Kabinet bersetuju dengan cadangan Jawatankuasa Teknikal Minoriti Bumiputera Sabah dan Sarawak untuk mengklasifikasikan semula Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam ruang bangsa pada borang rasmi kerajaan.
Cadangan itu dibuat jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan bersama oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas.
Jawatankuasa Teknikal itu bermatlamat menyelesaikan perasaan tidak gembira dalam kalangan masyarakat Bumiputera dalam kedua-dua negeri itu yang merasa terpinggir apabila dilabelkan sebagai "lain-lain" dalam borang rasmi kerajaan.
"Anak Negeri Sabah juga mahu diklasifikasikan secara berasingan daripada lain-lain Bumiputera kerana bangsa mereka didefinasikan secara berasingan dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negeri. Untuk kumpulan etnik Sabah, tiada lagi kategori 'lain-lain'," kata Ongkili dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.
Beliau berkata kabinet dalam mesyuarat pada Jumaat telah bersetuju supaya Bumiputera Sabah dan Sarawak diklasifikasikan seperti berikut:
a. Sabah
i. Anak Negeri Sabah : …………… (untuk diisi oleh pemohon)
ii. Bumiputera Sabah : ……………… (untuk diisi oleh pemohon), dan
iii. Bukan Bumiputera
b. Sarawak
i. Dayak: ……………(untuk diisi oleh pemohon) dan
ii. Lain-lain: …………………(untuk diisi oleh pemohon)
Bagaimanapun, kabinet meminta kerajaan negeri Sabah untuk menyenaraikan siapa yang dikategorikan sebagai "Anak Negeri" dan "Bumiputera Sabah". Senarai itu perlu diwartakan sebelum pengklasifikasian semula ini dikuatkuasakan dalam borang rasmi kerajaan.
"Kabinet memerlukan kerajaan negeri untuk menyenaraikan bangsa yang dikategorikan sebagai anak negeri Sabah dan Bumiputera Sabah dan mewartakannya sebelum perkara ini dikuatkuasakan.
"Ini bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pihak lain yang mungkin mendakwa mereka anak negeri atau Bumiputera Sabah. Kabinet akan menunggu untuk perkara itu diwartakan sebelum borang baharu digunakan," katanya.
Ongkili juga berkata sebelum cadangan dibuat oleh jawatankuasa teknikal, pihaknya telah merujuk perkara itu kepada persatuan kebudayaan anak negeri di Sabah, terutamanya Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA).
Wakil kerajaan negeri Sabah daripada Jabatan Peguam Besar Negeri dan Jabatan Ketua Menteri Sabah juga terlibat dalam perundingan itu yang dikendalikan oleh jawatankuasa teknikal dan bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan.
Sementara itu, untuk Sarawak kabinet bersetuju supaya perkataan "Dayak" akan digunakan bagi menunjukkan bangsa Bumiputera yang bukan Melayu dalam borang rasmi sebagaimana yang dipersetujui oleh kerajaan negeri.
Bernama
Sun Nov 01 2015
![Tiada lagi kategori 'lain-lain' untuk etnik Sabah Tiada lagi kategori 'lain-lain' untuk etnik Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41446307526_Kadazan.jpg)
Jawatankuasa Teknikal itu bermatlamat menyelesaikan perasaan tidak gembira dalam kalangan masyarakat Bumiputera Sabah dan Sarawak yang merasa terpinggir apabila dilabelkan sebagai "lain-lain". - Gambar hiasan/Bernama
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![Kerajaan Sarawak tawar penginapan buat anak Bumi Kenyalang terkandas di Semenanjung Kerajaan Sarawak tawar penginapan buat anak Bumi Kenyalang terkandas di Semenanjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-03/61584770522_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan Sarawak tawar penginapan buat anak Bumi Kenyalang terkandas di Semenanjung
Bantuan yang ditawarkan adalah buat penuntut IPT dan berbentuk penginapan sementara.
![Cadangan iktiraf masyarakat Jawa, Bugis perlu dilihat pelbagai aspek Cadangan iktiraf masyarakat Jawa, Bugis perlu dilihat pelbagai aspek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-08/41534842895_MohdShafieApdal.jpg)
Cadangan iktiraf masyarakat Jawa, Bugis perlu dilihat pelbagai aspek
Kerajaan Sabah akan melihat dalam pelbagai aspek termasuk dari segi undang-undang mengenai cadangan untuk masyarakat Jawa dan Bugis diiktiraf sebagai anak negeri.
![Sabah akan struktur semula mahkamah anak negeri Sabah akan struktur semula mahkamah anak negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/61527432002_DatukAidiMoktar.jpg)
Sabah akan struktur semula mahkamah anak negeri
Menterinya Datuk Aidi Moktar berkata seperti mahkamah syariah atau sivil yang mempunyai mahkamah rendah, mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan, Mahkamah Anak Negeri juga akan distrukturkan sedemikian.
![Tiada lagi kategori 'lain-lain' untuk etnik Sabah Tiada lagi kategori 'lain-lain' untuk etnik Sabah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/41446307526_Kadazan.jpg)
Tiada lagi kategori 'lain-lain' untuk etnik Sabah
Kabinet bersetuju untuk mengklasifikasikan semula Bumiputera Sabah dan Sarawak dalam ruang bangsa pada borang rasmi kerajaan.