Tiada lambakan durian dilaporkan di Perak walaupun berlaku pengeluaran hasil yang melimpah pada musim buah kali ini.
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Basri Jasmo berkata pengeluaran buah yang banyak membolehkan durian musim ini dijual pada harga berpatutan yang mampu dibeli oleh orang ramai.
Selain itu, katanya Fama Perak turut mengambil pendekatan menghantar durian ke negeri yang kekurangan buah tersebut sebagai sebahagian daripada langkah pemasaran.
"Belum ada lambakan di mana-mana tempat, selain itu pemborong dan peraih juga menjual pada harga yang lumayan," katanya dalam sidang media sempena Program Jualan Buah-buahan Bermusim @ RTC Perak di sini, pada Sabtu.
Program yang berlangsung di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) itu berlangsung selama dua hari mulai Sabtu dari pukul 11 pagi hingga 5 petang.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamahri berkata Fama membawa 20 tan pelbagai jenis buah-buahan untuk dijual sepanjang dua hari program.
"Antaranya durian Batu Kurau, musang king dan durian klon selain rambutan, manggis dan cempedak," katanya sambil memuji usaha tersebut dalam menggalakkan pemakanan buah-buahan tempatan.
Abdul Yunus turut memaklumkan Fama Fest 2018 akan berlangsung pada 26 hingga 30 Julai ini di RTC Gopeng dengan menyediakan lebih 200 gerai jualan antaranya buah-buahan, makanan tempatan selain produk tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 21 2018
Menurut Fama, pengeluaran buah yang banyak membolehkan durian musim ini dijual pada harga berpatutan yang mampu dibeli oleh orang ramai.
Remaja lelaki 17 tahun maut dalam kemalangan di Jempol
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun maut apabila motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 8 Jalan Bahau-Kemayan, Jempol.
SK Kerupang Juara Teater Hikayat Kebangsaan 2024
Sekolah Kebangsaan (SK) Kerupang dari Wilayah Persekutuan Labuan berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Teater Hikayat Peringkat Kebangsaan 2024 yang dianjurkan oleh Astro Ceria.
Jika benar harga melampau, laporkan kepada KPDN segera- Armizan
Menteri KPDN memberitahu dakwaan harga ayam mencecah RM16 sekilogram adalah tidak munasabah, jika benar laporkan segera agar siasatan dapat dilakukan.
Rakyat bijak menilai prestasi GRS - Armizan
Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali meminta rakyat di negeri itu agar tidak terpengaruh dengan anasir negatif yang dimainkan pihak tertentu menjelang pilihan raya negeri akan datang.
LTAK baharu di Tanjong Embang
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Ahad mendedahkan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching baharu akan dibangunkan di kawasan Tanjong Embang, Asajaya.
Grid Kuasa Borneo pacu kedudukan Sarawak sebagai hab tenaga
Penubuhan Grid Kuasa Borneo diterajui Sarawak lonjak kedudukan negeri itu sebagai hab tenaga termasuk hab hidrogen di rantau Asia.
Mukah, Kuching dan Saratok dilanda banjir kilat
Hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan di Sarawak dilanda banjir kilat.
Liputan rangkaian 5G turut fokus kawasan berimpak tinggi seperti zon perindustrian - Fahmi
Tumpuan capaian perkhidmatan rangkaian 5G akan turut memberi fokus kepada kawasan yang boleh memberi manfaat maksimum seperti zon perindustrian.
RM10 juta dianggarkan baiki infrastruktur Pitas
RM10 juta dianggarkan bagi membaiki infrastruktur di daerah Pitas yang rosak akibat banjir.
Peka amaran pihak berkuasa, penduduk di Pitas ke PPS lebih awal
Penduduk di Pitas, kali ini mereka lebih bersedia dengan amaran yang dikeluarkan pihak berkuasa mengenai ancaman banjir.
Tiada lambakan durian di Perak
Tiada lambakan durian dilaporkan di Perak walaupun berlaku pengeluaran hasil yang melimpah pada musim buah kali ini.