Menteri Pertahanan Mohamad Sabu hari ini menegaskan tiada bermasalah untuk berpantun dalam majlis kementeriannya, namun ia perlulah mengikut kesesuaian majlis.
"Tiada masalah, datanglah ke majlis kami, majlis meraikan veteran, majlis makan malam, penuh dengan pantun.
"Tapi adalah tempat tertentu (yang tidak berpantun), takkanlah di majlis berkawad pun hendak berpantun," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas penasihat sosio budaya kerajaan Tan Sri Rais Yatim mempertikaikan arahan larangan berpantun dalam majlis rasmi ATM.
Rais menerusi ciapan Twitternya turut berkongsi surat perkeliling bertarikh 2 Nov, ditandatangani Ketua Staf Markas ATM, Datuk Kamalruzaman Mohd Othman, yang menyatakan arahan larangan penggunaan pantun di dalam skrip juruacara majlis rasmi ketenteraan ATM.
Mohamad menegaskan perkara sepatutnya tidak dipolemik atau dipolitikkan oleh mana-mana pihak.
Beliau sebelum itu mengadakan kunjungan hormat kepada rakan sejawatnya, Menteri Pertahanan Indonesia Ryamizard Ryacudu, dalam satu acara berasingan bersempena program Pameran Indo Defence 2018 di sini.
Berkenaan pertemuan dengan Ryamizard, Mohamad berkata pertemuan itu membincangkan usaha mengukuhkan lagi hubungan pertahanan kedua-dua negara.
Katanya kedua-dua mereka bersetuju meningkatkan lagi kawalan keselamatan di sempadan terutamanya di Kalimantan dan Laut Sulu yang turut melibatkan Filipina.
"Kami juga bersetuju untuk memperbanyakkan lagi pos keselamatan di sempadan di Kalimantan, kita akan perbanyakkan pos kawalan bersama," katanya.
Mohamad berada di Jakarta sejak semalam bagi mengikuti pameran Indo Defence 2018, selain turut mempromosikan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA'19) yang akan berlangsung pada 26 hingga 30 Mac 2019.
Semalam beliau turut merasmikan pameran "Pavilion Malaysia" bersempena pameran Indo Defence 2018 yang berlangsung di Jakarta International Expo di Kemayoran, di sini.
Penyertaan Pavilion Malaysia dalam Pameran Indo Defence kali ini merupakan kali keempat sejak penyertaan kali pertama pada tahun 2012.
Pameran Indo Defence edisi ke-8 itu diadakan dua tahun sekali dengan objektif bagi mempromosi industri pertahanan di peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 08 2018

MOHAMAD: Tiada masalah, datanglah ke majlis kami, majlis meraikan veteran, majlis makan malam, penuh dengan pantun.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

ATM pantau situasi, keselamatan anggota di Congo
ATM menerusi Markas Angkatan Bersama akan terus memantau situasi dan mengambil langkah sewajarnya, bagi memastikan keselamatan anggotanya di Republik Demokratik Congo (DRC).

Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.

RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.

ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).

Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
![[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan [KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732595776_AnggotaTenteraDara.jpg)
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.

Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ

Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.

ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior
ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.

56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.