SINGAPURA: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan Singapura (ICA) memaklumkan pihaknya tidak menjalankan pemeriksaan pelepasan imigresen ke atas motosikal di Pusat Pemeriksaan Woodlands selepas 11 malam, 20 September.
Ini susulan penutupan zon ketibaan motosikal di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Johor mulai 11.59 malam pada 20 September hingga 4 pagi 21 September, bagi kerja-kerja penggantian papan tanda, menurut ICA dalam maklumat terkini di Facebook hari ini.
"Penunggang motosikal yang merancang untuk berlepas dari Singapura, dinasihat menggunakan Pusat Pemeriksaan Tuas sebagai ganti," menurut ICA sambil menambah bahawa penunggang motosikal boleh mendapatkan maklumat lanjut menerusi laman Facebook pihak berkuasa berkenaan.
Pejabat Imigresen BSI sebelum ini mengumumkan bahawa Jabatan Kerja Raya daerah Johor Bahru akan melaksanakan penggantian dan penambahan papan tanda baharu, termasuk papan tanda elektronik, di semua lorong motosikal, di Zon A, B dan C.
"Lorong akan ditutup pada hari dan masa tersebut. Laluan alternatif ialah melalui Kompleks Sultan Abu Bakar," menurut pejabat Imigresen BSI dalam akaun Facebook rasminya pada 14 September.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 19 2022

Susulan penutupan zon ketibaan motosikal di Kompleks CIQ BSI di Johor, penunggang motosikal dinasihat menggunakan Pusat Pemeriksaan Tuas sebagai ganti. - Gambar fail
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Polis Johor siasat dakwaan anggota trafik minta dan terima wang di Tambak Johor
Polis Johor sedang menyiasat gambar tular yang mendakwa anggota polis trafik meminta dan menerima wang di Tambak Johor pada Khamis (16 Jan) lepas.

KDN cadang guna kod QR di pintu masuk negara percepat proses imigresen
KDN dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.

Kesesakan Tambak Johor: Kerajaan bincang dengan Singapura ubah laluan kenderaan komersial
Kerajaan sedang mempertimbang kesesuaian mengubah laluan kenderaan komersial dari Stesen Woodlands ke Tuas sebagai usaha mengurangkan kesesakan di Tambak Johor.

Penggunaan kod QR di Tambak Johor diperluas kepada pengangkutan lain mulai 2025
Proses perolehan bagi penggunaan kod QR di Tambak Johor akan dimuktamadkan bagi tahun kewangan semasa.

Hampir dua juta pergerakan guna kod QR direkod di Tambak Johor
Penggunaan sistem kod respons pantas (QR) menerusi aplikasi MyRENTAS di pintu masuk Bangunan Sultan Iskandar (BSI) sejak 1 Jun lepas telah merekodkan hampir dua juta pergerakan.

VEP: Jumlah kenderaan dari Singapura ke Malaysia kembali normal - Loke
Jumlah kenderaan dari Singapura yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Linkedua kembali normal susulan penguatkuasaan Permit Masuk Kenderaan (VEP).

Seabad Tambak Johor: Peranannya menghubungkan budaya dan sejarah
Adam berkata, pada 1970-an dia sering ke Johor Bahru melalui Tambak Johor untuk menonton wayang, rawatan perubatan dan melawat datuk di Pontian.

PM Singapura mahu hubungan lebih erat dengan Malaysia sempena 100 tahun Tambak Johor
Wong berkata Tambak Johor yang dibuka secara rasmi pada 28 Jun 1924, telah menjadi penghubung antara rakyat dari kedua-dua negara selama 100 tahun.

Tunku Mahkota Ismail berkenan sempurnakan 100 tahun Tambak Johor
Kedua-dua delegasi melibatkan kepimpinan kerajaan negeri Johor dan kerajaan Singapura bertukar cenderahati menandakan hubungan utuh satu abad.

'Perkara hebat sedang berlaku di Selatan' – Tun Mahathir
Pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura yang sedang rancak berjalan menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.