KEPALA BATAS: Tiada penularan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) serta Taman Asuhan Kanak-kanak (Taska) di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) setakat ini.
Ketua Pengarah Kemas Malaysia, Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata meskipun terdapat murid yang telah mendapat jangkitan HFMD di rumah, namun tindakan ibu bapa membuat pengasingan dengan tidak menghantar kanak-kanak terbabit ke tabika mahupun taska mengekang penularan penyakit itu di premis berkenaan.
Katanya, tiada penutupan dibuat setakat ini dan semua 10,830 tabika dan 545 taska di bawah Kemas masih beroperasi seperti biasa.
"Setakat ini tabika kita belum ada lagi (murid) dijangkiti, dan belum ada lagi laporan yang ditutup. Kalau kita ada dapat maklumat kita akan ambil langkah awal dan kita akan jemput wakil daripada Jabatan Kesihatan untuk beri nasihat apa tindakan yang sebaik-baiknya untuk kita lakukan.
"Jadi setakat ini belum ada lagi (jangkitan HFMD), di Pulau Pinang pun belum ada kes lagi. Kita harap tak adalah kes HFMD di Tadika Kemas kita," katanya.
Mengulas lanjut, Mohamad Yasid berkata, pihaknya turut menjemput wakil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke tabika dan taska untuk memberi penerangan berhubung penyakit yang melanda termasuk langkah perlu diambil sekiranya dijangkiti.
"Sebenarnya daripada zaman COVID-19 dulu pun kita dah buat, di mana setiap hari kanak-kanak datang ke tadika, mereka akan basuh tangan, akan sanitize (nyah kuman) tangan dia. Kemudian (waktu) makan juga cuci tangan dan alhamdulillah tadika kita, kita jaga dengan bersih.
"Jadi telah menjadi SOP tadika dalam keadaan bersih dan kita didik mereka dengan amalan kebersihan. Tak ada isu bila ada kes baru kita buat, tapi kita buat setiap hari... kita pastikan anak kita bersih dan selamat," jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada terdapat kes HFMD dilaporkan di bawah premis kendalian Kemas hingga terpaksa ditutup pada sidang media selepas Program Asnaf Berdikari di Pusat Kemas Paya Keladi, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Jumaat.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebelum itu memaklumkan kes jangkitan HFMD di negara ini menunjukkan peningkatan 12.8 kali ganda sehingga Minggu Epidemiologi (ME) 17/2022, berbanding tempoh sama tahun lalu.
Sebanyak 22,463 kes HFMD dilaporkan di seluruh negara sepanjang tempoh itu, berbanding 1,752 kes bagi ME 17/2021.
Tiga negeri mencatat kes tertinggi setakat tempoh itu adalah Kuala Lumpur dan Putrajaya, Selangor serta Perak.
HFMD adalah penyakit akibat jangkitan virus, khususnya daripada jenis Coxsackie A16 dan Enterovirus 71, yang menular melalui sentuhan langsung dengan cecair hidung, air liur, lepuh dan najis penghidapnya.
Antara gejala ialah demam, ruam atau lepuh pada tapak tangan dan kaki, ulser pada mulut serta lidah.
Penyakit itu boleh menjangkiti semua peringkat umur, terutama kanak-kanak yang berusia lima tahun dan ke bawah.
Dewi Nur Harasha Alias
Fri May 13 2022

