KUALA LUMPUR :Permodalan Nasional Bhd (PNB) tidak melihat sebarang pengeluaran yang tidak terkawal oleh pemegang unitnya walaupun situasi ekonomi sukar pada masa ini, kata Pengerusi Kumpulan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.
"Pada masa ini, kami melihat ia (pengeluaran) kekal stabil dan kami tidak melihat sebarang pengeluaran yang tidak terkawal. Dari semasa ke semasa, ya, kami melihat terdapat pengeluaran tetapi ini kekal stabil bagi kami," katanya pada sidang media secara maya pada majlis pelancaran Minggu Saham Digital hari ini.
Ia dianjurkan oleh PNB, Minggu Saham Digital pada tahun ini diadakan secara maya mulai 18-24 Nov.
Pada masa ini, aset di bawah pengurusan (AUM) PNB melebihi RM300 bilion nilai unit dalam edaran, dilanggan oleh 14.28 juta akaun sehingga 31 Dis, 2019.
Portfolio pelaburan strategiknya dalam syarikat korporat terkemuka di Malaysia, ekuiti global, pelaburan swasta dan hartanah.
Bersetuju dengan pandangan bekas Gabenor Bank Negara Malaysia itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PNB Ahmad Zulqarnain Onn berkata kumpulan pengurusan dana itu gembira walaupun situasi semasa mencabar, ia tidak menyaksikan sebarang trend yang berbeza tentang cara rakyat melabur.
"Ini amat baik. Ia adalah bukti bagaimana kita menjalankan perniagaan dan bagaimana rakyat melihat kita.
"Dana PNB adalah untuk simpanan jangka panjang dan pelaburan jangka panjang serta kita tidak melihat sebarang perbezaan dari segi trend pada tahun ini," katanya.
Mengenai pelan kepelbagaian dalam persekitaran cabaran semasa, Zeti berkata ini akan kekal sebagai sasaran teras PNB.
"Kami akan terus meningkatkan portfolio antarabangsa kami tetapi ini akan dilakukan secara berperingkat dan bertanggungjawab serta berhati-hati berdasarkan pasaran di hadapan kami yang amat tidak stabil dan tidak dapat dijangka.
"Kami melihat kepada trend asas, prospek pelaburan, prospek industri secara keseluruhan dan sektor pelaburan itu dalam ekonomi negara yang berkaitan. Itu adalah cara kami melaksanakannya," katanya.
Beliau juga berkata berdasarkan tahun semasa yang tidak menentu dan mencabar, pembayaran dividen yang akan datang akan mencerminkan prestasi dananya.
"Kami akan melabur untuk memberikan pulangan yang terbaik dan paling kompetitif, tetapi kami menyedari bahawa ini adalah tahun yang amat tidak menentu dan mencabar.
"(Bagaimanapun), kami adalah pelabur jangka panjang dan kami mahu mengekalkan pulangan yang mampan dan pembayaran yang realistik kepada pemegang unit kami," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 19 2020

Beliau juga berkata berdasarkan tahun semasa yang tidak menentu dan mencabar, pembayaran dividen yang akan datang akan mencerminkan prestasi dananya. Foto: Bernama

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

PNB sumbang tiga jentera menuai bernilai RM414,000 kepada Zakat Kedah
Menurut PNB, usaha tersebut bertujuan membantu petani berkenaan mengurangkan kos menuai dan seterusnya meningkatkan keuntungan mereka.

MSAM 2023 berjaya tarik lebih 200,000 pengunjung
PNB mengakhiri karnival celik kewangan tahunan terbesarnya Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2023 di Bertam dengan kejayaan yang memberangsangkan.

Menara Merdeka 118 cerminan kemajuan pesat negara
Pemulihan Stadium Merdeka dan pembangunan Menara Merdeka 118 yang berdiri gah bersebelahannya benar-benar mencerminkan sejauh mana negara telah berkembang maju.

Raja Arshad dilantik Pengerusi Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Jun
Pelantikan Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda sebagai Pengerusi Kumpulan PNB berkuat kuasa 1 Jun 2023.

Apa yang perlu diketahui tentang Battersea Power Station?
Stesen Janakuasa Battersea yang bakal beroperasi secara rasmi bermula esok dibina siap dengan 100 buah kedai komersial, ruang pejabat dan juga unit kediaman.

Projek ikonik Battersea Power Station dibuka kepada umum
Pengurusan pembangunan sedang dijalankan oleh Battersea Power Station Development Company (BPSDC) yang berpangkalan di Britain.

Menara Merdeka 118 pemangkin baharu ekonomi - Ismail Sabri
Merdeka 118 dilihat turut membawa semangat Keluarga Malaysia kerana selain memberi peluang komuniti setempat.

Media Prima akan beli Balai Berita Bangsar pada RM156.4 juta
Pihaknya telah memulakan langkah bagi memperoleh ibu pejabat tersebut sebagai sebahagian pelan pengukuhan jangka panjang bagi operasi perniagaan kumpulan.

Rizal Rickman ganti Zeti sebagai pengerusi Sime Darby Property
Sime Darby Property Bhd telah melantik Rizal Rickman Ramli sebagai pengerusi menggantikan Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang telah bersara selepas memegang jawatan tersebut selama tiga tahun.

Tiada pengeluaran tidak terkawal oleh pemegang unit PNB walaupun situasi ekonomi sukar - Zeti
Permodalan Nasional Bhd (PNB) tidak melihat sebarang pengeluaran yang tidak terkawal oleh pemegang unitnya walaupun situasi ekonomi sukar pada masa ini.