Walaupun operasi Plaza Tol Batu Tiga sudah dihentikan bermula hari ini tetapi masih ada pengguna lebuh raya yang cuba membuat pembayaran ketika tiba di kaunter tol.
Barangkali lupa atau tidak sedar dengan pengumuman tersebut, ada pemandu yang memperlahankan kenderaan ketika menghampiri plaza tol tersebut.
Tinjauan Astro AWANI mendapati, ada juga pengguna yang mengeluarkan kad 'Touch N Go' bagi membuat pembayaran.
Keadaan ini serba-sedikit mengganggu aliran trafik di plaza tol itu, namun secara keseluruhannya, ia berjalan lancar memandangkan tiada lagi operasi kutipan tol dijalankan.
Rata-rata pengguna yang ditemui gembira dengan penjimatan yang diperoleh susulan langkah kerajaan menamatkan kutipan tol itu.
Bagi pengguna harian laluan itu, Samsul Kamal Abdul Latif, penghentian kutipan tol di plaza tol itu bermakna dia dapat menjimatkan lebih RM50 seminggu.
"Dalam satu hari banyak kali juga saya guna. Jadi, kalau sehari dapat jimat RM8, kalau seminggu, banyak juga yang dapat dijimatkan," katanya yang bekerja sendiri.
Kutipan tol di Plaza Tol Sungai Rasau dan Batu Tiga di Selangor, Bukit Kayu Hitam, Kedah, dan Lebuhraya Penyuraian Timur (EDL) di Johor dimansuhkan bermula hari ini.
Ini berikutan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2018 pada Oktober tahun lalu.
Astro Awani
Mon Jan 01 2018

Rata-rata pengguna yang ditemui gembira dengan penjimatan yang diperoleh susulan langkah kerajaan menamatkan kutipan tol di Plaza Tol Batu Tiga, Shah Alam. - Gambar fail

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Aktiviti kilang berlesen mungkin sebabkan pencemaran sungai - ADUN
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga, Rodziah Ismail berkata, bagaimanapun aktiviti-aktiviti kilang tersebut diakui sukar dikawal.

Punk pun mengundi?
Punk sinonim dengan ideologi anarki dan juga golongan anak muda yang tidak percaya kepada perubahan menerusi peti undi ataupun demokrasi, ianya sudah berbeza. Ian Johan Ariff merungkai fenomena ini.

Tiada lagi tol, tetapi masih ada yang berhenti di kaunter
Barangkali lupa atau tidak sedar dengan pengumuman tersebut, ada pemandu yang memperlahankan kenderaan ketika menghampiri plaza tol tersebut.

Pengguna belum sedia guna tol elektronik di Sungai Rasau, Batu Tiga
Rata-rata pengguna Lebuhraya Persekutuan dilihat masih tidak bersedia untuk bayaran tol secara elektronik di Sungai Rasau dan Batu Tiga.

Kutipan tol elektronik sepenuhnya di Plaza Batu Tiga dan Sungai Rasau mulai 1 Sept
Sistem kutipan tol elektronik akan dilaksanakan sepenuhnya di plaza tol Batu Tiga dan Sungai Rasau, Klang bermula 1 Sept depan.