SIBU: Tiada makmal tempatan wujud bagi memproses dadah di Sarawak pada masa ini manakala bekalan dadah yang dirampas setakat ini dibawa masuk dari luar, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Ibrahim Darus.
"Walaupun ada bibit-bibit untuk mewujudkan makmal memproses dadah, namun polis telah berjaya membanterasnya secara habis-habisan," katanya tanpa memperincikan kejayaan itu.
Beliau berkata demikian semasa menjawab pertanyaan seorang daripada ketua kaum pada Program Kepolisan Komuniti Bersama Pesuruhjaya Polis Sarawak di sini hari ini.
Menurut Ibrahim bekalan dadah dari luar dikesan dibawa masuk melalui pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang beroperasi 24 jam di pintu masuk Sarawak.
"Namun sindiket mengubah modus operandi setiap kali ditangkap. Jika hari ini ditangkap guna beg, sindiket lain akan buat cara lain.
"Polis dan kastam sentiasa berusaha mengkaji dan menyiasat untuk mengenal pasti modus operandi sebarang cubaan menyeludup yang akan datang," katanya.
Beliau berkata pada Januari lepas, pihaknya berjaya merampas dadah bernilai lebih RM7 juta yang hendak dibawa masuk ke Sarawak.
Sehubungan itu, Ibrahim meminta orang ramai menyalurkan maklumat bagi membolehkan tindakan segera dilakukan untuk membanteras masalah dadah.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 26 2024
![Tiada makmal proses dadah wujud di Sarawak - Polis Tiada makmal proses dadah wujud di Sarawak - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708951263_TBDARUS.jpg)
Tiada makmal tempatan wujud bagi memproses dadah di Sarawak pada masa ini manakala bekalan dadah yang dirampas setakat ini dibawa masuk dari luar, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Ibrahim Darus. - Foto Facebook Polis Sarawak
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Tiada makmal proses dadah wujud di Sarawak - Polis Tiada makmal proses dadah wujud di Sarawak - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51708951263_TBDARUS.jpg)
Tiada makmal proses dadah wujud di Sarawak - Polis
Tiada makmal tempatan wujud bagi memproses dadah di Sarawak pada masa ini, kata Timbalan Pesuruhjaya Polis negeri Datuk Ibrahim Darus.
![Insiden kebakaran pecah rahsia makmal proses dadah Insiden kebakaran pecah rahsia makmal proses dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612587425_DatukAyobKhan.jpg)
Insiden kebakaran pecah rahsia makmal proses dadah
Kegiatan makmal memproses dadah di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Desa Cemerlang terbongkar apabila kilang itu terbakar, Ahad lepas.
![Lapan anggota sindiket memproses, mengedar dadah tumpas Lapan anggota sindiket memproses, mengedar dadah tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/61606281555_dadah.jpg)
Lapan anggota sindiket memproses, mengedar dadah tumpas
Pelbagai jenis dadah antaranya heroin, heroin base, pil ekstasi dan syabu bernilai RM117,210 dirampas dalam serbuan itu.
![Proses syabu: Polis tahan enam suspek termasuk lima warga India Proses syabu: Polis tahan enam suspek termasuk lima warga India](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/61465294468_MohmadSalleh.jpg)
Proses syabu: Polis tahan enam suspek termasuk lima warga India
Polis turut merampas dadah bernilai RM2.4 juta dan peralatan serta bahan-bahan kimia yang digunakan untuk memproses dadah syabu.
![Lelaki Jerman ditahan miliki makmal proses dadah di Bali Lelaki Jerman ditahan miliki makmal proses dadah di Bali](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-08/51472115579_Indonesianpoliceman.jpg)
Lelaki Jerman ditahan miliki makmal proses dadah di Bali
Suspek ditahan bersama pasangannya iaitu seorang mak nyah, dan dua lelaki warga tempatan, dipercayai sama-sama terlibat dalam pemprosesan dadah itu.
![Tokan sanggup jadikan kuil sebagai makmal dadah Tokan sanggup jadikan kuil sebagai makmal dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/81462435696_makmaldadah.jpg)
Tokan sanggup jadikan kuil sebagai makmal dadah
Kuil itu disalahgunakan sebagai pusat memproses dadah untuk edaran sekitar Perak sejak sebulan yang lalu.