Pembangunan bandar yang lestari perlu dirancang tanpa meminggirkan mana-mana pihak.
Ini mesej utama yang menjadi teras Forum Bandar Sedunia (WUF) ke-9 yang berlangsung selama seminggu di Kuala Lumpur.
Dalam majlis penutup pada hari ini, Pengarah Eksekutif UN Habitat Datuk Maimunah Sharif mengulangi mesej tersebut dan berharap agar komitmen diberi kerajaan untuk merealisasikan "Sustainable Development Goals" atau Sasaran Pembangunan Lestari yang digariskan.
"Ini adalah penting supaya kita dapat mewujudkan bandar yang boleh didiami untuk semua," kata beliau ketika Majlis Penutup WUF di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini.
Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, tanggungjawab untuk merealisasikan sasaran ini bukan sahaja terletak di bahu kerajaan.
"Jika perkara ini ingin direalisasikan, kita perlu mendapat kerjasama dari semua pihak," kata beliau ketika ucapan penutup.
Dalam sidang media selepas majlis penutup pula, Maimunah mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pihak dalam penganjuran WUF kali ini.
Ketika ditanya sama ada Malaysia berada di landasan yang betul dalam merealisasikan sasaran yang ditetapkan, Maimunah berkata beliau percaya polisi yang digubal kerajaan telah mengambil kira sasaran yang digariskan UN Habitat.
"Saya percaya jika Kerajaan mengikut polisi yang digubal, Malaysia akan berada di landasan yang betul," katanya.
Hafiz Marzukhi
Tue Feb 13 2018

Noh (dua, kanan) bersama Maimunah beramah mesra dengan para deligasi pada Majlis Penutupan WUF9 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - BERNAMA
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

Tanah jerlus: KL tempat paling tak selamat? Datuk Bandar beri penjelasan
Dakwaan bahawa Kuala Lumpur adalah lokasi tidak selamat dan berpotensi berlaku -giant sinkhole- seperti yang tular di media sosial adalah tidak benar.

Tiada pihak boleh dipinggir dalam pembangunan bandar - UN Habitat
Ini mesej utama yang menjadi teras Forum Bandar Sedunia (WUF) ke-9 yang berlangsung selama seminggu di Kuala Lumpur.