Dalam kenyataan susulan laporan media yang mendakwa lebih 400 rakyat Malaysia termasuk dalam senarai individu tanpa dokumen yang akan diusir dari AS, Wisma Putra menegaskan, tiada permohonan rasmi bagi bantuan konsular diterima daripada mereka yang terkesan.
Wisma Putra turut menegaskan komitmennya dalam melindungi kepentingan rakyat Malaysia di luar negara serta akan terus memberikan perkembangan terkini mengenai situasi berkenaan.
"Kedutaan serta konsulat Malaysia di AS kekal berhubung rapat dengan pihak berkuasa berkaitan dan terus berinteraksi dengan komuniti Malaysia bagi memastikan kebajikan mereka terjaga serta pematuhan terhadap peraturan imigresen," menurut kenyataan itu.
Laporan berkenaan muncul di tengah-tengah peningkatan penguatkuasaan imigresen di bawah pentadbiran baharu Presiden AS, Donald Trump, yang menyaksikan penelitian lebih ketat terhadap individu tanpa dokumen di negara itu. - BERNAMA