Tiada penularan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Tabika dan Taska di bawah seliaan Kemas setakat ini. - Gambar hiasan
AWANI Tonight: 'Anora' leads with five wins, including Best Picture
The independent film "Anora" won Best Picture and five Oscars at the 97th Academy Awards, with Sean Baker making history by winning four awards for directing, editing, writing, and producing the film.
Dulu kejayaan Rumah IDAMAN diragui, kini terbukti berhasil, jadi rebutan – GCEO MBI Selangor
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Datuk Ts. Saipolyazan M Yusop berkata penyelesaian perumahan mampu milik Selangor bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah, Rumah IDAMAN, merupakan antara projek berimpak tinggi MBI Selangor. Jelasnya, daripada keseluruhan 32 projek dan 65,332 unit yang dirancang, dua projek dengan 3,371 unit rumah telah siap dan diserahkan kepada pembeli. #AgendaAWANI
MBI Selangor sasar pendapatan RM8 bilion menjelang 2028 melalui pelaksanaan THRIVE28
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), Datuk Ts. Saipolyazan M Yusop berkata MBI Selangor menyasarkan pendapatan sehingga RM8 bilion menjelang tahun 2028 melalui pelaksanaan pelan THRIVE28. Jelasnya, pelan tiga fasa itu akan memposisikan MBI Selangor sebagai sebuah syarikat pemegang pelaburan. #AgendaAWANI
Campur tangan dunia dalam perang Gaza, antara bermotif kemanusiaan dan politik - Penganalisis
Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique berkata campur tangan dunia mustahak demi membela nasib rakyat Palestin yang terus dibedil Israel ketika menjalani ibadah pada bulan Ramadan. Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri berpendapatan campur tangan yang ditunjukkan oleh sekutu Amerika Syarikat di Asia Barat hanya bersifat politik dan berkepentingan peribadi.
Israel tidak mahu gencatan senjata, takut hilang kelebihan dalam rundingan dengan Hamas - Penganalisis
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Nadir Al-Nuri berkata hakikatnya, Israel tidak ada cita-cita untuk menamatkan perang memandangkan mereka mahu terus berada secara haram di atas tanah Palestin. Ketua Pegawai Operasi IRIS Institute, Asyraf Farique pula berkata keengganan Israel itu bertujuan memastikan kelebihan dalam rundingan dengan Hamas tidak lenyap. #AgendaAWANI
#AWANIRingkas 3 Mac 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 3 Mac 2025
1️⃣ Hanya sebab tutup suis tv, suspek mengamuk bunuh ibu
2️⃣ Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera tutup 16 hingga 22 Jun
3️⃣ Lisa Blackpink artis k-pop pertama buat persembahan di Oscars
#awaniringkas
1️⃣ Hanya sebab tutup suis tv, suspek mengamuk bunuh ibu
2️⃣ Perkhidmatan Funikular Bukit Bendera tutup 16 hingga 22 Jun
3️⃣ Lisa Blackpink artis k-pop pertama buat persembahan di Oscars
#awaniringkas

MWC 2025: Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Mohamad Fauzi berkata Malaysia terus komited untuk memanfaatkan kemajuan teknologi bagi merapatkan jurang digital dan meningkatkan keterhubungan.

Pertamina mohon maaf, janji reformasi tadbir urus susulan siasatan rasuah
Susulan siasatan oleh Pejabat Peguam Negara berhubung dakwaan rasuah membabitkan pengurusan minyak mentah dan produk penapisan Pertamina.
AWANI 7:45 [3/3/2025] – Wang tunai RM170 juta,16 kg jongkong emas | Panggil dalam masa terdekat | Elak kegusaran | Pukul dan bakar ibu
Ismail Sabri kini suspek, bukan lagi saksi.
SPRM panggil 10 lagi saksi kes rasuah ubah wang haram membabitkan Ismail Sabri.
Keputusan Kabinet bukan hanya untuk menteri, sampaikan kepada rakyat, kata PM.
Hanya sebab ibu tutup suis televisyen, anak OKU bunuh dan bakar ibu.
SPRM panggil 10 lagi saksi kes rasuah ubah wang haram membabitkan Ismail Sabri.
Keputusan Kabinet bukan hanya untuk menteri, sampaikan kepada rakyat, kata PM.
Hanya sebab ibu tutup suis televisyen, anak OKU bunuh dan bakar ibu.
Posisi Malaysia sebagai teraju teknologi serantau
Mobile World Congress (MWC) 2025, acara kesalinghubungan, teknologi dan inovasi terbesar serta paling berpengaruh di dunia membuka tirai hari ini.

HFMD: Sarawak catat trend peningkatan, 483 kes direkodkan setakat 14 Mei
Jangkitan kes penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) di Sarawak menunjukkan peningkatan walaupun dalam keadaan terkawal dengan jumlah kumulatif ialah 483 kes dalam tempoh Januari hingga 14 Mei 2022.

Tiada penularan HFMD di Taska, Tabika Kemas setakat ini
Tiada penularan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di Tabika dan Taska di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) setakat ini.