SEOUL: Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Sabtu berkata tiada perselisihan dalaman membabitkan penyediaan laporan komprehensif mengenai rancangan Jepun untuk melepaskan air terawat dari loji Fukushima.
"Tiada perselisihan faham. Ini adalah laporan komprehensif terakhir oleh IAEA dan tiada pakar bertemu saya menyatakan mereka tidak bersetuju dengan kandungannya.
"Apa yang saya boleh katakan ialah kami sangat yakin dalam cara (penilaian) dijalankan, dengan tafsiran berasaskan norma dan piawaian," kata Rafael Mariano Grossi dalam wawancara eksklusif dengan Agensi Berita Yonhap di Seoul.
Grossi tiba di Korea Selatan pada Jumaat untuk lawatan tiga hari bagi menjelaskan analisis kajian keselamatan badan pemerhati Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu mengenai pelepasan air radioaktif terawat dari loji itu yang dirancang oleh Jepun.
Sekumpulan penunjuk perasaan yang tidak berpuas hati turut berada di lapangan terbang Gimpo Seoul.
Semasa di Jepun, Grossi menyampaikan laporan IAEA itu kepada Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida.
Laporan itu dilihat sebagai "restu" untuk rancangan Jepun yang dijangkakan bermula pada Ogos.
Grossi berkata tujuan beliau ke Korea Selatan adalah untuk menangani "keraguan teknikal" orang ramai mengenai rancangan pelepasan air dari loji itu yang akan menggunakan teknologi sistem penulenan khas, yang dikenali sebagai ALPS.
Beliau turut dijadual bertemu Pengerusi Suruhanjaya Keselamatan Nuklear Korea Selatan Yoo Guk Hee dan Menteri Luar Park Jin.
Selain itu, Grossi juga merancang bertemu ahli politik pembangkang Korea Selatan pada Ahad.
Grossi berkata laporan itu tidak dihasilkan bagi "memenuhi kehendak Jepun atau untuk keselesaan Jepun."
Beliau berkata keputusan akan tetap sama jika Korea Selatan meminta kajian semula dibuat mengenai kesan pelepasan air itu terhadap negara jiran.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak terlibat dalam laporan berkenaan tetapi pasukan IAEA mengikut parameter keselamatan yang ditetapkan oleh badan organisasi kesihatan PBB itu, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023

Kelihatan sebahagian daripada kira-kira 1,000 tangki mengandungi air radioaktif yang terdapat di loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi kendalian TEPCO, di Okuma, Jepun, 22 Feb 2023. (Gambar fail AP)

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Tiada perselisihan dalaman babitkan laporan Fukushima - IAEA
Laporan itu dilihat sebagai "restu" untuk rancangan Jepun yang dijangkakan bermula pada Ogos.