MIC tidak akan mengamalkan sistem berpuak-puak pada pemilihan parti itu yang akan diadakan pada 6 November ini.
Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan berkata, pemilihan jawatan bagi MIC kali ini akan dilakukan secara sihat tanpa sebarang permasalahan.
"MIC kini sangat bersatu lebih-lebih lagi selepas transformasi yang berlaku sebelum ini dan saya tidak rasa pemilihan jawatan MIC kali ini akan memecah belahkan parti," katanya semasa ditemui dalam sidang media pengumuman pertandingan jawatan bagi pemilihan parti di Bangunan MIC, di sini, hari ini.
"Tiada lagi sistem berpuak-puak di dalam MIC. Kami semua datang daripada kumpulan yang sama iaitu di bawah bumbung yang sama," katanya.
Terdahulu, Saravanan turut mengumumkan akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.
Beliau akan ditentang bekas Naib Presiden MIC, Datuk Seri S. K. Devamany.
Turut hadir pada sidang media itu ialah bekas Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu selain daripada kehadiran hampir 75 peratus ketua bahagian MIC seluruh negara sebagai tanda memberi sokongan terhadap Saravanan.
Norsiah Mohd Ramli
Sat Oct 17 2015

SARAVANAN: Tiada lagi sistem berpuak-puak di dalam MIC. Kami semua datang daripada kumpulan yang sama iaitu di bawah bumbung yang sama. -Gambar fail

Wanita maut dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Lok Bonu Sepanggar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba Kota Kinabalu dikejarkan ke lokasi kejadian.

Rusuhan bersenjata, polis buru 20 suspek
ACP Raub Selamat berkata, insiden pada kira-kira jam 1.30 pagi itu membabitkan kira-kira 20 individu bersenjata cota besi dan kayu besbol.
AWANI Pagi: Vape - Bom jangka kesihatan remaja
Bersama Syazwani & Amirul mengupas mengenai isu 'vaping' dalam kalangan remaja bersama Timbalan Dekan Ijazah Dasar, Fakulti Pendidikan, UM, Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor & Pakar Perubatan Kecemasan, Fakulti Perubatan, UM, Dr. Mohd Hafyzuddin Md Yusuf
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Kabinet Arab Saudi tolak pengusiran rakyat Palestin oleh Israel
Menjadi hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib dan memperoleh hak-hak sah mereka termasuk hak menubuhkan negara merdeka.

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS susulan keputusan tarif import
Pada pukul 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4465/4585 berbanding dolar AS daripada 4.4635/4680 pada penutupan Selasa.

Pemain berdarah Indonesia kekal di AC Milan hingga 2030
Reijnders menyertai AZ Alkmar pada 2023 dengan kontrak lima tahun, dan dia telah buat 90 penampilan dalam semua kejohanan dan jaringkan 16 gol.

Anak bongsu Baddrol Bakhtiar meninggal dunia
Khabar duka itu dikongsi ADUN Gurun itu dalam satu hantaran di Instagram rasmi miliknya.

Saham AS merudum susulan tarif baharu terhadap Kanada, Mexico
Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) mengalami tekanan susulan tindakan Washington meningkatkan perang perdagangan dengan mengenakan tarif baharu terhadap Kanada dan Mexico.

UCL: Arsenal kenduri gol benam PSV di Eindhoven
Anak buah Mikel Arteta menjaringkan tiga gol dalam tempoh 13 minit dalam babak pertama, empat lagi jaringan dalam separuh masa kedua.

Dasar projek ladang solar, infrastruktur nuklear antara tumpuan sidang Dewan Rakyat hari ini
Howard Lee minta menteri nyatakan dasar kementerian dalam memperkembang projek-projek ladang solar melalui penggunaan tasik semula jadi dan lombong sedia ada.

MIC yakin rampas kembali Parlimen Telok Kemang - Devamany
MIC yakin dapat merampas kembali kerusi Parlimen Teluk Kemang yang kini dikuasai Parti Keadilan Rakyat (PKR), pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) nanti, kata Timbalan Presiden MIC.

Program solar beri pendapatan tambahan kepada komuniti - Devamany
Selain itu, ia memastikan organisasi bukan komersial terutamanya berpeluang membangunkan projek berasaskan solar.

Menteri Wilayah Persekutuan perlu 'cuci otak'- Teresa Kok
Teresa Kok menggesa Menteri Wilayah Persekutuan berfikir untuk merancang Bandaraya Kuala Lumpur dengan lebih teratur lagi.

'Mastura bakal jadi 'wanita besi' seperti Rafidah' - Devamany
Calon BN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Datin Mastura Yazid dilihat bakal menjadi seorang wanita besi seperti Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.

Dua suspek ditahan berkaitan kes serangan Timbalan Presiden MIC - Polis
Polis telah menahan dua suspek yang dikaitkan dengan kes serangan terhadap Timbalan Presiden MIC Datuk Seri S. K. Devamany di ibu pejabat parti itu.

Tiada puak dalam MIC - Saravanan
MIC tidak akan mengamalkan sistem berpuak-puak pada pemilihan parti itu yang akan diadakan pada 6 November ini.