KUALA LUMPUR: Tiada masalah untuk menghentikan pelaksanaan Projek Rintis Pembayaran Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanpa Tunai atau JKMPay sekiranya ia didapati tidak memberi manfaat kepada penerima, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.
Beliau berkata memandangkan pelaksanaan projek yang hanya melibatkan penerima elaun baharu itu masih di peringkat rintis, kementerian menunggu hasil dapatan diperoleh April ini sebelum memutuskan sama ada ia akan diteruskan atau sebaliknya.
"Isu ini berbangkit apabila kita terima aduan iaitu ada sebahagian penerima mengadu bantuan yang kita salurkan disalah guna keluarga mereka. Kita menerima respons positif dan kita buat kajian, majoriti mengatakan mereka tiada masalah (dengan JKMPay), namun kita masih dalam peringkat rintis dan kajian.
"Sekiranya perkara ini tidak memberi manfaat, tiada masalah. Kita boleh tarik balik dan kembali kepada pembayaran secara biasa (tunai), kerana ini hanya satu projek rintis dan kita jangka sehingga April ini untuk menilai semua aduan serta pandangan," katanya ketika menggulung perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau menekankan inisiatif itu bukan bertujuan menyekat hak golongan orang kurang upaya (OKU) untuk berbelanja, sebaliknya memperluas kaedah berbelanja golongan itu kepada pembayaran tanpa tunai.
Siti Zailah berkata sehingga Februari lepas, sejumlah 397 kedai diluluskan untuk terlibat dalam projek rintis ini dan 250 kedai memohon serta berminat untuk berdaftar di bawah JKMPay.
Sementara itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim ketika menggulung perbahasan usul sama bagi kementeriannya pula berkata Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenal pasti lima lokasi bagi pembinaan 5,000 rumah Residensi Majlis (Council Home).
Beliau berkata lokasi itu ialah di Sungai Udang melibatkan 897 unit dan dijangka siap sepenuhnya bulan depan, manakala empat lagi dalam perancangan iaitu di Jalan Selimang (702 unit), Desa Tasik (1,000 unit), Bandar Baru Sentul (168 unit) dan Jalan Tasik Permaisuri (204 unit).
"Tujuan utama pembangunan Residensi Majlis ini adalah bagi membantu golongan B40, iaitu sebagai transit sebelum mereka mampu memiliki rumah sendiri memandangkan unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang boleh ditawarkan adalah terhad, selain membantu warga kota dalam golongan berpendapatan rendah menyewa rumah," katanya.
Berhubung isu dibangkitkan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai keperluan DBKL membuat bancian atau siasatan terhadap penyewa PPR, beliau berkata program bancian itu sentiasa dijalankan pihaknya dengan meminta penyewa mengemas kini maklumat pendapatan masing-masing dari semasa ke semasa.
Pada masa sama, Shahidan berkata DBKL juga sedang menjalankan program lanjutan tempoh penyewaan Perumahan Awam atau PPR dan kelulusan pelanjutan itu tertakluk kepada maklumat pendapatan yang diberi penyewa.
"Bagi tindakan pemutihan pula, DBKL sering menjalankan tindakan dengan mengeluarkan notis kepada penyewa yang didapati melakukan pelanggaran syarat seperti tidak menetap, kesalahan jenayah dan dadah serta menyewakan unit kepada pihak ketiga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 15 2022

Siti Zailah berkata sehingga Februari lepas, sejumlah 397 kedai diluluskan untuk terlibat dalam projek rintis ini dan 250 kedai memohon serta berminat untuk berdaftar di bawah JKMPay. - Gambar fail/BERNAMA

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Laporan keberkesanan JKMPay dibentang dalam masa terdekat - Nancy
Laporan kajian keberkesanan Pembayaran Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanpa Tunai atau JKMPay akan dibentangkan dalam masa terdekat.

Tiada masalah hentikan JKMPay sekiranya tiada manfaat
Tiada masalah untuk menghentikan pelaksanaan JKMPay sekiranya ia didapati tidak memberi manfaat kepada penerima.

Parlimen: Kajian rintis JKMPay akan dibuat selepas setahun
Pelaksanaan JKMPay di negeri lain akan ditangguhkan sehingga laporan kajian berkenaan dibentangkan.

Isu JKMPay, projek kerajaan terbengkalai antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Pertanyaan mengenai isu berkenaan akan dibangkitkan semasa Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

KPWKM tangguh peluasan JKMPay sehingga kajian projek rintis selesai
Sesi dua hari di Dewan Perdana Nur, KPWKM Putrajaya bermula 24 Feb itu bertujuan memberi penerangan terhadap pelaksanaan program rintis JKMPay.

Hentikan pelaksanaan JKMPay - Ras Adiba
KPWKM digesa menghentikan pelaksanaan program rintis pembayaran bantuan kebajikan tanpa tunai, JKMPay, kata Ahli Dewan Negara Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi.