KUCHING:Tiada niat jahat untuk menolak permohonan kemasukan Ahli Parlimen Julau Larry Sng ke negeri Sarawak seperti didakwa dalam Facebooknya malam tadi, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).
Pemangku pengerusinya Tan Sri Dr James Jemut Masing berkata permohonan Sng tidak lengkap seperti dinyatakan di halaman penolakan kerana tidak mengemukakan keputusan ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dalam permohonan tersebut.
Dalam kenyataan di sini, katanya, Ahli Parlimen juga di bawah senarai perkhidmatan penting yang mengecualikan daripada kuarantin dengan syarat.
"JPBNS menguatkuasakan dan mewajibkan bagi mereka yang ingin memasuki Sarawak untuk memohon menerusi EnterSarawak dan Pengisytiharan E-Kesihatan untuk melindungi negeri ini semasa pandemik COVID-19.
"Bagi Ahli Parlimen yang menghadiri persidangan Parlimen, prosedur operasi standard (SOP) khas untuk mengecualikan mereka daripada kuarantin telah dilaksanakan bagi membolehkan mereka berkhidmat kepada rakyat di kawasan pilihan raya masing-masing.
Masing berkata di bawah pengecualian perkhidmatan penting, Ahli Parlimen harus menjalani ujian RT-PCR COVID-19 dan mendapatkan keputusan negatif serta perlu melampirkan surat kerja rasmi dan pengenalan diri untuk melengkapkan proses permohonan.
"JPBNS telah menyiasat permohonan Sng dan mendapati permohonan beliau sebanyak lima kali dengan tiga daripadanya ditolak kerana dokumen tidak lengkap sementara pada waktu lain, sistem telah meluluskan permohonannya dengan syarat menjalani kuarantin dan bukan untuk pengecualian kerana tidak disertakan keputusan ujian RT-PCR," katanya.
Katanya, Sng hanya melampir dan menyerahkan keputusan ujian RT-PCR serta melengkapkan dokumentasi yang diperlukan pada percubaan kelima.
Mengikut prosedur seperti dilakukan oleh rakan-rakannya, Masing berkata Sng memang diberikan kelulusan untuk masuk ke Sarawak dengan pengecualian daripada kuarantin.
Menurutnya, adalah penting untuk semua orang memeriksa permohonan dan melihat maklum balas oleh pentadbir berhubung status permohonan masing-masing.
Orang ramai boleh menghubungi hotline JPBNS atau laman Facebook Maklumat Bencana Sarawak untuk bertanya mengenai permohonan mereka.
Sng menerusi Facebooknya melahirkan rasa kecewa apabila tiga permohonan untuk kembali ke Sarawak selepas persidangan Parlimen ditolak oleh JPBNS.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 05 2020

Menurut Masing, adalah penting untuk semua orang memeriksa permohonan dan melihat maklum balas oleh pentadbir berhubung status permohonan masing-masing. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Tidak bertanding jawatan Presiden PRS, tindakan Sikie persis negarawan - Salang
Datuk Joseph Salang Gandum menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk John Sikie Tayai kerana membuat keputusan tidak bertanding dalam pemilihan Presiden parti kali ini.

PRN Sarawak: DUN Baleh kekal milik GPS
Calon dari Gabungan Parti Sarawak (GPS), Nicholas Kudi Jantai, berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh.

PRN Sarawak: Pertandingan empat penjuru rebut kerusi DUN Baleh
Kerusi DUN Baleh sebelum ini disandang oleh mendiang Masing selama lapan penggal bermula pada 1983.

PRN Sarawak: "Kalau jadi calon DUN Baleh, saya akan teruskan legasi Masing" - Ugak Kumbong
Datuk Wilson Ugak Kumbong sangat memahami aspirasi dan perjuangan mendiang James Jemut Masing dalam khidmat bakti kepada masyarakat.

PRN Sarawak: Warga Baleh mahukan ADUN cemerlang seperti mendiang Masing
Pemergian mendiang Tan Sri James Jemut Masing merupakan satu kehilangan besar buat komuniti di Dewan Undangan Negeri (DUN) Baleh.
![[LAPOR LANGSUNG] Penghormatan terakhir buat James Jemut Masing [LAPOR LANGSUNG] Penghormatan terakhir buat James Jemut Masing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/81635648260_jamesjemut.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Penghormatan terakhir buat James Jemut Masing
Majlis penghormatan akhir itu akan diadakan di Persatuan Gereja Sarawak di Jalan Laksamana, Kuching.

Mengenang Masing: Upacara penghormatan terakhir sehingga 2 petang hari ini
Selain dif-dif kenamaan dan ketua-ketua jabatan, orang awam juga turut berpeluang memberi penghormatan terakhir kepada mendiang.

Mengenang Masing: Ketua Menteri, rakan kabinet beri penghormatan terakhir
Mereka akan memberi penghormatan terakhir mulai 8.30 hingga 9 pagi diikuti dif-dif kenamaan dan ketua-ketua jabatan sehingga 10.30 pagi.

Taib Mahmud, Raghad beri penghormatan terakhir kepada Masing
Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Raghad Kurdi Taib tiba di kediaman mendiang Tan Sri James Jemut Masing bagi memberi penghormatan terakhir.

Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Masing
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri James Jemut Masing.