JOHOR BAHRU: Kebanyakan golongan orang kurang upaya (OKU) di negara ini didapati tidak takut untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 malah menyambut baik usaha untuk melawan wabak itu.
Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata kebanyakan ibu bapa atau penjaga mereka juga memberi maklum balas yang baik serta tidak sabar agar golongan itu divaksin segera.
"Buat masa ini, saya tidak menerima laporan (OKU atau ibu bapa dan penjaga) menolak vaksin...kerana kebanyakan maklum balas yang kita terima adalah ibu bapa dan penjaga OKU itu sendiri tidak sabar (mahukan) golongan itu divaksin.
"Ini juga antara faktor kami ke Johor Bahru, kerana kami diberitahu ramai sahabat-sahabat OKU termasuk luar bandar tidak sabar ambil vaksin, jadi kami cuba jangkau secepat mungkin, lagi pula OKU seperti kami sudah biasa dengan suntikan, jadi tiada masalah," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena pembukaan hari pertama pusat pemberian vaksin (PPV) pandu lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru, Arena Larkin di sini hari ini.
Ras Adiba yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Ahli Dewan Negara mewakili OKU itu berkata demikian ketika diminta mengulas sekiranya menerima laporan berhubung golongan OKU menolak vaksin.
Datuk Bandar Johor Bahru Datuk Mohd Noorazam Osman yang turut hadir berkata 400 OKU termasuk ahli keluarga dan warga emas menerima vaksin di PPV itu dalam sehari dan pembukaan PPV berkenaan juga dilihat bertepatan sekali gus membantu mempercepatkan Johor mencapai imuniti kelompok.
"Saya berharap agar lebih ramai yang mendaftar vaksin bagi memastikan Johor dapat mencapai 50 peratus dewasa menerima vaksin. Saya juga harap kerajaan mempercepatkan pemberian vaksin di negeri ini untuk kita capai imuniti kelompok," katanya.
PPV berkenaan yang beroperasi bermula hari ini sehingga 25 Oktober itu dibuka enam hari seminggu, kecuali Jumaat, dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 25 2021
Presiden Persatuan OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata kebanyakan ibu bapa atau penjaga mereka juga memberi maklum balas yang baik serta tidak sabar agar golongan itu divaksin segera. - Gambar fail/BERNAMA
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya
Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan
Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata
Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi
Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Naik taraf Kompleks Belia dan Sukan Pahang bawa manfaat besar kepada negeri
KOMBES yang sedang dinaik taraf dengan kos lebih RM24.7 juta akan memberi manfaat besar kepada rakyat negeri ini khususnya golongan belia dan atlet apabila siap sepenuhnya menjelang Jun depan.
15 PPDK di Wilayah Persekutuan terima peruntukan lebih RM700,000
Dana itu bagi memastikan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) mendapat sokongan sewajarnya untuk menjalani kehidupan lebih produktif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Warga emas didakwa pukul anak OKU hingga cedera
Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memukul anak perempuannya yang juga orang kurang upaya (OKU) sehingga mengalami kecederaan, Jumaat lepas.
Pemerkasaan OKU langkah penting ke arah masyarakat inklusif
Setiap individu, tanpa mengira kekurangan fizikal, mental atau deria, perlu diberikan peluang lebih besar untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai sektor.
ABIM saran orang ramai supaya lebih cakna, empati terhadap OKU
ABIM tuntut kerajaan dan swasta beri peluang pekerjaan kepada golongan OKU dengan sasaran satu peratus daripada keseluruhan pekerja.
Hampir 300,000 berdaftar sebagai OKU Pembelajaran - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pada tahun ini hampir 290,000 individu di negara ini dikenal pasti sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) Pembelajaran.
Polis minta bantuan orang ramai kesan remaja OKU hilang
Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak 25 Okt lepas.
Polis kesan individu pukul lelaki OKU di Dataran Shah Alam
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memukul sehingga mencederakan seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) di Dataran Shah Alam 10 Nov lepas, yang tular baru-baru ini.
Kerajaan komited tingkat pengambilan OKU dalam perkhidmatan awam
JPA turut bertanggungjawab memastikan deskripsi tugas, persekitaran tempat kerja dan penerimaan ketua jabatan adalah 'mesra dan sesuai' OKU.