KLANG: Tiada larangan untuk warga asing membeli minyak masak peket bersubsidi namun mereka tertakluk kepada had pembelian sama seperti rakyat Malaysia, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.
Beliau menjelaskan bagaimanapun pihaknya ada menerima cadangan berkaitan larangan itu.
"Kalau kita perlu buat satu sistem (subsidi) hanya untuk minyak paket, ia tindakan yang melibatkan kos untuk kerajaan dan peruncit termasuk kedai runcit kecil," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja di Syarikat Perceptive Logistic Sdn Bhd di Pelabuhan Klang, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas jika larangan akan dikenakan kepada warga asing untuk membeli minyak masa bersubsidi susulan tularnya video memaparkan warga asing membeli barangan bersubsidi itu.
Beliau berkata pihaknya juga sedang melaksanakan audit yang bermula Oktober tahun lepas hingga Mac ini, menyasarkan kilang penapisan dan pembungkusan minyak masak bagi mengetahui sama ada berlaku ketirisan atau penyelewengan.
Dalam perkembangan lain, Armizan menjelaskan pihaknya mengambil maklum situasi kenaikan harga bawang India dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga sedang mengambil langkah untuk menstabilkan harga bahan itu dengan meningkatkan import dari negara lain.
Beliau menjelaskan kenaikan harga bawang India berlaku susulan sekatan dikenakan oleh India sehingga 31 Mac ini kerana sedang berdepan pilihan raya dan bagi memastikan bekalan domestik mereka mencukupi.
Media sebelum ini melaporkan harga bawang India naik lebih 30 peratus sejak bulan lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2024

Armizan (kanan) ketika membuat lawatan ke tapak Skid Tank sempena lawatan kerja ke syarikat barangan dan sidang media berkenaan pelaksanaan projek rintis SKDS 2.0 hari ini. - Foto Bernama

Jemaah menteri perlu terbuka terima kritikan, perbaiki kelompongan - PM Anwar
Anwar turut mengingatkan Jemaah Menteri mengenai perlunya kesatuan dan kebersamaan sekali gus berfungsi sebagai sebuah kerajaan MADANI.

Sidang kemuncak pemimpin Arab bermula di Riyadh di sebalik perancangan pembangunan semula Gaza
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menjadi tuan rumah bagi sidang kemuncak peringkat tinggi di Riyadh.

TFC, Kuching City seri 2-2 di SSMZA
TFC terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas diikat 2-2 oleh Kuching City FC dalam aksi Liga Super 2024/2025.

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

Tiada DNA babi dalam sampel 'sandwich ham & cheese' - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai pihak yang berautoriti berkaitan isu berkenaan.

KPDN, Kementerian Perdagangan Turkiye setuju tubuh jawatankuasa pantau pelaksanaan MoU
KPDN bersama Kementerian Perdagangan Turkiye, bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan memantau aspek pelaksanaan MoU yang dimeterai kedua-dua pihak.

Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes berhubung dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan nilai mencecah RM2.3 bilion.

SHMMP: KPDN perkenal lima barangan baharu sempena Tahun Baharu Cina
KPDN menambah lima barangan baharu dalam Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina kali ini.

Musim perayaan: Diskaun servis kereta hingga 30 peratus di Petronas AutoExpert - Armizan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) komited memperkenalkan Servis Ihsan MADANI@ Petronas AutoExpert atau SIM@PAX.

Isu sandwic ham: Henti spekulasi, jangan beri tekanan - Armizan
Armizan menegaskan bahawa siasatan akan dilakukan secara telus dan menyeluruh, termasuk oleh Jabatan Kimia dan pelbagai proses lain.

Lebih 3,600 laman sesawang sebar cetak rompak disekat - Armizan
Sebanyak 3,682 laman sesawang haram yang menyebarkan kandungan cetak rompak seperti filem dan muzik popular disekat dari 2021 hingga November 2024.

Kerajaan perkenal semula zon khas jual barangan tanpa subsidi di kawasan sempadan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata langkah itu bertujuan mengurangkan penyeludupan barangan bersubsidi ke negara jiran.

Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.

Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang subsidi diterima KPDN sehingga Nov ini - Armizan
Sebanyak 3,064 aduan ketirisan barang bersubsidi diterima KPDN dari 1 Jan hingga 30 Nov tahun ini.