Tiada pencemaran air kumbahan di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia yang dilanda banjir kilat akibat hujan lebat tanpa henti baru-baru ini, kata Ketua Operasi Wilayah Utara Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK), Hussain Omar.
Beliau berkata kedudukan tangki yang tinggi merupakan antara faktor pencemaran air sisa kumbahan dapat dielakkan daripada berlaku di Pulau Pinang, Kedah dan Perak.
Mengambil ikhtibar daripada kejadian itu, Hussain berkata pihak IWK kini meletakkan kesemua loji yang terlibat sebagai loji berisiko bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk jika kejadian sama berulang pada masa akan datang.
"IWK memang meletakkan beberapa loji di dalam negara sebagai loji berisiko kerana terletak di kawasan banjir, namun kesemua loji di tiga negeri itu pertama kali terlibat dalam bencana banjir.
"Kita belajar daripada kejadian tersebut supaya kita dapat mengambil langkah-langkah yang sepatutnya selepas ini selain menjimatkan kos kerugian dengan melindungi peralatan mekanikal yang penting," katanya kepada Bernama selepas menghadiri Hari Terbuka Loji Rawatan Kumbahan Taman Samudera di sini, hari ini.
Menjelas lanjut, Hussain berkata sebanyak 53 loji mengalami kerosakan kecil yang mana 45 daripadanya terletak di Pulau Pinang, enam di Sungai Petani, Kedah dan masing-masing satu di Kuala Kangsar dan Lenggong, Perak.
"Bagaimanapun, kesemua loji terbabit tidak mengalami kerosakan yang besar seperti melibatkan panel kawalan sebaliknya hanya beberapa kerosakan kecil seperti struktur bangunan, pagar dan dinding.
"Kerosakan lain termasuk beberapa peralatan akibat daripada ribut petir yang melanda dan ia perlu dibaik pulih segera bagi memastikan proses kerja selepas ini tidak terganggu," katanya dan menambah IWK menanggung kerugian sebanyak RM200,000 kerana perlu membaiki semula kerosakan.
Dalam pada itu, Hussain berkata pengguna kini mula sedar mengenai peranan IWK dengan membayar bil mereka secara konsisten berdasarkan penilaian yang mendapati peningkatan dalam kutipan bil.
"IWK perlu lebih berusaha mendekati masyarakat supaya mereka tahu peranan dan tanggungjawab kita dalam memastikan kehidupan mereka bersih dan selamat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 11 2017
Tiada pencemaran air kumbahan di negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia yang dilanda banjir kilat akibat hujan lebat tanpa henti baru-baru ini.
JBPM dijangka terima tiga helikopter baharu tahun depan
JBPM dijangka menerima tiga helikopter baharu AgustaWestland AW139 pada tahun depan, dalam usaha meningkatkan keupayaan penyelamatan terutama di kawasan pedalaman.
NRES siasat dakwaan tanah pusaka dijual pihak tidak dikenali - Nik Nazmi
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam akan siasat dakwaan sebuah keluarga kerugian RM500,000 apabila tanah pusaka diwarisi mereka dijual pihak tidak dikenali.
MPOC unjur penurunan bermusim eksport minyak sawit pada Januari, Februari 2025
Hala tuju harga minyak sawit pada 2025 akan banyak bergantung kepada dinamik bekalan eksport dari Malaysia dan Indonesia, bersama-sama dengan peralihan dasar di Amerika Syarikat dan Indonesia.
MITI sambut baik penyambungan semula MEUFTA
MITI berkata, ia merupakan detik penting dalam peningkatan hubungan perdagangan dan integrasi ekonomi kedua-dua pihak.
[TERKINI] Donald Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat
Langsung Majlis Angkat Sumpah Jawatan Presiden Amerika Syarikat ke 47 Donald Trump di Capitol Rotunda, Washington.
Buletin AWANI Khas: Donald Trump angkat sumpah Presiden AS
Ikuti secara langsung Buletin AWANI Khas sempena Majlis Angkat Sumpah Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat yang baharu.
#AWANInews
#AWANInews
Peserta pelbagai negara sertai pertandingan robotik China
Pertandingan akhir robotik antarabangsa yang dianjurkan di Zhengzhou, China menarik kehadiran peserta yang datangnya dari pelbagai pelusuk dunia. Peserta berbakat yang menyertai saingan hebat reka cipta robot itu ada yang datang dari Amerika Syarikat, Pakistan serta Jerman.
Thailand tingkat langkah keselamatan sempadan & migrasi
Thailand komited mempercepatkan pelaksanaan langkah komprehensif bagi menangani isu migrasi rentas sempadan dan membanteras aktiviti haram di sepanjang sempadannya, khususnya di sempadan Thailand-Myanmar.
Kilang BYD $1 bilion di Indonesia selesai akhir 2025
Pembangunan kilang syarikat pembuatan automotif Build Your Dream (BYD) di Indonesia dijangka siap sepenuhnya hujung tahun 2025 ini. Kilang pembuatan kenderaan elektrik dari China itu menelan belanja $1 bilion dolar Amerika. Kilang itu terletak dua jam dari bandaraya Jakarta.
Upacara pengebumian dua hakim Mahkamah Agung di Tehran
Para penduduk di sekitar Tehran, Iran memberi penghormatan terakhir dalam satu majlis pengebumian dua hakim Mahkamah Agung yang dibunuh lelaki bersenjata baru-baru ini.
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal pagi ini
Jumlah mangsa banjir yang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak meningkat manakala di Sabah kekal setakat 8 pagi ini.
Fenomena air pasang dan ombak besar berakhir, PPS di Terengganu ditutup
PPS terakhir, iaitu Balai Raya JPKK Bandar Paka yang dibuka pada 12 Jan, ditutup kira-kira 8 malam ini.
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Sabah meningkat
Situasi banjir di Pahang pulih sepenuhnya manakala jumlah mangsa di Sabah meningkat setakat 8 malam ini.
Banjir Sarawak pulih, Pahang meningkat sedikit, Sabah kekal setakat malam ini
Di Pahang, menurut aplikasi Info Bencana JKM, mangsa yang terjejas banjir di Raub merekodkan peningkatan kepada 32 mangsa daripada 13 keluarga malam ini.
Pahang, Sabah dilanda banjir pagi ini
Pahang dan Sabah dilanda banjir pagi ini dengan masing-masing satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah Raub dan Kota Marudu.
Banjir di Johor beransur pulih, Pahang tidak catat perubahan ketara, Perak kekal
Di Johor, jumlah mangsa banjir berkurangan kepada 1,860 orang setakat 4 petang ini berbanding 2,498 orang yang direkodkan pagi tadi.
Mangsa banjir di Pahang meningkat, Johor berkurang, Perak dan Sarawak kekal
Pahang merekodkan peningkatan mangsa susulan air pasang dan angin kencang di Rompin pagi ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 Januari 2025.
Lelaki hilang selepas dibawa arus semasa berenang menyeberang sungai
Seorang lelaki berusia 25 tahun dikhuatiri lemas apabila hilang semasa berenang untuk menyeberangi sungai berhampiran Rumah Manggin, Nanga Buan, Ngemah, Kanowit hari ini.
Banjir: Orang ramai diingat berwaspada, patuhi arahan pihak berkuasa - Ahmad Zahid
Orang ramai, terutamanya penduduk yang berada di kawasan terjejas banjir diingatkan agar sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa.