ISKANDAR PUTERI: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Mad Shukor berkata mereka dibenarkan menjalankan perniagaan selagi nama warga asing berkenaan berada di dalam maklumat pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
"Sebagaimana ditetapkan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred, Perniagaan dan Perindustrian, tiada halangan bagi warganegara asing menjalankan aktiviti perniagaan selagi mana nama mereka terdapat di dalam maklumat pendaftaran SSM.
"Selain itu bagi warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan, terdapat kebenaran daripada pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk pasangan warganegara asing tersebut bekerja," katanya.
Beliau menjawab soalan Baharudin Mohamed Taib (BN-Permas) mengenai sama ada warga asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan boleh menggunakan nama pasangannya untuk menjalankan perniagaan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ke-15 di Bangunan Sultan Ismail di sini hari ini.
Dalam pada itu Mohd Jafni berkata Jabatan Penguatkuasa 16 PBT di negeri itu telah melaksanakan 454 operasi penguatkuasaan bersepadu melibatkan warga asing bermula 2022 hingga 31 Jan lepas.
Beliau berkata sebanyak 577 tindakan penguatkuasaan diambil terhadap pelbagai kesalahan dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) melaksanakan aktiviti penguatkuasaan tertinggi melibatkan 315 operasi.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Mohd Jafni berkata mereka dibenarkan menjalankan perniagaan selagi nama warga asing berkenaan berada di dalam maklumat pendaftaran SSM.- Gambar fail/Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Johor beri rebat 30 peratus cukai harta melibatkan 10 PBT
Pemberian rebat 30 peratus daripada nilai penyelarasan baharu cukai harta melibatkan 10 pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor akan bermula 1 Jan tahun hadapan.

Tiada larangan warga asing guna nama pasangan rakyat tempatan berniaga di Johor
PBT di Johor tidak mempunyai larangan untuk warganegara asing yang berkahwin dengan rakyat tempatan menjalankan aktiviti perniagaan termasuk menggunakan nama pasangannya.

Penguatkuasaan lebih agresif pastikan kebersihan sungai - MB Johor
Pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini akan melaksanakan penguatkuasaan lebih agresif bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentingan menjaga kebersihan sungai.

Johor akan galak PBT guna kenderaan elektrik pada masa hadapan
Penggunaan kenderaan elektrik selaras dengan usaha kerajaan negeri ke arah masyarakat rendah karbon.