksi Semek yang manja...
Setakat pagi ini, jumlah keseluruhan kematian kerbau yang direkodkan ialah sebanyak 50 ekor.

Kandang kerbau keluarga Syukur diisytihar kawasan larangan
Hanya pemilik kandang dibenarkan memasuki kawasan tersebut, bagi mengelak jangkitan penyakit hawar berdarah ke kawasan lain.

Hawar berdarah ragut 35 ekor kerbau peliharaan, 'Mowgli Malaysia' berduka
Wabak hawar berdarah menjadi punca kematian sekurang-kurangnya 35 ekor kerbau peliharaan bapa Muhammad Syukor Khamis atau lebih dikenali sebagai 'Mowgli Malaysia'.

Penyakit hawar berdarah terkawal - Shabery
JPV Terengganu melakukan vaksin kepada hampir 2,000 lembu dan kerbau di 160 ladang ternakan di Marang, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu.