Kerajaan tidak membenarkan mana-mana pihak ketiga mempengaruhi perjalanan perbicaraan kes pembunuhan berprofil tinggi warga Korea Utara, Kim Jong-nam, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini
Ini, katanya, bagi membolehkan prosiding kes berkenaan berjalan secara adil mengikut sistem undang-undang sedia ada.
Beliau menjawab soalan Senator Datuk Mustapa Kamal Mohd Yusoff berhubung sama ada kerajaan Korea Utara mendesak untuk mencampuri urusan perundangan negara dalam kes itu.
Reezal Merican berkata kerajaan tidak menerima sebarang bentuk desakan dari kerajaan Korea Utara untuk turut campur dalam proses perundangan negara berkaitan kes itu.
"Seperti yang kita sedia maklum, kes ini telah berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada 13 Feb 2017. Kes ini melibatkan seorang mangsa warganegara Korea Utara, Kim Jong Nam dan dua orang suspek wanita masing-masing warganegara Indonesia, Siti Aisyah, 25, dan Vietnam, Doan Thi Huong, 29.
"Kes ini pada mulanya telah dikemukakan di hadapan Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac 2017 dan seterusnya dibawa ke Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor bagi perbicaraan lanjut," katanya.
Reezal Merican berkata perbicaraan bagi kes pembunuhan itu bermula semenjak 2 Okt tahun lalu dan akan berlangsung sehingga bulan depan.
Katanya, kedua-dua suspek telah diberikan bantuan guaman yang sewajarnya serta kemudahan penterjemah bahasa sepanjang sesi mahkamah berlangsung.
Beliau turut berkata kementerian berkenaan akan terus memantau perkembangan perbicaraan kes ini dari masa ke masa.
"Saya dinasihatkan untuk tidak memberikan sebarang ulasan yang selanjutnya mengenai kes ini semasa perbicaraan kes sedang berlangsung kerana dikhuatiri boleh menimbulkan subjudis," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 04 2018

Reezal Merican berkata kerajaan tidak menerima sebarang bentuk desakan dari kerajaan Korea Utara untuk turut campur dalam proses perundangan negara berkaitan kes itu. - Gambar fail
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.

PKR, Amanah nafi ada desakan minta Anwar letak jawatan
Shamsul Iskandar Md Akin menegaskan dakwaan itu merupakan satu fitnah jahat yang cuba memecah belahkan gabungan tersebut.

Malaysia digesa beri tekanan kepada Israel melalui OIC, PUOIC
Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menggesa kerajaan menerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) serta Kesatuan Parlimen Negara-Negara Anggota OIC (PUOIC) memberi tekanan terhadap Israel.

Lelaki ditahan guna duit i-Sinar sewa lori seludup ketum
Hasil pemeriksaan dalam lori itu menemui 80 karung plastik yang mengandungi daun ketum.

Peletakan jawatan Muhyiddin antara agenda perbincangan BN - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein berkata, beliau ingin mendengar pandangan konsesus BN mengenai perkara itu terlebih dahulu.

Presiden Pafa tidak berganjak walaupun didesak letak jawatan
Hasnul Zulkarnain berkata desakan itu adalah bermotifkan politik dan serangan peribadi sejak beliau mengambil alih jawatan Presiden Pafa.

Tiada pihak ketiga pengaruhi perbicaraan kes pembunuhan Jong-nam
Ini, katanya, bagi membolehkan prosiding kes berkenaan berjalan secara adil mengikut sistem undang-undang sedia ada.

Desakan ibu bapa bentuk psikologi kurang sihat
Desakan ibu bapa buat anak-anak yang gagal mencapai semua A akan membentuk psikologi kurang sihat menurut Pakar Psikologi Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Perdana Menteri Itali enggan letak jawatan
Perdana Menteri Itali membuat keputusan untuk tidak meletak jawatan walaupun didesak supaya berundur diri.

Kepimpinan SPR tidak akan letak jawatan
Barisan kepimpinan SPR tidak akan meletak jawatan atas desakan segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan proses PRU-13.

Rafidah masih enggan ulas kenyataan CEO AirAsia X
Tan Sri Rafidah Aziz hari ini enggan mengulas berhubung kenyataan yang dibuat Datuk Rosni Sohar yang mendesak tindakan tegas dari beliau.