Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan cedera akibat Taufan Mangkhut yang membadai beberapa kawasan di Filipina pada Sabtu dan Ahad.
Kementerian itu dalam satu kenyataan pada Ahad berkata, keadaan di kawasan yang terjejas masih lagi tidak selamat, maka seluruh rakyat Malaysia dinasihatkan agar menangguhkan perjalanan yang tidak mustahak ke kawasan yang terlibat.
"Kebanyakan kawasan yang terjejas oleh taufan itu adalah di bahagian utara Luzon, Filipina. Rakyat Malaysia yang melawat atau tinggal di kawasan terbabit dinasihatkan supaya berhati-hati dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa tempatan," katanya.
Kementerian Luar menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Manila juga Konsulat Jeneral di Davao, Mindanao sedang memantau rapi keadaan ini, kata kenyataan itu lagi.
"Kedutaan Besar Malaysia juga berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan bagi mendapatkan pandangan dan maklumat terkini," katanya.
Warga Malaysia yang berada di kawasan terjejas dan memerlukan bantuan pihak kedutaan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila atau Pejabat Konsul Besar di Davao, Mindanao.
Alamat kedutaan di Manila ialah 107, Tordesillas Street, Salcedo Village, Makati City, 1227, Filipina . Kedutaan Malaysia boleh dihubungi menerusi talian +63 917 864 0761 pada waktu pejabat atau menerusi emel, [email protected].
Pejabat Konsul Besar Malaysia di Davao terletak di Tingkat 2, Usman Building, Diho Subdivision Road, Buhangin, Davao City 8000 Filipina dan boleh dihubungi menerusi talian +63 82 221 4050 dan +63 936 9684001 atau emel di alamat [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 16 2018

Keadaan di sebuah pasar yang musnah akibat angin kuat susulan Taufan Mangkhut yang melanda di bandar Tuguegrao, wilayah Cagayan, timur laut Filipina, 15 Sept, 2018. (Foto AP)
Akaun Fleksibel KWSP: Kemudahan atau perangkap kewangan?
Lebih 4 juta ahli KWSP di bawah 55 tahun mengeluarkan simpanan mereka. Adakah ini tanda keperluan mendesak atau kegagalan pengurusan kewangan? Dekan Fakulti Ekologi Manusia, UPM, Prof Dr Mohamad Fazli Sabri bincangkan punca, kesan jangka panjang, dan peranan KWSP dalam meningkatkan kesedaran rakyat mengenai simpanan hari tua.
AWANI Pagi: garisan baharu kaunseling depani cabaran semasa
Diskusi 8.30 pagi Khamis bersama tiga pakar, Prof Dr. Othman Mohamed, Presiden Lembaga Kaunselor Malaysia & Pengerusi WCC 2025; Prof. Datuk Dr. Mohd Tajudin Md Ninggal, Naib Presiden dan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Penyelidikan) Open University Malaysia dan Prof Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM & Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia membincangkan mengenai cabaran-cabaran serta permasalahan yang didepani kaunselor dan kaunseling dalam era semasa sempena Persidangan Kaunseling Sedunia (WCC 2025).
Fuel Efficiency: Maximizing savings amid subsidy rationalization
Join Seow Lee Ming, General Manager Mobility at Shell Malaysia, discussing the launch of the new and improved Shell fuelsave Diesel. As Malaysia navigates the rationalization of fuel subsidies, discover how Shell's extensive research and innovative solutions are driving fuel efficiency and contributing to the journey towards Net Zero Carbon Emissions by 2050. Learn about Shell's strategies for balancing investment in EV infrastructure, leveraging digital technologies, and adapting to evolving consumer needs in one of ASEAN's highest car ownership markets.

Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4400/4500 daripada 4.4410/4450 semalam.
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.

Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.

Muhammad Haikal intai pulih, kembali beraksi di All England
Muhammad Haikal disisihkan sejak bulan lepas susulan kecederaan koyak otot di bahagian pinggul kanan.

Pemandu, 21 penumpang bas cedera dalam kemalangan
Pemandu bas dan 21 penumpang cedera ringan dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan lori di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan), awal pagi tadi.

Martinez mungkin terlepas baki saingan musim ini
Pemain Argentina itu mengalami kecederaan ketika perlawanan menentang Crystal Palace di Stadium Old Trafford pada Ahad lalu.

26 cedera, 50 terpisah akibat gempa bumi di Taiwan
Menurut data terkini, sebanyak 26 individu dilaporkan cedera dan telah dihantar ke hospital sehingga lewat pagi Selasa.

11 cedera dalam insiden tembakan di New York
Sekurang-kurangnya 11 orang cedera semalaman dalam kejadian tembakan rambang di luar sebuah kelab malam di daerah Queens di New York City.

8 termasuk 3 kanak-kanak cedera dalam kemalangan babit MPV, treler
Lapan termasuk tiga kanak-kanak cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabit kemalangan dengan sebuah treler.

Lelaki dikurung, ditekap seterika selepas didakwa hamilkan teman wanita
Pihak polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesahkan dakwaan tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Ligue 1: Donnarumma terima jahitan di muka susulan dipijak pemain Monaco
Penjaga gawang kebangsaan Itali itu menerima rawatan cemas di bahagian muka selepas dipijak penyerang Monaco itu di Stade Louis II.

Harry Kane, Alphonso Davies beri Bayern Munich kelegaan
Kane terlepas empat perlawanan terakhir sejak terhincut-hincut ketika seri 1-1 dengan Borussia Dortmund pada 30 November lalu.