PERANG kata-kata dilancarkan Jose Mourinho selepas tamat perlawanan dengan Ole Gunnar Solskjaer kini disahut oleh anak kepada pengurus Manchester United itu, menegaskan dia 'selalu' diberi makan walaupun didikan ayahnya dipersoalkan.
Persaingan sengit dengan Tottenham di Stadium Tottenham Hotspur diikuti dengan beberapa kata-kata mencuit hati daripada dua pengurus pasukan tersebut.
Solskjaer, yang menyaksikan skuad pimpinannya menang 3-1, berasa tidak berpuas hati selepas jaringan Edinson Cavani dalam separuh masa pertama dibatalkan selepas tangan Scott McTominay tersentuh muka Son Heung-min ketika mereka dalam usaha mendapatkan jaringan.
Pengurus kelahiran Norway itu berkata selepas tamat perlawanan, "Saya perlu katakan bahawa jika anak lelaki saya rebah seperti itu untuk tiga minit dan kesemua 10 rakannya datang ke sekelilingnya... jika dia menerimanya di muka daripada seorang rakannya dan memerlukan 10 rakan lain untuk membantunya, dia tidak akan dapat sebarang makanan."
Mourinho, yang tidak gembira dan "amat-amat terkejut" kerana tidak ditanya oleh wartawan mengenai insiden itu dalam sidang media selepas perlawanan, secara sukarela memberikan pandangannya.
BACA: Sonny amat bertuah bapanya lelaki lebih baik daripada Ole - Mourinho
"Berkaitan isu itu, saya mahu berkata bahawa Sonny amat-amat bertuah bapanya lelaki yang lebih baik daripada Ole kerana saya fikir sebagai seorang bapa -- saya juga seorang bapa -- anda sentiasa perlu memberikan makanan buat anak anda, tidak kira apa yang mereka lakukan.
"Jika anda perlu mencuri untuk memberikan anak anda makanan, anda perlu mencuri. Saya amat-amat kecewa, dan seperti yang kami katakan di Portugal, roti tetap roti dan keju tetap keju. Saya sudah memberitahu Ole mengenai apa yang saya fikirkan mengenai komennya," katanya.
Noah Solskjaer, anak sulung kepada pengurus United, mengambil kesempatan untuk menyampaikan komen terhadap pertengkaran antara dua bapa itu dan dengan cepat menenangkan fikiran orang yang benar-benar prihatin tentang dia tidak mendapat makanan.
Pemain Kristiansund berusia 20 tahun itu berkata, "Saya juga banyak ketawa pada hari Ahad. Max [Williamsen, rakan sepasukan] bertanya kepada saya adakah saya diberi makanan ketika dia bertemu saya sebelum latihan.
"Saya selalu diberi makan, saya dapat memberi jaminan kepada semua orang tentang perkara itu. Mourinho mungkin hanya mahu menarik perhatian daripada fakta sebenar bahawa mereka telah kalah."
Bagaimanapun, diancam dengan kekurangan makanan tidak menjadi masalah utama buat Noah -- "Saya tidak pernah terbaring seperti yang dilakukan Son," tambahnya.
Astro Arena
Tue Apr 13 2021

Ole Gunnar Solskjaer bergambar bersama anak-anaknya Elijah Solskjaer dan Noah Solskjaer (kiri), pemain Kristiansund, di Oslo, Norway, 30 Julai, 2019. - Gambar fail REUTERS

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.

Manchester United lantik Ruben Amorim sebagai ketua jurulatih baharu
Jurulatih dari Portugal, Ruben Amorim, dilantik sebagai Ketua Jurulatih Manchester United, pasukan Liga Perdana Inggeris, menurut pengumuman kelab itu pada Jumaat.

United perlu bayar pampasan RM90.5 juta kepada Ten Hag
Ten Hag mempunyai baki 21 bulan dalam kontrak lanjutan United dan telah dilaporkan beliau memperoleh 9 juta pound (RM50 juta) setahun.

Mourinho ramal Portugal julang trofi Euro
Perlawanan pembukaan Euro 2024 menyaksikan tuan rumah, Jerman berdepan Scotland dalam saingan Kumpulan A.

Mourinho mahukan pemain buangan Chelsea di Fenerbache
Jose Mourinho mahu menandatangani legenda Chelsea, Romelu Lukaku sejurus diumum bergelar pengurus kelab Turkiye, Fenerbahce.

Perkara mungkin berbeza di Man Utd andai Mourinho terima sokongan seperti Ten Hag
Jose Mourinho percaya kerjayanya di Manchester United mungkin lebih berjaya sekiranya dia diberi kepercayaan yang sama seperti Erik ten Hag.

Mourinho dikaitkan jadi jurulatih Liverpool
Kehadiran Mourinho itu menyebabkan peminat Liverpool mula membincangkan kemungkinan pengurus Portugal itu menggantikan Jurgen Klopp.

Mourinho belajar bahasa Jerman
Jose Mourinho dilaporkan tertarik untuk melatih Bayern Munich.

Serie A gantung Jose Mourinho 10 perlawanan
Pengendali kelahiran Portugal itu tidak akan dibenarkan bersama di garisan tepi atau di bilik persalinan kelab pada hari perlawanan.

UEFA gantung Jose Mourinho empat perlawanan
Jurulatih Roma, Jose Mourinho telah dikenakan penggantungan empat perlawanan oleh UEFA kerana kelakuannya pada perlawanan akhir Liga Europa bulan lalu.